Khamis, 4 Jun 2015

5302. Amanah rakyat kepada individu dan parti untuk mentadbir dan mengurus negara, usah dikhianati.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Kalau jadi pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat jelata, tunggulah rencana Allah Yang Maha Hebat. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga" tunggulah saatnya dan paling akhir di dunia ialah saat nyawa dicabut, "Meracaukah" orang sebegini dengan dosa-dosa penipuan dan tidak amanah yang dilakukan sepanjang sihat bernyawanya.

    Jadilah pemimpin yang tidak bersikap "Musang berbulu ayam" Tentu kalian disayangi Allah dengan tadbir urus penuh amanah, tanpa pengkhianatan dan perompakan harta rakyat.

    Pemimpin tidak terlepas dari situasi Sakratul Maut, Alam Kubur dan Alam Akhirat. Sementara masih bernyawa dengan kuasa ikhsan rakyat usah bertaut dengan "Harapkan pagar, pagar makan padi" atau berurus tadbir negara ibarat "Api dalam sekam" Ketidak jujuran tanpa sedar ada satu sikap memusuhi rakyat. Setebal mana perkhabaran penipuan dan tidak amanah ditutup dari minda rakyat banyak, tunggulah bila Allah membuka aib orang seperti itu, bila pintu taubat nasuha Allah tidak diindahkan.
    Foto sekadar hiasan.


    Sumber: (meja karya)

Tiada ulasan: