Google+ Badge

Isnin, 15 Jun 2015

5349. Berhak menyalurkan pandangan di atas dasar sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  



  • Monday, June 15, 2015

    Nazri Aziz kurang ajar kata Ketua UMNO Parit Sulong

    Kalaulah ayat yamg keluar dari mulut Pemimpin UMNO yang namanya Nazri Aziz tu.. keluar dari mulut sesiapa saja pemimpin PR.. rasanya tak sampai 24jam dah kena cekup dah..

    Tak cukup dengan tindakan Polis, NGO-NGO pun tentu riuh rendah buat laporan Polis dan demo mengutuk tindakan pemimpin PR itu..

    Tapi disebabkan ianya keluar dari mulut pemimpin UMNO, maka pihak berkuasa pun buat tak nampak sajalah..

    Dah dua atau tiga hari berlalu belum muncul seorang pun dari mereka membuat laporan Polis.. Inilah Malaysia!!

    Laporan berkaitan..

    Jangan kurang ajar! Demikian kenyataan tegas, Ketua Umno Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan yang ditujukan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
    "Saya teramat kesal dengan kenyataan menteri itu. Semua orang perlu sanjung tinggi kedaultan institusi istana, termasuk pemimpin di peringkat pusat.

    Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) hormatkan istana, inikan pula menteri. Kena hormatlah juga.
    "Jawatan menteri bukan lesen untuk hina institusi yang sudah wujud sekian lama ini," katanya.

    Zulkurnain berkata, kenyataan Mohamed Nazri bukan sahaja melampau tetapi dibimbangi akan mencetuskan kemarahan rakyat Johor sekali gus menjejaskan keharmonian rakyat keseluruhannya.

    Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan menteri itu, kelmarin yang membidas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara.

    Ini berikutan Tunku Ismail pada 5 Jun lalu dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, "orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul..." yang dipercayai merujuk kepada tindakan perdana menteri tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO, Nothing2Hide.

    Menurut Mohamed Nazri, kenyataan anakanda Sultan Johor itu berhubung isu-isu politik negara akan menyebabkan beliau dikecam.

    “Saya rasa beliau (Tunku Ismail) harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia. Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu jadi ahli politik, dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

    "Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah,” demikian kata Mohamed Nazri dipetik.
    Zulkurnain berkata, kenyataan menteri itu yang merujuk kepada Tunku Mahkota Johor amat dikesali.

    "Saya cukup kesal dengan tindakan sesetengah pemimpin yang semakin kurang ajar hingga sanggup mengeluarkan perkataan yang begitu sekali menghina institusi raja," katanya.

    Zulkurnain bagaimanapun yakin pendirian Mohamed Nazri tidak mewakili pandangan kepimpinan Umno atau rakyat kerana beliau bukan anggota majlis tertinggi parti.

    “Saya sarankan beliau muhasabah diri, cermin diri dahulu apabila mahu buat kenyataan berkaitan institusi raja,” katanya.

    Zulkurnain juga percaya, bukan sedikit rakyat Johor yang marah dengan kenyataan menteri itu.

    Menurutnya, sejak dahulu lagi rakyat Johor akan bangun menentang sesiapa juga yang cuba menghina institusi raja yang boleh merosakkan perpaduan rakyat.

    “Orang luar yang tidak suka ‘Cara Johor’ tidak perlu cerca atau hina, mereka boleh mencari tempat lain tetapi bukanlah di negeri Johor ini yang sudah cukup aman selama ini,” katanya.

    Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi berkata, Tunku Ismail berhak menyalurkan pandangan sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin.

    Katanya, baginda mempunyai hak khususnya dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan awam.

    “Oleh itu, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini. Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi diraja Johor khasnya,” katanya lapor Sinar Harian

    Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com
    MY Dashboard.
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: