Jumaat, 5 Jun 2015

5318. Gempa bumi gegarkan Sabah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Semua dengan izin dan kehendak Allah. 

    GEMPA BUMI BERUKURAN 6.0 SKALA RIKTER MENGGEGARKAN SABAH

    Awal pagi ini Sabah dikejutkan dengan suatu gegaran berukuran 6.0 skala rikter... tiada lagi amaran tsunami dikeluarkan. 
    Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, gempa bumi sederhana berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan kebanyakan tempat di Ranau, Keningau, Kota Belud, Inanam, Likas, Kinarut, Penampang dan Kota Kinabalu.
    Foto tingkap yang pecah diviralkan melalui Whatsapp, menunjukkan apa yang dikatakan di Bank Simpanan Nasional (BSN) di Ranau. 
    Sesetengah pengguna sosial menyalahkan tindakan pelancong yang berbogel di Gunung Kinabalu baru-baru ini dengan mendakwa perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan para dewa gunung.
    Majoriti pengguna media sosial melahirkan rasa terkejut ekoran kejadian tersebut. Gegaran itu juga mengakibatkan kerosakan pada premis-premis perniagaan, yang dikatakan paling teruk terjejas.
    Gunung Kinabalu, sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia, dianggap suci oleh penduduk tempatan, sebahagian daripada mereka menganggap ia tempat peristirahatan terakhir nenek moyang mereka.

    Masyarakat Dusun tempatan masih mengadakan ritual tahunan untuk menenangkan roh-roh dan meminta kebenaran untuk keselamatan pendaki mereka. 


    Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2015/06/gempa-bumi-berukuran-60-skala-rikter.html)

Tiada ulasan: