Jumaat, 5 Jun 2015

5316. Apakah ini cara baru lariskan akhbar dgn mencipta cerita sensasi yang tak benar.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Friday, 5 June 2015
    Berita Menggemparkan Dari Seorang Menteri
    - Rupanya Kisah Menteri Ini Tidak Betul. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini mempersoalkan sebuah laporan akhbar berbahasa Cina yang mengaitkan beliau sebagai meninggalkan mesyuarat Kabinet lebih awal semalam.

    Dalam catatan ringkas di laman Twitter @shaberyc, beliau memuat naik berita yang dipaparkan di muka depan akhbar China Press yang menyatakan beliau bersama dua lagi menteri meninggalkan mesyuarat Kabinet lebih awal.

    "Apakah ini cara baru lariskan akhbar dgn mencipta cerita sensasi yg tak benar” katanya dalam akaun Twitter itu.

    Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menyelar laporan akhbar berkenaan.
    Khairy dalam laman Twitter @Khairykj secara sinis berkata “I left early because I had to catch a flight to Cambodia. Nice try”. (Saya keluar awal kerana saya perlu naik pesawat ke Kemboja. Percubaan baik).
    Beliau juga memuat naik tiga gambar ketika beliau di Angkor Wat, Kemboja dengan catatan "Amazing sunrise temple run at Angkor Wat. 9km right through one of the great wonders of the world".

    China Press hari ini melaporkan  tiga menteri, Shabery, Khairy dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meninggalkan mesyuarat Kabinet lebih awal semalam.

    Sumber: (http://addindeen.blogspot.com/2015/06/rupanya-kisah-menteri-ini-tidak-betul.html)

Tiada ulasan: