Rabu, 10 Jun 2015

5334. Akta Pengangkutan Jalan 1987.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  
Berkaitan nombor pendaftaran kenderaan motor. 
Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Seksyen 14. (1) Nombor pendaftaran yang diuntukkan bagi sesuatu kenderaanmotor apabila didaftarkan, atau sesuatu nombor pendaftaran baru yangdiuntukkan di bawah seksyen 11 hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya. diperagakan dan disuaikan pada kenderaan motor itu mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini. (i) Tiada apa-apa angka atau huruf lain dan (ii) tiada apa-apa reka bentuk, perhiasan, lekapan atau tambahan boleh diletakkan pada sesuatu kenderaan motor pada mana-mana tempat atau dengan apa-apa cara (a) hingga mungkin mengelirukan atau memperdayakan; atau (b) hingga menyebabkan lebih sukar untuk dibaca atau dicamkan nombornya itu semasa kenderaan itu sedang bergerak.

Seksyen 14(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini. huruf-huruf atau angka-angka
yang diletakkan pada suatu kenderaan motor hendaklah disifatkan sebagai mungkin mengelirukan atau memperdayakan jika, pada pandangan atau bentuk kadarnya, huruf-huruf atau angka-angka itu lebih kurang sama sahaja dengan nombor pendaftaran yang ditetapkan itu atau boleh disilapkan sebagai huruf atau angka itu atau ia mengelirukan mana-mana pengguna jalan.

Tiada ulasan: