Isnin, 22 Jun 2015

5415. Bernafas dalam lumpur.

Bismillahirrohmanirrohim.

Berita Luar Negara - Mesir (Egpty)  

Rekod Pencabulan Hak Asasi dan Undang-undang di Mesir

INFO | Rekod Pencabulan Hak Asasi dan Undang-undang di Mesir
1. Hukuman Bunuh:

i. Sejak 3 Julai 2013 (kudeta), sebanyak 529 kes hukuman mati telah dijatuhkan.
ii. Sebanyak 1,666 tertuduh telah pun dirujuk kepada Mufti Mesir untuk dihukum mati.
iii. Pada 17 Mei 2015, telah dilaksanakan hukuman mati ke atas 6 mangsa (kes Arab Sharkes) 

2. Perbicaraan di Mahkamah Tentera dan hukuman penjara seumur hidup: 

i. Sebanyak lebih 200 kes (2000 tertuduh) yang melibatkan orang awam telah dibicarakan dalam mahkamah tentera
ii. Seramai 17 pelajar telah dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 60 tahun
iii. 600 tertuduh telah dipindahkan perbicaraan mereka ke mahkamah tentera di negeri el-Menia sahaja 

3. Tahanan hilang: 

i. Pendekatan baru rejim kudeta ialah menahan orang awam tanpa dituduh dan juga tidak dapat dikesan kedudukan mereka.
ii. Sejak April 2015 hingga 7 Jun, sebanyak 163 kes di 22 negeri telah berlaku yang berakhir dengan kematian, dua daripadanya mati akibat seksaan yang berlaku ke atas mereka iaitu Islam Atito dan Sobri el-Ghoul
iii. Juga turut ditahan ramai gadis dan pelajar wanita. 

4. Kematian dalam tahanan akibat pengabaian secara sengaja: 

i. Antaranya Dr Fared Ismail, pemimpin kanan parti FJP, ahli parlimen Muhammad el-Falahije dan Muhammad el-Syahhat el-Maghaze di Balai Polis Samnoud akibat pengabaian rawatan kesihatan untuk mereka.
ii. Sayyed el Rasd pula terkorban pada 7 Julai akibat penyiksaan berterusan selama empat hari sewaktu dlm tahanan.
iii. Sejak kudeta berlaku, seramai 270 mangsa telah terkorban mati di dalam tahanan rejim kudeta.

5. Gadis dan wanita turut ditahan: 

i. Sejak kudeta berlaku, seramai lebih 300 wanita telah ditahan.
ii. Pada Mei lepas, seramai 13 gadis yang berumur sekitar 16-29 tahun telah ditahan di perkampungan el-Bashorithah di Dumyath.

6. Tahanan daripada kalangan kanak-kanak:

i. Terdapat sekitar 300 kanak-kanak ditahan di pusat tahanan atas kesalahan politik (bukan kesalahan jenayah). 

Sumber: Misr Al-Hura
‪#‎MesirKini‬

Sumber:
(btmmari.blogspot.com)

Berita Tempatan: Kupasan. (360i5)

Kenapa PAS berubah sikap terhadap Anwar,  PKR

VETERAN PAS 

Memang pelik sikap dan pendirian pemimpin Pas, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Selangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan publik mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim.

Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan survival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR.

Anwar dipaparkan seolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak. Macamlah Anwar tiada jasa langsung kepada Pas.

Ramai yang dengar cerita bagaimana layanan buruk Haji Hadi kepada Anwar, yang datang ke Rusila untuk membincangkan hal MB Selangor. Anwar sebagai tetamu yang datang dari jauh langsung tidak dirai. Hilang nilai sebuah persahabatan.

Bila Anwar ditimpa malang buat kali kedua, dan dihantar ke penjara, cuba kita ingat balik, bagaimana reaksi pemimpin Pas geng ulamak ini.

Tetapi, cuba kita tengok keadaannya hari ini bila Pas sudah putuskan hubungan dengan Dap. Pakatan Rakyat sudah musnah. Betullah, sepanjang berpakat, Pas adalah parti yang paling banyak membawa masalah. Kononnya nak jadi abang sulung yang tak mahu dibuli PKR dan Dap.

Pas nak tunjuk lagak dia juga ada maruah, bukan jadi kuda tunggangan Dap dan budak suruhan Anwar. Mahu tunjuk ego sebagai ketua, seperti Umno salam BN, walaupun kerusinya di Parlimen adalah yang paling sedikit.

Untuk menjaga kepentingannya, yang mulai tergugat, terutama di Selangor, Pas mula berubah sikap dengan PKR. Parti yang selalu dikutuknya dulu, kini menjadi taruhan untuk terus berkuasa. ... Pas mendakwa Pakatan masih ada kerana PKR belum keluar. Harapan hanya dengan PKR dan Anwar, pihak yang dibelasah habis-habisan dulu.


Sumber:
(gigitankerengga.blogspot.com)

Hipokrit ... tauladan kepada teladan ... 360i5.

Tiada ulasan: