Selasa, 19 Mei 2015

5239. Sekadar berfikir hanya sejenak tetapi mendalam, tentang bertuahnya menjadi Rakyat Malaysia.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  .  
Allah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur’:26).

Firman Allah: “Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32) 

Sumber:




  • Tuesday, May 19, 2015

    Hebatnya.. dalam masa sembilan bulan Najib dah tambah lagi RM44.148 Billion hutang negara..
    Betul-betul cakap tak serupa bikin Presiden UMNO yang jadi Perdana Menteri ni.. tahun lepas dia kata nak kurangkan hutang tapi tahun ni hutang negara meningkat lagi..

    Sekitar Oktober 2014 yang lalu Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan belanjawan bagi 2015.

    Najib menegaskan pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

    Beliau menyatakan, "Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil…”

    Kata Najib tu...

    Apa yang kita perlu tahu perbezaan antara defisit dan hutang ialah..

    Defisit bermaksud kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan (baca: cukai yang dikutip). Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain bagi menampung belanjawan.

    Defisit ditunjuk dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi jumlah defisit terkumpul daripada tahun-tahun sebelumnya. 

    Sejak 1970 hingga 2014, Malaysia mengamalkan belanjawan defisit sebanyak 43 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada 2013.

    Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2014/2015, dinyatakan hutang domestik negara, sehingga akhir Jun 2014, berada pada kadar RM552.652 billion, sementara hutang luar negeri bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, sehingga tempoh yang sama, berada pada kadar RM335.572 billion (termasuk hutang swasta).

    Sejak 2010, faedah yang dikenakan terhadap pinjaman bersih dalam dan luar negeri berjumlah antara RM15 billion hingga RM22 billion setahun. Kerajaan menjangkakan defisit pada kadar 3.5 peratus bagi 2014 dan menurun pada kadar 3.0 peratus bagi 2015... bacalah kat SINI untuk lebih menyeluruh..

    Walaupun telah berkata adalah salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang... tapi hutang negara dibawah pentadbiran Najib terus meningkat..
    Baca ni..

    Jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Mac lepas sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

    Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata daripada jumlah itu sebanyak 97 peratus atau RM579.2 bilion merupakan hutang domestik manakala RM17.6 bilion atau tiga peratus lagi membabitkan pinjaman luar pesisir. 

    "Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (Taiping-DAP) dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
    Hebat sekali Najib ni.. akhir Jun 2014, kadar hutang negara RM552.652 Billion.. Manakala akhir Mac 2015 kadar hutang dah menjadi RM596.8 Bilion

    Dalam masa lebih kurang sembilan bulan Najib dah meningkatkan hutang negara lagi RM44.148 Billion..

    Aku musykil sikit bila Tee Young tu kata RM17.6 Billion hutang luar pesisir.. cuba tengok angka kat bawah ni.. 
    Ada sesiapa boleh tolong jelaskan tentang perbezaan tu? 

    Hari-hari terakhir seorang Perdana Menteri

    kerengga pada KERENGGA - ZULKIFLI YAHAYA
    LEPAS satu isu, muncul lagi isu yang lain. Deretan isu yang mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak benar-benar merimaskan rakyat. Isu yang berkaitan dengan dakwaan penyelewengan 1MDB yang melibatkan “kehilangan” RM42 bilion, sekalipun besar jumlahnya namun tidak menyebabkan semua rakyat jadi marah.

    Di samping ramai yang tidak berminat dengan angka yang besar-besar, sebahagian rakyat tidak merasai bahawa duit itu sebenarnya keluar dari poket mereka.

    Berbeza dengan isu terbaru melibatkan Tabung Haji. Tabung Haji yang diamanahkan untuk menjaga wang umat Islam yang menyimpan untuk tujuan menunaikan rukun Islam kelima tiba-tiba dirobekkan untuk agenda menyelamatkan 1MDB yang dirundung pelbagai masalah. Tabung Haji dilaporkan membeli tanah seluas satu setengah ekar dari 1MDB dengan nilai RM188.5 juta. Tanah tersebut yang keseluruhannya seluas 70 ekar dibeli dari Tun Razak Exchange (TRX) dengan harga RM194.1 juta, bermakna untuk satu setengah ekar harganya menjangkau (cuma) sekitar RM4.0 juta. 

    Untung besarlah 1MDB, modal cuma RM4 juta tetapi jual pada Tabung Haji (1MDB) RM188.5 juta – dapat bersih RM184.5 juta? Mengapa Tabung Haji sanggup beli dengan harga tersebut? Kata pepatah Inggeris, orang bijak berfikiran sama. Maka sebahagian besar rakyat Malaysia yang bijak-bijak bersetuju bahawa urusan jual beli antara 1MDB dengan Tabung Haji hanyalah sebagai prosedur untuk menghalalkan pengalihan duit dari Tabung Haji kepada 1MDB yang sudah nazak.

    Ramai melihat Tabung Haji dipaksa untuk menyelamat (bailout) 1MDB yang sedang bermasalah. 1MDB dan Tabung Haji, kedua-duanya di bawah naungan perdana menteri.

    Perkara besar yang menyentuh sensitiviti umat Islam ialah wang yang disalahgunakan itu adalah caruman dari bakal haji. Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 antaranya bertujuan, membolehkan umat Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat.

    Zaman dahulu tidak ramai umat Islam di negara ini orang yang berada. Harta bernilai yang ada cuma tanah.

    Mereka menjual tanah untuk ke Makkah. Banyak tanah orang Melayu berpindah milik kepada bukan Islam melaluinya. Menunaikan haji adalah kewajipan tetapi jika kerananya umat Islam hilang hak, maka hal ini perlu dibetulkan.

    Profesor Diraja Ungku Aziz antara pemikir yang mengambil inisiatif membetulkan keadaan.

    Beliau membuat kertas kerja bertajuk Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji pada tahun 1959 yang membawa kepada Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962 dan mula beroperasi pada 30 September tahun 1963.

    Hasil kesedaran yang ditanam, ramai yang menabung sejak usia muda di Tabung Haji. Kadangkala mengambil masa puluhan tahun baru cukup untuk ke tanah suci. Mereka bekerja keras membanting tulang untuk menabung sedikit demi sedikit. Malangnya pihak yang menjaga tabung tidak amanah, ibarat kata pepatah "Harapkan pegar, pegar makan padi." Hikmah berlakunya kegawatan di Tabung Haji ini ialah orang Melayu, khususnya masyarakat kebanyakan (bahawan) mula pandai marah terhadap kerajaan.

    Duit yang berkaitan dengan amal ibadat memang akan mencetuskan rasa sensitif yang tinggi dalam kalangan umat Islam jika disalah gunakan. Banyak terdapat kisah pencuri tabung masjid yang dibelasah oleh orang ramai. Tukang belasah kadang kala jarang pijak masjid pun untuk berjemaah tetapi marah bila duit masjid dicuri.

    Isu Tabung Haji akan terus dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melakukan serangan bersiri terhadap Najib yang bertanggungjawab menaungi Tabung Haji dan 1MDB. “Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion ringgit,” ujar Tun yang sebelum ini keras mendesak Najib melepaskan jawatan.

    Isu Tabung Haji membangkitkan kemarahan sebahagian besar umat Islam di Malaysia. Mujur ia muncul selepas Pilihan Raya Kecil Rompin yang BN hilang separuh majoriti berbanding Pilihan Raya Umum ke-13. Jika tidak, kesan ditanggung BN lagi teruk. 
    Isu ini juga mampu menurunkan Najib dari persada kuasa. Maka ramailah yang mula berpaling tadah dari beliau dan mula berpayung pada pemimpin alternatif dari Umno. Najib menyedari hal tersebut, namun sebagai pejuang politik tidak mungkin beliau menyerah dengan mudah.

    Setelah hilang sokongan di Semenanjung, Najib bergegas ke Sabah mengumpul kekuatan. Di Sabah buat pertama kali juga, Najib membalas serangan Tun secara terbuka. “Takkan suara seorang (Tun) boleh mengatasi suara rakyat yang memberi mandat kepada kita. Saya nak kata kepada semua bahawa saya takkan tunduk kepada mana-mana tekanan… saya cuma tunduk kepada ahli parti dan rakyat,” tegas Najib bagi menjawab desakan Tun supaya melepaskan jawatan.

    Dalam Umno ramai pemimpin di atas berharap Najib berundur kerana masing-masing punyai peluang untuk “kenaikan pangkat.”

    Tidak kurang yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri.

    Pemimpin biasa Umno pula mencongak siapa bakal Perdana Menteri untuk mula didampingi. Begitulah sifatnya parti yang dihuni para oportunis.

    Mengikut kitaran masa, perang besar akan berlaku dalam Umno dan parti tua itu bakal hancur dalam masa terdekat. Sejauh mana Pakatan Rakyat mahu mengambil peluang?

    Sumber asal yang diedit tanpa menjejas kandungan asal dari: (gigitankerengga.blogspot.com)
    My Dashboard. 
    (45th-anniversary-of-the-publishing-of-barbapapa-5112521539190784-hp)
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: