Rabu, 17 Jun 2015

5363. Kerana kesombongan, terimalah akibatnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  


  • Tuesday, June 16, 2015

    Binatang Ini Diharamkan untuk Yahudi dan Nasrani


    DALAM agama Yahudi dan Nasrani, Allah mengharamkan beberapa binatang laut dan darat. Al-Quran menyebutkan sebahagian binatang yang diharamkan bagi orang-orang Yahudi berserta alasannya, iaitu sebagai hukuman atas kezaliman dan kesalahan yang mereka lakukan.

    Dan kepada orang Yahudi, Kami haramkan segala binatang yang berkuku dan dari sapi  dan domba, Kami haramkan atas mereka lemak dari dua binatang itu, selain lemak yang melekat di punggung keduanya atau yang di perut besar dan usus atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami hukum mereka disebabkan kedurhakaan mereka; dan sesungguhnya Kami adalah maha benar.(Al-An'am: 146)

    Sedangkan orang Nasrani seharusnya mengikuti orang-orang Yahudi dalam masalah ini. Karena Injil menegaskan bahawa Isa AS datang bukan untuk mengubah hukum Taurat, tetapi untuk menyempurnakannya. Tetapi sebenarnya mereka telah mengeluarkan undang-undang itu. Mereka telah mempercayai Paulus yang dianggap suci, yang membolehkan semua makanan dan minuman kecuali yang dipersembahkan untuk berhala.

    Paulus beralasan bahawa segala sesuatu itu suci jika dimakan oleh orang yang suci. Semua yang masuk ke dalam mulut tidak ada yang najis. Yang najis adalah apa yang keluar darinya. Mereka juga telah mengharamkan babi, walaupun dengan tegas babi ini diharamkan oleh kitab Taurat hingga hari ini. Wallahu A'lam. [Ds / islampos]

    [Sumber: Halal dan Haram / Penului: Dr Yusuf Qaradhawi / Penerbit: Jabal]

    MY Dashboard.
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: