Khamis, 4 Jun 2015

5304. Menguap membatalkan solat?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  

  • SOLAT MENGUAP MEMBATALKAN SOLAT? 

     
    Menguap boleh menyebabkan solat kita tidak sah! Bagaimana??

    Membaca Rukun Qouli dalam keadaan menguap. 

     
    Contoh : ketika sedang membaca Fatihah, kita menguap. Bacaan tetap diteruskan walaupun dalam keadaan menguap! 

     
    MAKA SOLAT TERSEBUT TIDAK SAH! Kerana makhraj2 dan sifat huruf dalam Surah Fatihah sudah hilang. 

     
    HENDAKLAH ketika menguap berhenti dulu bacaan, tutup mulut dengan belakang tapak tangan kiri (sunat) dan meneruskan bacaan.. 

     
    Benda remeh namun tidak dititik beratkan boleh membawa impak yg dbesar dalam solat kita.
    In Syaa Allah bermanfaat. wallahhualam.
    #sharing sampai ilmu walau sepotong ayat 


    Sumber: (facebook maker)

    Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat


    Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

    Video Panduan Praktikal Solat/Sembahyang 

    Mudahnya Solat - Praktikal Solat Subuh (Bacaan Karaoke)

    Dim lights Embed
    Program Mudahnya Solat bimbingan Ustaz Wan Shohor Bani Leman

    Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=JNMuxQcBhnw

    Takbiratul-Ihram / Takbir

    Allah Maha Besar.

    Doa Iftitah

    Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

    Al-Fatihah

    Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

    Bacaan ketika rukuk

    Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

    Bacaan ketika bangun dari rukuk

    Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

    Bacaan ketika iktidal

    Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

    Bacaan ketika sujud

    Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

    Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

    Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

    Bacaan ketika Tahiyat Awal

    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

    Bacaan ketika Tahiyat Akhir

    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

    Doa Qunut

    Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

    Sumber: (azizie.com

Tiada ulasan: