Khamis, 18 Jun 2015

5370. Pengajaran dan iktibar.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

 

 “”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“” 
Kisah dari www.blogspot.com . 

Aku ada sorang kawan baik di kampung, malahan keluarga dia baik sangat dengan keluarga aku dan hubungan persahabatan begitu dekat antara keluarga aku  dengan keluarga dia. 

Emak kawan aku nie, pernah jaga Allahyarhamah emak aku, masa emak aku terlantar sakit. Kawan aku usianya lebih muda daripada aku, kira pangkat adiklah. Kami memang jarang jumpa, tetapi kalau Hari Raya mesti jumpa punya. Sekarang pun anak adik aku YANG, emak kawan aku yang mengasuhnya. 

Begini ceritanya, kawan aku ini telah bernikah dengan orang satu pekanlah, dekat dengan kampung aku. 

Kira kampung depa, dekat sangatlah. Kawan aku sudah enam tahun mendirikan rumah tangga, tetapi Allah masih belum mengurniakan cahaya mata untuk mereka. Sekarang depa telah lebih kurang setahun depa mengambil anak angkat. Masalah depa ialah bila tiap kali Hari Raya, masing-masing balik duduk rumah emak sendiri. Berpisah sementara membawa haluan masing-masing bila masa Berhari Raya. Sudah hampir enam tahun keadaan ini terjadi, gila punyer cerita! 

Seperti selalu bila Hari Raya aku pergi rumah kawan aku lagi. 

Masuk sahaja rumah, aku tenguk emak kawan aku ini badannye sudah susut gila” Aku tanya ada sakit ker? Dia kata tidak ada sakit apa. Mulalah dia mengadu, bercerita dengan aku masalah anak lelaki dia, iaitu kawan aku, rupa-rupanya hubungan sudah tahap kritikal, sampai datang rumah serang-menyerang. Alhamdulillah kawan aku ini sabar gila Aku pun sedih beb” Orang Hari Raya seronok, ini depa Hari Raya duduk rumah keluarga masing-masing. Masa aku sampai tadi, kawan aku berkurung dalam bilik, lepas setengah jam baru keluar bilik, bila tahu aku datang. 

Rupa-rupanya 'member' aku nie 'tak bulih' dengar suara 'bebudak tambahan 'pulak' aku 'bawak' anak-anak aku. 
Rupa-rupanya dia tanggung dendam rindu kat anak yang dah lima hari tak jumpa 'giler' Terus dia cerita kat aku, masalah dia dan dia memang orang yang sabor giler, memang sabor tahap gaban ler. Mak kawan aku nie cakap, dia dah takder hati kat menantu dia, makna kata bini kawan aku nie ler, yang kawan aku ni, duk sabor lagi. Aku dengar jerk “Pendengar Setia” Mula2 malas nak campur, ialah masalah keluarga orang. 

Malam, aku lepak dengan YANG, rupanya dah memang kritikal tahap gaban. 

Sampai datang menyerang kat rumah pasal anak tuh. Ya Allah patut ler Allah Tuhan tak kurniakan depa zuriat lagi pada pendapat aku...ya lah, Allah kalau nak bagi zuriat pun, DIA akan tenguk keadaan dan hubungan suami isteri tuh dulu. Kalau hubungan keluarga suami isteri pun tak berapa baik.. Allah Tuhan tu Maha Mengetahui sebenarnya. 

Pagi Rabu aku bawak YANG dengan member aku 'kuar' pergi pekan. 

Mula-mula aku slow talk nasihat kat dia. Aku suruh dia cerita masalah dia, tapi dia tak boleh nak luah. Aku cakap kat dia, yang dia dah mula ada simptom kemurungan, ialah sebab dah mula berkurung dalam bilik, sebab tak bleh dengar suara bebudak. Aku basuh lebih kurang, suruh dia ambik sekejap anak dia. Mintak cara baik, cara orang yang berakal dan berpendidikan, jangan ikut cara keluarga sebelah sana. Kawan aku tak berani %$#%$@Aku “&^%$” dia kow-kow... Aku cakap mamat tuh penakut. Siap kuar ayat, yang kawan aku nie dah kena guna-guna, ialah mana tahu kut-kut dah kena nasik *toot*

Nasihat punyer nasihat aku ajak kawan aku pegi ambik kejap anak dia. 
Ialah mak dia dah rindu sangat dengan cucu. Aku cakap kat kawan aku, walaupun ko tak pernah menengking kat mak ngko, cara dia itu secara tak langsung adalah menderhaka namanya. Derhaka kat ibu, memang tak cium bau syurga beb. Derhaka bukannya setakat melawan atau sebagainya. Buat hati ibu sedih pun dah kira derhaka. Member aku tak sedia lagi. Dia kata taknak keruhkan keadaan. Aku cakap kita pergi cara baik. Minta cara baik, bukan nak menyerang macam depa. At least kita cuba. Berjaya atau tidak belum tentu. Kalau tak dapat ambik anak tuh, at least kita dah cuba. 

Alhamdulillah aku bawak YANG, dia tahu umah mak mentua kawan aku. 

Kalau ikutkan kawan aku, memang dia tak nak tunjuk. Aku dah pesan kat kawan aku, apa sekali pun tindakan dia orang, kita tetap akan berlembut, kalau kawan aku berkasar, aku sendiri yang akan belasah kawan aku. Ronda punyer ronda, sampai kat umah mak mentua kawan aku, nampak abang ipar kawan aku nie. Ok jerk, layan kami dengan baik. Sampai depan pintu umah, anak kawan aku tengah naik beskal (setahun 8 bulan) Mula-mula dia buat tak tau jerk. Lepas kawan aku berdiri dua minit depan budak tuh, berlari anak kecik tuh peluk kawan aku. Masa tuh aku dah tak boleh tahan beb, berderai air mata aku. Walau pun bukan darah daging dia, tapi anak tuh dia jaga sempurna beb. 

Berpelukanlah kawan aku dengan anak dia. 
Dia cakap kat abang ipar nak bawak anak balik kejap. Mak dia dah rindu sangat. Tak sampai lima minit, bini kawan aku sampai, "pergh" sampai jerk, terus rampas anak, kasar nak #@#$*$&, Alhamdulillah abang ipar dia ada. Masa tuh, kuar ayat #$@%$# yang aku sendiri tak boleh dengar beb. Kawan aku punyer gentle, diam jerk, memang sabor giler, dia cuma cakap nak ambik anak sampai pukul 5 jerkm, yang bini dia duk &^%$% tak hingat. Masa tuh badan aku tetiba menggigil, aku tenguk minah tuh cenonit sangat dah, kaki rasa nak bagi penerajang jerk. Kalau aku ler, orang maki mak bapak aku, memang makan penendang dah. Silap ler nak maki keturunan aku, memang lembik aku buat. 

Dah jadi terbalik, aku pulak yg tak sabor. 

Dalam sepuluh minit, member aku,dapat bawak anak dia, pergh leganya aku rasa, apa depa nak maki sekali pun, lantaklah, tapi kami pergi ambik anak tuh tak sama dengan cara depa yg kasar. Alhamdulillah Allah bagi kuasa talak tuh dekat kaum Adam dan tidak talak tuh Allah bagi kat kaum Hawa, aku rasa dunia penuh dengan rumahtangga yg hancur lebur. Kawan aku memang penyabar giler, sampai umah kawan aku, masing-masing tercengang. Aku suruh kawan aku mintak ampun kat mak dia, ialah dah buat emak dia bersedih. So berkerumun ler adik beradik mak aku kat anak kawan aku nie...

Sedih beb. Memang tragis. 
Pertama, depa nie tak tahu hukum ker? Orang perempuan biler dah kahwin, Syurganya adalah pada redha suami, bukan lagi dekat tapak kaki ibu dia. Selagi suami itu membawa ke arah kebaikan, selagi itu dia perlu patuh kepada suaminya. Redha Allah terletak pada redha suaminya. 

Kedua, suami akan patuh pada tiga perkara. Pertama kepada ALLAH. Kedua kepada ibunya dan ketiga baru isterinya. 

Ingat Ibu dulu baru isteri. Kawan aku nie, terlalu mengorbankan kesenangan orang lain tanpa memikirkan kesenangan diri sendiri dan ibunya. Derhaka beb. 

Ketiga, ada ibu sendiri yang nak lihat dan buat bomoh utk runtuhkan rumah tangga anak sendiri. giler!!!! memang giler!!!! orang kalau boleh nak biar anak tuh bahagia, ini tak, nak tenguk rumah tangga anak-anak hancur lebur. Aku terpaku kehairanan. 
Alhamdulillah apa pun Syawal kali nie, aku gembira tak terkata, walau pun masalah kawan aku nie tak selesai sepenuhnya, dengan izin Allah, ada sinar kebahagian dan harapan yang baik untuk keluarga kawan aku. Alhamdulillah mungkin ini satu kemenangan buat aku. Aku berdoa agar kawan aku mendapat kekutan dan petunjuk dari-Nya. Selamatkanlah perkahwinan mereka, jika tidak pun bahagiakanlah keluarga kawan aku yang dah berduka selama enam tahun lamanya. 

Aku mintak kawan-kawam aku yang baca blog aku, berdoa untuk kawan aku agar dilindungi dari ganguan iblis dan syaitan. Berikanlah kekuatan kepada kawan aku nie. Bahagiakanlah hidup dia. Tak tertanggung penyiksaan yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Sedih aku, apabila ada manusia yang bergelar ibu sanggup melihat kehancuran rumah tangga anaknya sendiri. Betapa kita berada di penghujung zaman, betapa dunia ini semakin dekat mengalami kehancuran. 
Ya Alah ya Tuhanku... Engkau berikanlah kekutan kepada sahabatku. Permudahkanlah laluan hidupnya. Berikanlah sinar kebahagiaan pada dirinya. Sesunguhnya kami ini hamba-Mu yang lemah, tidak mampu untuk mengatur segalanya, tanpa pertolongan dan perlindungan serta rahmat-Mu Ya Allah. Hanya dengan kekusaanMu Ya ALLAH dapat menentukannya. Aku memohon maghfirah Mu Ya Allah. Engkau bahagiakanlah sahabatku. Ceriakan hidupnya dalam Syawal yang penuh kemenangan. 

Aamiin Ya Robbalalaamiin. 

Sumber: (www.blogspot.com) 
Nota: Kisah dari www.blogspot.com yang telah dialih siar ke www.facebook.com sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita semua. Sumber asal tidak diketahui. Walau bagaimana pun kisah ini diedit dari sumber asal untuk tujuan yang baik. My Dashboard.  

Tiada ulasan: