Isnin, 15 Jun 2015

5348. Bila someone mengetepikan Rule of Law, menjadikan tindakan itu tidak mencerminkan hemah dan kewibawaan individu itu sendiri.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  



  • Friday, March 11, 2011


    Serangan Mahathir Cerminkan Peribadinya - Anwar

    Kesungguhan Tun Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mencerminkan keperibadian mantan Perdana Menteri itu yang sentiasa bingkas untuk mencaci dan menfitnah orang.

    Justeru, kata Anwar, tidak ada keperluan lagi untuk beliau menjawab satu persatu tohmahan terbaru Mahathir dalam buku yang ditulis mengenai kisah hidupnya berjudul Seorang doktor di rumah.

    "Kita bukan nak caci mencaci atau menfitnah orang, ianya tidak akan ke mana. 

    Kalau nak jawab Dr Mahathir pun tidak guna juga. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri 22 tahun," Anwar berkata pada ceramah di Bukit Jugra Banting.

    "Kita bandingkan Saidina Umar Abdul Aziz yang memerintah dua tahun setengah dengan begitu berjaya sehingga tidak ada orang miskin untuk diberi bantuan zakat. Tetapi Dr Mahathir dalam 22 tahun pemerintahanya, mana nak membantu orang miskin, yang dibantu ialah orang-orang kaya dengan berbilion ringgit iaitu kawan-kawan dan anak beliau" tambah beliau.

    Dalam buku Seorang Doktor di Rumah nukilannya, Mahathir menunding jari terhadap pelbagai pihak termasuk Anwar sebagai punca masalah-masalah negara di sepanjang pemerintahannya.

    Beliau mengulangi tuduhan-tuduhan bersabit perilaku moral Anwar bagi menghalalkan tindakannya memecat Anwar pada tahun 1998.

    Anwar memberitahu ratusan orang di Banting bahawa Pakatan Rakyat menjadi musuh utama Umno dan Dr Mahathir kerana gagasan itu ingin membebaskan negara ini daripada rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa sekian lama.

    Sebagai contoh, syarikat-syarikat kroni termasuk syarikat milik anak Mahathir, Mokzani diberikan kontrak-kontrak lumayan Petronas bernilai RM23 bilion.

    "RM23 billion itu ada tiga syarikat dapat, yang pertama ialah Kencana milik Mohzani Tun Dr Mahathir iaitu salah satu daripada tiga melayu paling kaya di Malaysia. Kalau nak berniaga sampai untung berbilion ringgit menterkedarah , berniagalah, tapi jangan sampai begitu menketedarah (gelojoh). Rakyat yang susah," kata Anwar.

    "Kita kata 23 billion ini untuk syarikat tempatan, syarikat tempatan itu siapa? yang ini mereka (UMNO) kata kepada kita sebab kita bongkar kerana mahu selamatkan negara,"

    Anwar menggesa masyarakat Melayu supaya menilai laungan-laungan dan slogan yang dicanangkan oleh pemimpin Umno serta reliati sebenar mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Umno.

    "Orang Umno selalu laungkan kononnya "darah Melayu kita pertahankan dan kuasa melayu ditegakkan habis-habisan, kita tidak mahu melayu jadi pengkhianat. Saya nak tanya pengkhianat apa? Mereka cuma menjaga diri dan anak mereka," kata Anwar.

    Anwar berkata skandal PKFZ adalah contoh paling jelas bagaimana pemimpin Umno bersekongkol dengan pimpinan MCA untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit.

    "Mereka (Umno) cakap kalau Pakatan Rakyat memerintah, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz akan menyerah semuanya kepada DAP. Tetapi kita tengok kes Ling Liong Sik (bekas Presiden MCA) dituduh menipu Mahathir, dan lepas itu Chang Kong Choy menipu satu lagi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi...maknaya pemimpin Umno ini semuanya bodoh, habis kena tipu dengan MCA" kata Anwar.

    Ling dan Chan adalah dua pemimpin tertinggi MCA yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membohong jemaah menteri yang diketuai oleh Mahathir dan Abdullah Badaw ketika itu berhubung bayaran pampasan untuk tapak PKFZ dan pinjaman tambahan bagi menjayakan projek itu.

    Projek itu menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM12 bilion.

    Anwar berkata rakyat tidak lagi boleh menanggung beban untuk memberikan tempat kepada pemimpin-pemimpin rasuah tetapi harus mendokong pemerintahan yang amanah dan telus.

    "Orang yang berjuang, bersiah dikatakan pengkhianat dan perasuah manakala perasuah dan pengkhianat pula diangkat sebagai pemerintah dam penguasa, ini kita kena jaga," tegas Anwar

    TVS News 
    Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com

    Monday, 15 June 2015


    RAIS YATIM TEMPELAK MAHATHIR KERANA BERSIKAP MELANGGAR PRINSIP HAK ASASI MANUSIA DALAM ISU 1MDB.



    Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah sebelum keputusan siasatan 1MDB selesai adalah melanggar prinsip hak asasi manusia.

    Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perbuatan bekas Perdana Menteri itu mengetepikan Rule of Law dan tidak mencerminkan hemah dan kewibawaan.

    “Perbuatan penghakimkan seseorang di khalayak bahawa beliau (Najib) sudah bersalah justeru diputuskan supaya meletak jawatan adalah bercanggah dengan prinsip bicara dahulu kemudian bertindak.

    “Apakah negarawan seperti Tun M tidak boleh menunggu keputusan siasatan itu,” tulisnya di ruangan rencana dalam akhbar Utusan Malaysia pada Isnin.

    Bekas Menteri Kabinet itu berkata, beliau sedar tulisannya itu akan menyebabkan dirinya dihina dengan pelbagai cara, namun beliau sanggup menerimanya demi menyatukan Melayu dalam politik negara.

    Beliau membuka lipatan sejarah bagaimana dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah meletak jawatan kerana Dr Mahathir.

    Rais berkata, Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj terpaksa meletak jawatan selepas surat terbuka Dr Mahathir mengenai pentadbirannya tersebar luas pada 1970.

    “Benar Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan susulan pukulan teruk yang dibagi oleh Dr Mahathir. Kini pukulan itu mengena pada Najib pula tetapi kali ini Najib lebih teruk menerima hentaman beliau,” katanya.

    Rais berkata, kenapa Dr Mahathir tidak berterus menempelak Najib di kamar khas dengan disaksikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga Naib Presiden.

    “ (Mereka) boleh berdebat habis-habisan. Selesai itu, boleh beri berjabat tangan dan beri nasihat sebagai seorang bapa kepada anaknya.

    “Menghukum seseorang sebagai bersalah tanpa proses keadilan amat menyimpang dan salah,” katanya.
    MY Dashboard.
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: