Ahad, 14 Jun 2015

5346. Bila masing-masing bercakaran, tanggung-jawab jadi kesampingan dan dicicir-cicirkan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  
  • SUNDAY JUNE 14 2015

    Berita yang memalukan Kerajaan PAS Kelantan dan Umno Kelantan

    Walaupun ada perwakilan PAS membidas NGO yang membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka di Kelantan dituduh memberi imej buruk kepada kerajaan kerana kononnya mahu "bersaing" dengan kerajaan Kelantan dan cuba mencari nama untuk diri sendiri, Gabungan Impian Kelantan, inisiatif bersama Parti Demokratik Tindakan (DAP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan satu lagi program yang akan membuat kerajaan negeri Kelantan terkancing gigi.

    Sebelum ini terdapat laporan berikut pada 27 Februari 2015 :

    Sebanyak 21 buah masjid yang rosak akibat banjir di negeri ini telah dibaik pulih melalui peruntukan hampir RM1 juta di bawah Tabung Ihsan Masjid Banjir Negeri Kelantan.

    Pengerusi tabung berkenaan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebanyak 61 lagi masjid yang turut rosak akibat bencana itu Disember tahun lepas, kini dalam proses dibaik pulih menggunakan peruntukan tabung berkenaan.

    Tabung berkenaan yang ditubuhkan atas inisiatif Badan Perhubungan Umno Kelantan kini mempunyai dana sebanyak RM10 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk individu dan korporat, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pemulihan Masjid Kampung Kubang Batang, Lemal, DiSini.

    Macam mana pula mesjid di Kampung Pasir Tumbuh Gua Musang boleh terlepas pandang? Saya rasa tentu ada mesjid lain juga turut terlepas pandang. Umno dan PAS Kelantan duk glewak depan gol... Laporan seterusnya:

    DAP hari ini mengumumkan rancangan mereka untuk membina sebuah masjid untuk masyarakat Islam di sekitar Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang Kelantan.

    Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan.

    Kata Loke, pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang sendiri mengarahkannya membuat pengumuman itu.

    "Kami bersedia untuk membina masjid di Kampung Pasir Tumboh," katanya dalam ucapan di majlis penyerahan rumah Gabungan Impian Kelantan, tengah hari tadi.

    Rumah itu dibina dengan sumbangan orang ramai dan setakat ini sebanyak 40 unit siap dibina dan diserahkan kepada pemilik yang layak.

    Setiap satu rumah dibina dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000.

    Bantu atas dasar kemanusiaan.

    Menurut Loke, DAP berharap penduduk dan jawatankuasa masjid di situ boleh bersepakat untuk membenarkan pembinaan dijalankan.

    "Kami membantu atas dasar kemanusiaan," katanya.

    Loke memberitahu, DAP memberi jaminan wang yang akan digunakan nanti adalah hasil sumbangan derma orang ramai dan bebas daripada sebarang unsur haram seperti judi.

    Sebelum itu imam Kampung Pasir Tumboh Abdul Mutalip Seman menegaskan penduduk setempat berharap ada pihak yang membina masjid mereka yang rosak teruk akibat banjir tahun lalu.

    "Bantuan daripada Gabungan Impian Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain, kini kami berjaya tinggal dalam rumah selesa semula.

    "Cuma yang masih rosak dan belum dibaiki sekarang ini adalah masjid kami.

    "Kami harap DAP dan pertubuhan bukan kerajaan lain sudi membantu membangunkan masjid pula," katanya.

    Menurut Abdul Mutalib, beliau dan penduduk kampung tidak ada masalah dalam soal siapa yang membina masjid berkenaan.
    Video dari FunnyVines (Facebook) .
    Agar jadi pengajaran - Hidup jangan penuhi jiwa dengan Penyakit Hasad Dengki. Hasad dengki akan menyebabkan orang lain turun menerima kesan akibat. Nauzubillah MinzaliQ.

    MY Dashboard.
    .
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Tiada ulasan: