Google+ Badge

Ahad, 14 Jun 2015

5343. Melayu terpinggir dari Pulau Pinang. Siapa pendusta dan pengkhianat sebenar?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  



  • Sunday, June 14, 2015


    Akhbar Singapura dedahkan pemimpin UMNO jual tanah dengan harga rendah kepada Robert Kuok..

    Isu yang sering diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam apa saja majlis atau ceramah yang dihadiri mereka ialah, Melayu akan terpinggir jika PR memerintah..

    Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut.

    Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.

    Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?

    Menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh menurut mereka kebanyakkan Melayu Pulau Pinang telah dipinggirkan dan seterusnya disingkirkan dari Pulau Pinang kerana tanah milik mereka telah diambil oleh DAP.

    Namun begitu hakikat sebenarnya ialah.. Kebanyakkan Melayu di Pulau Pinang ini telah terpinggir dan tersingkir dari Pulau Pinang angkara mereka..

    Merekalah yang telah menjadi orang tengah untuk membeli dengan harga murah kemudiannya menjualkannya dengan harga yang tinggi kepada pemaju untuk dibangunkan..

    Hari ini akhbar berpengaruh dari seberang tambak mendedahkan tanah di Johor telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa oleh pemimpin UMNO kepada seorang Billionair berbangsa China..

    Dengan keluasan 12.5 ekar nilai tanah di Nusajaya dianggarkan sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi..

    Tetapi ianya telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran iaitu RM182 Juta sahaja..

    Baca apa yang dilaporkan oleh Jalan Pulang berdasarkan laporan oleh Straits Times Singapore itu..

    Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta).

    Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum (2013) lalu menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah).

    Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah.

    Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai.

    Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion).

    Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM).

    MY Dashboard.
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: