Jumaat, 5 Jun 2015

5311. In Syaa Allah. Kita jaga aib orang lain, Allah jaga aib kita.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA
    Written By canang on Jumaat, 5 Jun 2015 | 6/05/2015 11:20:00 PG

    Disebalik nama besar Allahyarham Tan Sri P Ramlee mungkin ada di antara kita tidak tahu mengenai kisah hidup beliau. 

    Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan. 

    Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ Allahyarham P.Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. 

    Tahukah anda, sewaktu hidupnya Allahyarham tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, Allahyarham telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. 

    Jasa Allahyarham hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya. 

    Allahyarham P. Ramlee : Genius Yang Tragik

    Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, Allahyarham P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran. 

    Allahyarham  tidak meminati politik dan plotting. Allahyarham tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand” Allahyarham juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi Allahyarham P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja. 

    Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada Allahyarham P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong Allahyarham P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun. 

    Namun khazanah negara filem-filem karya Allahyarham bukan milik Allahyarham, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah pihak yang meraih keuntungan. 

    Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif Allahyarham P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Allahyarham Seniman itu. 

    Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan Allahyarham P.Ramlee, menurut sekutu Allahyarham P.Ramlee, Datuk H.M. Shah. 

    Hasilnya, Allahyarham dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, Allahyarham P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India. 

    Melalui filem seperti Semerah Padi, Allahyarham P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. Allahyarham P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. 


    Malah dalam sebuah temuramah, Allahyarham P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. 

    Allahyarham P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu. 

    Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini. 

    Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya: 

    “A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!” 

    Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada Allahyarham P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. 

    Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus. 

    Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. 

    Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, Allahyarham P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selama-lamanya pada 29 Mei 1973. 

    Ironinya, Allahyarham menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat: “The pain passes; but the beauty remains.” 

    – Al Fatihah buat Allahyarham Tan Sri P Ramlee –


    Sumber: (btmmari.blogspot.com)
    Nota:
    Bila seseorang telah tiada - kisahkanlah yang baik-baik tentang dirinya semasa hayatnya, seperti yang dikisahkan artikal di atas itu tadi. In Syaa Allah., Allah menjaga aib kita sehingga saat Sakratulmaut kita. 

    Aamiin. 
    Wassalam.

Tiada ulasan: