Google+ Badge

Rabu, 27 Mei 2015

5272. Berwaspadalah Muslim.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Wednesday, May 27, 2015

    LAWAN GST, JIHAD BERSANAD DARIPADA TOK JANGGUT.

     
    TIBA-TIBA, Washington menyatakan bahawa Amerika Syarikat bersedia mengambil peduli soal pelarian Rohingya, kata Rumah Putih, usaha membantu pelarian berkenaan adalah sebahagian daripada usaha antarabangsa bagi menangani isu bot terkandas melibatkan pelarian itu di Asia Tenggara.

    Jabatan Negeri mengeluarkan kenyataan berkenaan pada Rabu lalu. Jurucakapnya, Marie Harf berkata bahawa Amerika Syarikat kini bersedia membantu semua negara di bawah agensi pelarian PBB yang bekerja keras dalam usaha menempatkan para pelarian itu.

    Pada awalnya Indonesia, Malaysia dan Thailand enggan peduli soal Rohingya, tapi pendirian itu nampaknya bertukar. Di Amerika, khabarnya, sudah ada lebih 1,000 pelarian Rohingya sejak 1 Oktober tahun lalu.
     
    “Saya rasa rakyat Malaysia dan Indonesia telah meminta bantuan bagi menempatkan semula pelarian itu. Kami sedang berhati-hati dengan usul ini,” kata Marie Harf kepada pemberita di Washington. 
     
    “Ia perlu menjadi usahasama negara-negara. Kita tidak boleh tangani isu ini bersendirian.

    Namun, kita bersedia memainkan peranan utama dalam usaha ini.”

    Inilah cerita Amerika Syarikat yang tiba-tiba ingin menjuarai isu pelarian Rohingya. Hal ini dilakukan ketika rekod kejahatan berdarah di Vietnam, Afghanistan, dan Iraq masih lagi basah dalam ingatan setiap ahli masyarakat sedunia.

    Amerika Syarikat, pewaris Empayar British (seteru Empayar Turki) boleh bermuka dua dengan masyarakat Asia sepertimana British boleh bermuka dua dengan bangsa pribumi di Tanah Melayu. Jadi, sentiasalah berawas.

    Kisah ‘GST’ British

    Tidak lengkap dan sempurna warna kejahatan British, Amerika Syarikat dan kuasa Barat ini kalau tidak disingkap sejarah lampau di negara kita. Oleh sebab zaman ini perang percukaian GST mengambil tempatnya, maka biar kita bercerita darihal Tok Janggut. 

    Alkisahnya Tok Janggut (Haji Mat Hassan Panglima Munas) lahir tanggal 1850 di Kg Saring, Jeram, Kelantan. Beliau syahid pada 1915 dalam lingkungan usia 65 tahun.
     
    Dengan rupa berjanggut ke paras dada, si mujahid yang ramai penyokongnya ini memimpin jihad melawan dasar percukaian British. Dia dikatakan mahir bersilat dan menerima pelajaran di Mekah.

    Selepas Perjanjian Inggeris - Siam 1909, British membuat aturan baharu di Kelantan.

    Antara yang mengguris perasaan adalah dasar percukaian seperti berikut:

    1. Cukai Kepala ($1 seorang setahun)
    2. Cukai Pokok (3 sen setahun)
    3. Cukai Kelapa (3 sen setandan)
    4. Cukai Sireh (5 sen sejunjung)

    Tok Janggut menghimpunkan angkatan revolusioner ke Pasir Puteh untuk melancarkan revolusi terhadap British. Kemudian, bantuan Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikirim ke Pasir Puteh pada tanggal 6 Mei 1915. 
     
    Akhirnya berlaku pertempuran tanggal 25 Mei 1915. Kebangkitan Tok Janggut membuatkan beliau digelar sebagai penderhaka.

    Syahadan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut terbunuh. Mayatnya dibawa ke Kota Bharu dalam tempoh sehari. (*)Jenazah beliau digantung beberapa hari di hadapan istana di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

    Perjuangannya bersamaan dengan semangat jihad para pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Dato’ Bahaman serta angkatan revolusioner yang lainnya. Ada pendapat menyebutkan bahawa beliau adalah murid Tok Ku Paloh.

    Kalau demikian, maknanya, mereka mempunyai sanad dan berkongsi silsilah perjuangan dengan Turki Uthmaniyyah dan ahlul bait.

    Angkatan revolusioner ini semua terpaksa bersembunyi apabila British berhasil mempengaruhi raja untuk memusuhi mereka. Kerana enggan bertempur dengan bangsa sendiri dan enggan menderhaka kepada istana, akhirnya mereka terpaksa berundur ke Thailand.

    Kenapa dinafi peranan Turki dan ahlul bait dalam melawan percukaian?

    Arakian, kita bercerita darihal perlawanan Tok Janggut dan rakan-rakannya dengan menyentuh perihal wajah muka dua Barat bukan dengan tiada bersebab.

    Sebagai termaklum, USA akan memperalat isu-isu kemanusiaan untuk masuk ke Malaysia pada hari ini. Pendekatan US ini berbeza dengan wajah penjajahan British yang hadir untuk mengenakan cukai. 
     
    Rupa si British sebagai pemungut cukai pada zaman penjajahan lalu, kini sudah diambil alih peranannya oleh Umno Apco lewat percukaian GST.

    Jadi, Amerika tidak lagi menjajah dengan percukaian. US mengguna laluan bantuan kemanusiaan dan sesekali mereka datang dengan memasarkan idea-idea penjajahan ekonomi melalui seruan halus tersirat, iaitu menyeru negara mengikat tali perjanjian TPPA.

    Itu yang dilakukan kuasakuasa Barat ke atas belahan dunia Timur. Tapi yang paling utama sekarang adalah persoalan ini. Iaitu jika diketahui bahawa US memiliki ‘sanad penjajahan’ dengan British, belum tibakah di fikiran Muslim bahawa jihad Tok Janggut dan kaum revolusioner Dato’ Bahaman dalam melawan percukaian British itu ada hubungan dengan

    Turki dan ahlul bait? Jika perlawanan terhadap GST itu bersanad, bersilsilah dan punya ‘rabitah’ dengan ulama ahlul bait, Tok Ku Paloh, maka belum tibakah waktunya angkatan habaib mendengungkan seruan jihad dan semboyan syahid menjelang era revolusi?


    Sumber: (atsixty-zakriali.blogspot.com)
    (*)Sesetengah pendapat mayat yang digantung itu adalah mayat polis british berbangsa singh. 
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: