SANTA CATARINA - BRAZIL.
Seorang lelaki bermain gitar demi 'memaksa' dirinya berjaga sepanjang
proses pembedahan otak untuk mengeluarkan tumor beliau, minggu lalu.
Menurut
laporan Telegraph, Anthony Kulkamp Dias, 33, diberikan anastetik, tetapi
'bermain gitar' lebih membantu dalam proses 'cerebral monitoring'.
"Cerebral
monitoring penting untuk mengelakkan kecederaan berlaku pada kawasan
melibatkan deria, pergerakan dan percakapan," kata jurucakap hospital
Conceicao.
"Perbuatan Dias mengejutkan, tetapi pembedahan tetap dijalankan," tambah jurucakap tersebut.
Menurut Dias, beliau memainkan enam lagu pada satu-satu masa.
"Tangan kanan saya sedikit lemah kerana melibatkan kawasan otak yang mereka (doktor) sedang bedah," kata Dias ceria.
"Jadi
saya berhenti dan berehat. Saya sambung (bermain gitar) dan saya juga
berbual dengan doktor," jelasnya yang juga merupakan seorang pemain
gitar profesional.
Untuk rekod, pembedahan tersebut merupakan pembedahan ke-19 yang melibatkan celebral monitoring.
Dias dibenarkan keluar dari hospital semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan