Jumaat, 5 Jun 2015

5310. Wilayah Kedaulatan Malaysia Diceroboh.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Bukan 2 saat, bukan juga 2 minit, bukan hanya 2 jam, bukan setakat 2 hari, bukan sekadar 2 minggu, bukannya 2 bulan tetapi sudah menjangkau usia dua tahun pencerobohan. Tindakan pihak berkuasa Malaysia, hanya memantau sahaja? Kalau anak manusia sudah pandai berlari... 

    Maritim China ceroboh perairan M'sia, tapi kita tengok dari jauh saja? 

    Kalau sejarah dijadikan sebagai panduan, nampak gayanya sikit hari lagi terlepas kepada negara Cina lah gugusan Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan ni..

    Dah dua tahun kapal China Cost Guard berlabuh di situ tapi negara kita hanya memerhatikan dari jauh saja.. 

    Cuba tengok balik macamana kerajaan Thai dapat kawasan penerokaan minyak di JDA (Joint-Development Area) di Teluk Siam.

    27. Bagi yang tak biasa dengan persempadanan perairan antara dua negara yang dipisahkan oleh sungai (Sungai Golok). Sempadan kat tengah laut didefinasikan secara garis lurus tepat kepada garis-lurus dua titik tebing kuala (tebing kuala Sungai Golok sebelah Thai dan Tumpat) di titik sempadan terdalam muara. Macam tangen la..  
    28. Awal-awal kita merdeka, kita seronok sangat berpolitik hingga lupa bahawa jiran kita kat sebelah Takbai (Thailand) telah menambak dan menonjolkan tebingnya ke arah laut atas alasan nak buat padang.  
    29. Dengan anjakan ni, bila dibuat persempadanan semula laut (pasal jumpa telaga minyak kat luar pantai), titik tebingnya dah teralih.  
    30. Masalahnya masa dia orang buat, kita tak bantah, macamana nak bantah sebab kita tengah hangat berpolitik macam cerita pak kaduk bergumbira sampai lupa telaga minyak kita tergadai.  
    31. Jadinya bila dibuat ukuran sempadan… Nah..! Tu dia.. Telaga minyak tu dah terbelah dua.. Serong setakat dua-tiga minit, bukan darjah pun di pangkal (muara) mungkin kita kata kecik, tapi kat tengah laut dah berpuluh-puluh km makan ke dalam kawasan kita.. Last-last kita beralah.. Kongsilah…

    Artikel penuh bacalah di SINI

    Itu pasal telaga minyak.. asalnya milik negara sepenuhnya tapi kerana leka tepaksa berkongsi pula..

    Ni laporan pasal gugusan Beting Patinggi Ali tu.. nak jaga hati Beijing kedaulatan negara dipijak pun tak apa... 
    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan setakat ini hanya memantau kegiatan agensi maritim China yang berlabuh di gugusan Beting Patinggi Ali.

    Pasukan China Coast Guard itu dikesan berlabuh di situ sejak dua tahun lalu, katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Dalam tulisannya di Facebook, Shahidan berkata tindakan pasukan maritim China itu adalah satu pencerobohan ke dalam perairan negara.

    “Berhampiran dengan kawasan tersebut terdapat sebuah kapal Coast Guard dari China yang berlabuh.

    “Kapal TLDM dan boat APMM juga berlabuh dalam jarak satu batu nautika dari kapal Coast Guard China untuk mengawasi aktiviti kapal tersebut.

    “Pulau kecil ini bukanlah tuntutan bertindih tetapi kapal asing yang datang ke sini adalah penceroboh di kawasan perairan negara,” katanya.

    Katanya, kapal asing hanya dibenarkan melalui kawasan berkenaan dan tidak dibenarkan berlabuh.

    Beliau melakukan tinjauan rasmi semalam ke Beting Patinggi Ali yang berada di kedudukan 84 batu nautika dari Sarawak.

    Kegiatan pasukan keselamatan China yang semakin aktif di Laut China Selatan dilaporkan menimbulkan kebimbangan negara serantau dan Amerika Syarikat.

    Negara itu didapati aktif membina pulau buatan di tiga kawasan utama di laut luas itu, yang bakal membina wilayah baru China.

    Laporan Reuters, Selasa lalu menyebut China sudahpun membina kawasan daratan seluas 2,000 ekar yang bakal memberi ancaman kepada kebebasan pelayaran di laluan utama perdagangan itu.

    Kawasan daratan baru kini antara lainnya menempatkan lapangan terbang sepanjang 3,000 meter yang boleh menampung operasi pesawat ketenteraan yang besar.

    Pembinaan landasan tersebut dilaporkan dibuat di kawasan kepulauan Spratly, yang turut dituntut oleh Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan.

    Kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak membuat bantahan ke atas kegiatan tersebut, yang dilihat sebagai usaha untuk menjaga hubungan baik dengan Beijing lapor Malaysiakini

    Sumber: (http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2015/06/maritim-china-ceroboh-perairan-msia.html)

Tiada ulasan: