Google+ Badge

Rabu, 17 Jun 2015

5369. Bongkak menyukarkan serta mencantas, sikap terpuji untuk berubah kepada lebih bagus.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

 

 “”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”

  • Rombak pasukan M'sia, kata jurulatih Palestin - Written By canang on Rabu, 17 Jun 2015 | 6/17/2015 08:51:00 PTG
    Selepas anak buahnya mengganyang Malaysia 6-0 dalam pelawanan kelayakan Piala Dunia 2018 malam tadi, jurulatih pasukan dari bumi yang dilanda perang, Palestin, Abdel Nasser Barakat memberi suatu nasihat yang sungguh menyengat kepada Persatuan Bolasepak (FAM).
      
    Pasukan kebangsaan Malaysia perlu dirombak!
      
    Bekas jurulatih pasukan Bawah 23 Tahun Palestin itu, yang amat terkejut dengan persembahan hambar Malaysia, menasihati Malaysia supaya mencontohi cara Palestin membentuk pasukan yang kuat untuk masa akan datang dengan menggunakan tenaga pemain muda berbakat besar.
      
    "Saya berpendapat mereka (FAM) patut melakukan seperti yang dilakukan pasukan kebangsaan Palestin...kami tukar kebanyakan pemain.
      
    "Saya tahu ada begitu banyak pemain muda yang hebat, tetapi Malaysia juga perlu mengambil langkah serupa.
      
    "Kami membuang begitu banyak pemain dan menggantikan mereka dengan pemain muda. Bagaimanapun, saya mendoakan mereka berjaya pada masa akan datang.

    "Memanglah kami ingin menang perlawanan ini, tetapi kami terkejut kerana kemenangan yang dicapai begitu besar dan kami tidak menjangka mereka (Malaysia) akan berputus asa serta tidak berusaha untuk bermain dengan lebih bersemangat," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
      
    Palestin, yang menduduki ranking ke-118 dunia, berpesta gol di halaman Malaysia (yang menduduki ranking ke-162) dalam perlawanan kelayakan bagi Piala Dunia Rusia 2018 dan Piala Asia UAE 2019 itu.
      
    Barakat, 43, yang dilantik sebagai jurulatih pasukan itu oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) Mac lepas, membuat 15 pertukaran terhadap barisan pemainnya, yang berusia antara 22 dan 24 tahun setelah pasukan itu tersingkir di peringkat kumpulan pada kejohanan Piala Asia 2015 di Australia Januari lepas.
      
    Bagaimanapun, Palestin mengejutkan peminat bola sepak di seluruh dunia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A menentang Arab Saudi dengan menjaringkan satu gol pada waktu kecederaan untuk mencatat kemenangan 3-2 di Stadium Putera Mohammed Bin Fahad Bin Abdul Aziz, Dammam, Khamis lepas.
      
    Palestin, yang berkongsi tiga mata dengan Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan A, bagaimanapun menduduki tangga teratas kumpulan itu apabila memperoleh jumlah gol yang begitu besar malam tadi.

    Sementara itu, Malaysia, yang memulakan kempennya dengan begitu lemah dan sekadar seri 1-1 dengan pasukan kerdil, Timor Leste, kini menduduki tangga paling bawah, berkongsi satu mata dengan pasukan itu.
      
    Usaha Barakat untuk melahirkan pasukan kebangsaan Palestin yang lebih kuat pada masa akan datang mula menampakkan hasilnya melalui kemenangan mudah mereka malam tadi, waluapun tidak mempunyai dana lumayan untuk mengendalikan pasukan itu, berbanding pasukan Malaysia.
     
    "Kami menyertai pusingan kelayakan ini untuk menambah pengalaman, meraih keputusan baik dan memberi keyakinan kepada pemain. Bagaimanapun, kemenangan 6-0 itu sudah tentu memberi semangat besar kepada pasukan kami. Kami tidak mempunyai bajet besar kerana seperti yang anda tahu, rakyat Palestin sedang dilanda krisis...tetapi kami mempunyai kem di Tunisia.
     
    "Ia kem yang angat baik, kami mengadakan tiga perlawanan menentang pasukan kuat (dan) tidak kiralah apa pun keputusannya, kami cuba membetulkan kesilapan, manakala para pemain pula memanfaatkan pengalaman itu apabila bermain pada pusingan kelayakan ini," katanya.
      
    Palestin akan menentang UAE pada 8 Sept, selepas Malaysia bertemu UAE pada 3 Sept dalam perlawanan ketiganya.MK
      
    -Bernama


    Sumber: (btmmari.blogspot.com)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: