Rabu, 27 Mei 2015

5273. Perjuangan bagi seorang pejuang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Wednesday, May 27, 2015

Perjuangan Saya Bukan Untuk Duit, Tetapi Untuk Maruah Seorang Wanita – Rita Rudaini. suarakami

Nampaknya kes mutaah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sekali lagi menjadi perbincangan hangat pembaca BeautifulNara. Pengakuan Aidil Zafuan yang dirinya tidak mampu membayar RM300,000 seperti yang dituntut oleh Rita telah menimbulkan pelbagai maklumbalas.

Malah kata-kata Aidil yang mendakwa bekas isterinya tidak layak menerima tuntutan tersebut kerana Rita telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri juga menimbulkan kontroversi.

Rita Rudaini bagaimanapun membalas kenyataan Aidil dengan kata-kata yang cukup sinis. Iyerlah, selama ini pun kita sering melihat Aidil dan isterinya, Zarema bercuti di luar negara.

Seperti yang dikatakan oleh Rita, gaya hidup mewah Aidil memang cukup mewah seperti yang sering ditunjukkan oleh pemain bola sepak itu di Instagram.

Walaupun begitu, ada juga yang mengkritik Rita kerana tuntutan RM300,000 itu seolah-olah menunjukkan dirinya mata duitan. Namun Rita ada jawapannya tersendiri:- 

Apa pun orang nak cakap atau keji, saya tidak terkesan kerana Allah yang lebih mengetahui dan Dia saksi segalanya. Perjuangan saya bukan untuk RM300,000 tetapi untuk maruah wanita dan seorang isteri dan seorang ibu yang rumahtangganya dianiaya. 

Sumber:Beautifulnara

Seorang wanita hutang nyawa dengan tujuh lelaki 


PETALING JAYA: Tujuh lelaki dianggap wira selepas bertindak segera menyelamat seorang pemandu perempuan selepas kenderaannya terjunam ke dalam sebuah tali air dekat Ayutthaya, Thailand.

Video yang dimuat naik menunjukkan mereka berhempas pulas menaikkan semula kenderaan berwarna putih yang terbalik dengan empat tayar ke atas.

Ketika itu mangsa masih terperangkap di tempat duduk.

Sebaik kedudukan kenderaan berkenaan berjaya distabil, salah seorang daripada mereka bertindak membuka pintu untuk menyelamat dan kemudian menggeluarkan mangsa.

Rakaman visual yang dimuat naik Bangkok Post itu kemudian mendapat pujian orang ramai dan menyifatkan kumpulan lelaki berkenaan sebagai wira.

Memetik laporan portal berkenaan, salah seorang daripada lelaki berkenaan berkata mereka tidak fikir soal dompet dan telefon dan terus meredah air sebaik kenderaan itu jatuh ke dalam terusan.

“Salah seorang penyelamat memberitahu nyawa orang lebih penting daripada barang peribadi,” tulis Samsib Singha.

Katanya, salah seorang daripada mereka memberitahunya, dia hilang kunci kereta yang berharga 20,000 dan hanya ketawa.

Saksikan video di sini
-fmt-

Sumber: (gigitankerengga.blogspot.com)
  • My Dashboard. 
  • IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: