Jika Dia Bukan Jodohku?
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita
percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan
cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan Tuhan. Firman
Allah di dalam Surah Hud ayat 9,
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
“Dan
demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat
dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati
dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain”
sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa
tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri
daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan
di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat
menggugat ketenangan itu.
Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan
merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka
akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka
akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula.
Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa
gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang
lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.
Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu
bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita
lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan
menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan
yang tidak pernah kita fikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan