Isnin, 25 Mei 2015

5263. Selepas Johor, dituruti Terengganu dan Pulau Pinang. Kini Sarawak pula. Alhamdulillah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Monday, May 25, 2015

    Sarawak akan serap GST, kata Adenan 

    Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata langkah menyerap GST adalah sebahagian usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat. Sarawak akan menyerap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan perbandaran dan kerajaan negeri, umum Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di Sibu hari ini. 


    Beliau yang berkata langkah tersebut adalah sebahagian usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat. Adenan bagaimanapun tidak menyatakan bila penyerapan GST itu akan dikuatkuasakan. Menurutnya, kerajaan negeri menyedari pelaksanaan GST mengakibatkan kenaikan harga beberapa barangan di negeri ini dan secara langsung membebankan rakyat. 

    “Kita akan bayar (GST kepada Kerajaan Persekutuan) bagi pihak rakyat. Perkara ini kita buat semata-mata untuk Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pemansuhan kutipan tol Jambatan Lanang di Sibu. 

    Setakat ini, Terengganu dan Pulau Pinang telah mengumumkan akan mengikut jejak langkah Johor menyerapkan GST yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat sementara Pahang dan Selangor masih mengkaji perkara tersebut. 

    Sebelum ini Adenan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna domestik dan industri, memansuhkan kutipan tol jambatan dan mengurangkan kutipan bayaran feri bagi menyeberang sungai di negeri itu. Beliau turut memberitahu akan terus berusaha dalam rundingannya dengan Petronas untuk mendapatkan pertambahan royaliti hasil minyak dan gas bagi Sarawak dari 5% kepada 20%. 

    Hasil rundingan itu sehingga kini, Petronas memperuntukkan kontrak bernilai RM2.1 bilion diagihkan kepada syarikat Sarawak. – Bernama. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com 
    Sumber: (atsixty-zakriali.blogspot.com)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: