Ahad, 14 Jun 2015

5342. Dengan izin Allah, aku tidak akan lupa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  
Updated:

Sunday, 14 June 2015

ANAKANDA ALMARHUM SULTAN JOHOR SELAR KENYATAAN MAHATHIR MENYALAHKAN ALMARHUM SULTAN JOHOR YANG MENYEBABKAN TUN SALLEH ABBAS DIPECAT SEBAGAI KETUA HAKIM NEGARA.

Adinda Sultan Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang cuba menyalahkan ayahandanya berhubung isu pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988.

Menurut Tunku Abdul Majid, mantan perdana menteri itu tidak sepatutnya meletakkan kesalahan itu terhadap mereka yang telah meninggal dunia.

“Mahathir mengunakan ayahanda saya untuk menyingkirkan Tun Salleh, beliau seorang individu yang baik dan (almarhum) ayahanda saya mengiktirafnya dan telah berbaik dengannya.

“Mahathir tolong jangan letak kesalahan (tersebut) pada orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya” bidas baginda melalui catatan Facebooknya semalam.

Menurut anakanda almarhum Sultan Johor itu, dakwaan Mahathir itu tidak berasas kerana jarak antara istana Johor dan rumah Tun Salleh agak jauh dan adalah mustahil bunyi bising yang dimaksudkan itu boleh didengar dengan jarak tersebut.

“Kita manusia tak lari dari kesilapan. Arwah ayah saya ada baik dan buruknya tetapi semua rakyat tahu baginda adalah seorang Sultan yang Amanah, Jujur dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negeri Johor di atas segala-galanya.

“… apa yang saya nak katakan adalah mustahil yang Mahathir mengatakan Tun Salleh cakap rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan arwah ayah saya terlampau jauh (dan) kalau memandu pun mengambil masa lebih dari 5 minit jadi macam mana renovation istana boleh tun dengar” ujarnya lagi.

Mahathir ketika bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur semalam mendakwa Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan.

Agong ketika itu ialah almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Menurutnya masalah itu berpunca daripada aduan yang dibuat Salleh kerana menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa “terlalu bising dan mengganggu rumahnya”.

Selain Tunku Abdul Majid, kenyataan Mahathir itu turut dibidas oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sambil menyifatkan Mahathir cuba memanipulasi isu tersebut.

“Pada masa itu, Tun Salleh tinggal kediaman rasmi Ketua Hakim di Jalan Conlay. Tiada sebarang kerja pengubahsuaian yang dilakukan di Istana Johor.

“Bunyi bising yang dimaksudnya (Mahathir) itu datang dari kerja-kerja pembinaan rumah pangsa Conlay yang bersebelahan dengan rumah Tun Salleh” ujar baginda pula.

Pentadbiran Mahathir sebelum ini didakwa sebagai bertangungjawab menyekat kuasa dan peranan institusi perundangan negara.

Mahathir sebelum ini dikatakan membalas dendam dengan memecat Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 kerana keputusannya mengharamkan UMNO sebagai sebuah parti politik
Sumber:
omakkau.blogspot.com

SUNDAY, JUNE 14, 2015


Yang haprak mudah lupa...

Bencana yang menimpa kehakiman kita tidak sekali-kali boleh timbul di Malaysia dan tidak sekali-kali boleh dilupakan oleh generasi-generasi akan datang. 

Benar sekali apa yang pernah ditulis oleh Tun Mohamed Suffian dalam buku 'KEBEBASAN KEHAKIMAN' yang ditulis oleh Tun Salleh Abbas. 

   
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jangan ingat semua orang Melayu mudah lupa. Hanya Melayu yang haprak sahaja yang mudah lupa... Mahathir kata Yang DiPertuan Agong yang pecat Tun Salleh Abbas Baca lagi DiSini.

Tun Mohamed Suffian dalam buku tersebut turut merakamkan kata-kata pujian mengenai peribadi Tun Salleh Abbas yang disifatkannya sebagai pakar undang-undang yang yang dikenali seluruh dunia, seorang yang jujur, arif dan budiman.

Beliau menyatakan rasa hairannya kenapa Tun Salleh Abbas di pecat waima beliau tidak membuat kesalahan jenayah (crime), bukannya kerana membuat perkara yang tidak bermoral atau tidak beretika, bukannya beliau hendak merampas kuasa ahli parlimen atau Pemerintah ..... :


Sumber:
alhusseyn51.blogspot.com


  • Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah, berapa cabangnya 


    Dr Mahathir selalu menyangka yang semua orang mudah lupa. Semalam beliau menyalahkan Sultan Iskandar yang semasa itu menjadi Yang Di Pertuan Agong, yang memecat Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara bersama dengan lima Hakim Mahkamah Agong yang lain. 

    Sebelum kita memahami hakikat sebenarnya yang berkaitan dengan isu pemecatan Tun Salleh Abbas ini, kita perlu tahu latar belakang siapa yang terlibat, seperti Dr Mahathir dan Raja yang dituduh Dr Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab memecat Tun Salleh Abbas itu. Dr Mahathir semalam tidak menyalahkan Tun Salleh tetapi beliau menyalahkan Yang di Pertuan Agong Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim semasa pemecatan itu. 

    Dalam politik negara Tun Mahathir terbilang dengan orang yang suka melakukan kehendak hatinya sendiri dan  sentiasa  tidak sesuai dengan undang-undang dan etika sebagai seorang Perdana Menteri sebuah negara merdeka seperti Malaysia ini. Jika ada halangan etika dan undang-undang beliau akan hapuskan undang-undang yang diguna-pakai oleh negara demokrasi untuk menjaga negara itu sendiri. 

    Jika ada pemimpin yang beliau anggap sebagai boleh menyaingi beliau dalam kerjaya sebagai pemimpin yang berjaya,  mereka –mereka itu akan dipinggirkan dan digantikan dengan mereka yang boleh bersekongkol dan memenuhi kehendaknya iaitu hanya memberikan sokongan 120 peratus terhadap beliau. 

    Akhirnya beliau berdiri seorang sebagai seorang pemimpin yang boleh dianggap berwibawa dan yang lainnya hanyalah dianggap beliau sebagai ‘red-indian’ yang boleh beliau perlakukan sekehendak hatinya. 

    Di dalam UMNO pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli  hanya diminta bertepuk dan bersorak dalam perhimpunan agung sahaja.
    Dr Mahathir menebas sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan beliau atau pun mereka yang dianggap lebih cerdik dari beliau. Beliau seorang penebas termasuk menebas Hakim-Hakim yang menjalankan tugas dengan baik. Tetapi kerja baik dan tindakan yang betul oleh Hakim-Hakim  itu tidak menyenangkan kedudukan beliau,  maka hakim-hakim itu menjadi mangsa beliau. 

    Habis Hakim-Hakim yang baik ditebasnya. 

    Sekarang beliau tidak mengaku menebas Hakim-Hakim tersebut. 

    Beliau menyalahkan ‘parang panjang bengkok’ pula. Beliau berkata yang menebas itu bukannya beliau. Yang menebas itu adalah parang panjang bengkok’ itu tadi. Beliau hanya menghayun ‘parang panjang bengkok’ itu sahaja dan yang menebasnya ialah ‘parang bengkok’ itu, bukannya beliau. 

    Justeru yang menebas dan membuang Hakim-Hakim Mahkamah Agong itu ialah Yang di Pertuan Agong, bukannya beliau. Beliau hanya memaksa Agong untuk mengadakan ‘Tribunal Khas’ untuk membuang Hakim-Hakim itu. 

    Itu sebabnya Tribunal Khas itu diwujudkan pada 1hb Mei 1988 iaitu pada hari Pekerja dan hari Ahad pula. Pandai Dr Mahathir ini, tetapi kepandaiannya ialah untuk melakukan mungkar terhadap negara dan sistem negara kita. 

    Patut pun Najib sebagai salah seorang pewaris kepada kepimpinan beliau lebih teruk dari beliau. Benarlah ‘jika bapak kencing berdiri, anaknya kencing berlari’. Yang sengsara negara dan rakyat. 

    Elok kita minta semua pemimpin yang berjawatan terutamanya dalam Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO untuk membuka mulut mereka luas-luas. 

    Kita mahu tengok apa kah jenis lidah yang ada dalam mulut-mulut mereka ini. 

    Kalau ada masa dan waktu yang cukup elok kita ‘revisit’ apa sebenarnya berlaku sehingga terpecatnya Hakim-Hakim Mahkamah Agong itu pada tahun 1988 dahulu. 

    MY Dashboard.
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: