Rabu, 24 Jun 2015

5432. Selama ini Allah tutupi aib hamba-hamba-Nya. Siapa yang salah bila aib seseorang itu akhirnya terlerai?.

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Innalilla hiwainna illaihirojiun
Kisah-kisah dibawah ini sebagai peringatan, pengajaran dan tauladan (Teladan bagi seseorang yang sudah tersalah eja tetapi 360is) 

Urusniaga Pembelian Hartanah Melbourne Ikut Prosedur - Annuar Musa. 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa mengakui urusniaga pembelian sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia yang dikendalikan anak syarikatnya, Mara Incorporated (Mara Inc) dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Malah, urusniaga tersebut mendapat kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak sebagai pengerusi Majlis Ekonomi Bumiputera. "Urusniaga tersebut bermula pada 2012 dan diluluskan Mara Inc pada akhir 2012 dan dibawa ke Majlis Mara untuk kelulusan pada Mac 2013. 

"Seterusnya ia dibawa untuk kelulusan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, sebelum ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan perdana menteri untuk kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkenaan dakwaan wujud unsur rasuah dalam urusniaga pemilikan hartanah Mara di Australia seperti dilapor akhbar The Age.Annuar berkata, pembelian blok pangsapuri itu dibuat berasaskan penilaian oleh syarikat penilai (hartanah) profesional. "Di peringkat Mara urusniaga pembelian dilakukan mengikut proses yang ditetapkan. Sudah tentu pembelian berasaskan penilaian oleh penilai profesional," katanya.

Sumber:
(http://penburukonline.blogspot.com/2015/06/skandal-terbaru-najib-pasti-gelisah-lagi.html)

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak bakal sambut raya di penjara

Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember 2010. -Foto laman blog MB Online
PUTRAJAYA, 24 Jun: Gara gara rasuah, bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shafie bukan sahaja terpaksa menyambut Aidilfitri tahun ini dalam penjara, malah akan menghabiskan sekurang-kurangnya enam tahun di balik “tirai besi”

Ini kerana pagi tadi Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya setelah disabitkan bersalah dalam tujuh kes rasuah. Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusi Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri untuk mengetepikan sabitannya setelah mendapati ia adalah wajar. Tempoh hukuman penjara bagaimanapun dikurangkan sebanyak empat tahun, berbanding hukuman asal sebelum ini 10 tahun.

Selain itu, Mahkamah Rayuan juga mengekalkan denda sebanyak RM210,000 yang dikenakan ke atas beliau oleh Mahkamah Sesyen. Hasan Basri juga bernasib baik kerana panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam memerintahkan hukuman penjara antara satu hingga enam tahun bagi setiap kesalahan yang dilakukan berjalan serentak. Hukuman ke atas Hassan Basri, yang kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan diperintahkan berkuatkuasa mulai hari ini. Beliau sebelum ini bebas dengan jaminan RM105,000 dengan dua penjamin sementara menunggu keputusan mahkamah Rayuan hari ini.

Terdahulu, bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah itu didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada dua individu. Seorang daripadanya terbabit dalam dua kes bernikah tanpa melalui prosedur yang betul, manakala satu lagi berkaitan pemulangan wang jaminan dalam kes berkaitan minum arak serta menggalakkan perjudian. Semua kesalahan berlaku di beberapa lokasi di Perak antara 6 Ogos 2006 dan 15 Ogos 2007. Mahkamah Sesyen Ipoh pada 14 Disember 2010 mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara.

Sebelum Mahkamah Rayuan, Hassan Basri membuat rayuan di Mahkamah Tinggi namun gagal apabila mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen. Hassan Basri dipercayai hakim syarie pertama di negara ini yang disabitkan bersalah melakukan rasuah.

Sumber:
(http://wak-labu.blogspot.com/2015/06/bekas-hakim-mahkamah-tinggi-syariah.html)

RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan.

RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan
Oleh: Selena Tay
Nilai matawang Ringgit telah jatuh merudum, iaitu 1 Dolar Amerika bersamaan dengan RM3.76 dan 1 Dolar Singapura bersamaan dengan RM2.80 

Penulis telah mewawancara dua orang usahawan; seorang pelabur asing dan seorang ahli usahawan tempatan dan kedua-dua mereka berkata kejatuhan nilai Ringgit adalah disebabkan oleh apa yang boleh dilabelkan sebagai ‘krisis keyakinan’ 

Mereka berkata bahawa masalah 1MDB memberi kesan yang buruk kepada iklim pelaburan di Malaysia kerana sudah jelas isu itu gagal ditangani dengan baik. Selain daripada itu, 1MDB sedang mengalami masalah aliran wang tunai.

Kedua-dua para pelabur ini juga menjelaskan bahawa perhatian para usahawan kini tertumpu kepada ‘pihak ini dan pihak itu’ yang telah melabur wang dalam 1MDB demi membantu syarikat berkenaan membayar faedah atas hutang RM42 bilion itu.

“Situasi tak cantik. Ia merunsingkan kita para pelabur.

“Justeru itu, kalau masalah 1MDB terus berkekalan, mungkin adalah lebih baik untuk melabur di negara jiran yang mempunyai iklim pelaburan yang lebih ceria,” kata seorang usahawan tempatan.

Setakat ini, pelabur asing telah mengeluarkan jumlah pelaburan dari Malaysia sejumlah RM6.3 bilion dari Januari ke Jun tahun ini, walhal untuk sepanjang tahun lalu, jumlah pelaburan asing yang mengalir keluar hanyalah RM6.9 bilion.

Sumber:
(http://wrlr.blogspot.com/2015/06/rm63-bilion-pelaburan-ditarik-keluar.html)

Wednesday, June 24, 2015


PM Lulus Urusan Beli Hartanah MARA


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata pembelian sebuah blok apartment di Melbourne, Australia dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Urusan pembelian itu bermula pada 2012 dan diluluskan MARA Inc pada akhir 2012 dan di bawa ke Majlis MARA untuk kelulusan dan seterusnya di bawa ke kelulusan kementerian wilayah luar bandar dan di bawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan dapat kelulusan.

"Maklumat yang diberi ialah pihak Majlis mempertimbangkan untuk membeli dengan nilai harga pasaran," katanya.

Annuar yang juga MP Ketereh berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat MARA hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengetahui berhubung bayaran lebih sebanyak RM13.7 juta terhadap pembelian Dudley International House oleh MARA Inc.

[Berita penuh menyusul] - mkini


Sumber:
(http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/pm-lulus-urusan-beli-hartanah-mara.html)

BERAPI!!! (Video) MB Selangor Buat Hal Lagi... Apa Kata PM Haji Najib Lepas Nie? Jom Terjah!!! 


Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada 17,534 kakitangannya sempena Hari Raya Raya Aidilfitri, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, imbuhan tahunan itu akan dibayar pada 9 Julai depan, sebagai menghargai khidmat penjawat awam melaksanakan dasar kerajaan negeri secara profesional dan berintegriti.

"Kerajaan Negeri Selangor berasa amat sukacita mengumumkan pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya berjumlah satu bulan gaji kepada 17,534 orang anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

"Imbuhan Tahunan ini adalah bagi menghargai khidmat yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri dalam melaksanakan dasar kerajaan negeri secara profesional dan berintegriti ke arah Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu juga mengumumkan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah, sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. 

Sumber:
(http://sedakasejahtera.blogspot.com/2015/06/berapi-mb-selangor-buat-hal-lagi-apa.html)

Annuar Musa, Mara dan hartanah di Melbourne

SUSUPAN PETANG                                                                                       

Annuar Musa
Tiba-tiba sahaja isu pembelian hartanah berupa bangunan untuk dijadikan asrama pelajar Malaysia di Melbourne oleh Mara meletup. Menurut laporan berita "scop" yang dikeluarkan oleh The Age Australia, harta itu berupa blok apartment International House bernilai USD17.8 juta  (RM51.5 juta) juga sahaja tetapi dibayar dengan harga USD 22.5 juta  (RM65) juta.

Pembelian itu tidak menjadi masalah kerana untuk kemudahan pembelajaran, tetapi apa yang menjadi pertikaikan kenapa pembelian itu dengan harga yang diatas harga sepatutnya dan inilah menyebabkan timbul keraguan mungkin ada berlaku rasuah dalam urus niaga berkenaan.

Pembelian hartanah itu seragam dengan pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji yang nilai harganya beribu kali ganda dengan harta yang dijualkan kepada syarikat strategi yang dinaungi Najib Razak itu.

Hari ini Pengerusi Mara, Annuar Musa yang saya percaya terkejut dengan penbelian hartanah itu membuat kenyataan akhbar menjelaskan isu berkenaan. Intisari daripada kenyataan beliau ialah, pembelian hartana itu diketahui dan mendapat kelulusan Perdana Menteri, Najib Razak. Ertinya Najib maklum mengenai pembelian itu.

Pembelian itu menurut Annuar dilakukan oleh anak syarikat Mara, Mara Inc. Katanya pihaknya sudah mengetahui urusan pembelian itu dan laporan disiarkan The Age itu sebagai satu information sahaja.

Annuar berjanji ia akan menjalankan siasatan. Mara Inc diberi masa selama tujuh hari untuk menghantar laporan bertulis menjelaskan perkara itu dan dalam masa 14 hari Mara akan memanggil mesyuarat untu membincangnya.

Annaur tidak menjanjikan apa-apa tindakan lebih daripada itu, seperti akan menyerahkan kepada polis atau pun SPRM untuk menjalankan siasatan. Seperti mana dilaporkan The Age terdapat beberapa orang politik yang berkolobrasi dengan pegawai Mara melalukan urusan niaga berkenaan.

Apabila Annuar menyebut pembelian itu dibawah pengetahuan Najib, timbul pertanayan kepada saya kenapa cepat sangat Annuar menyebut nama Najib. Apakah tidak boleh beliau melindungi untuk seketika. Kenapa beliau tidak terlebih dahulu menyebut nama menteri bertanggungjawab terhadap Mara, iaitu Shafei Afdal selaku Menteri Luar Bandar. Apakah ada niat Annuar disini untuk mengheretkan sama Najib dalam pembelian itu? Walahu'alam.

Menurut Annuar juga, dia sudah tahu mengenai pembelian hartanah berkenaan sejak dua bulan lepas dan audit dalaman sedang dibuat. Apa yang didedahkan oleh The Age itu hanya makluman atau informasi tambahan. Baginya pebelian itu menurut prosuder yang sah. Anihnya, kenapa Annuar tidak membuka mulut perkara itu sebelum ini?  Kenapa sehingga ia didedahkan oleh akhbar luar negara?

Dan apakah kalau laporan The Age tidak dikeluarkan maka Annuar juga akan mengzipkan mulutnya serapat mungkin?

Saya masih ingat sekitar bulan Mei, sewaktu berceramah di Padang Perdana Kota Bharu Kelantan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ada menyebut seimbas lalu mengenai perkara ini, tentang penyelewengan dalam agensi kerajaan itu.

Apabila habis beliau bercerita fasal kerugian atau kehilangan dalam 1MDB, penyangakan Tabung Haji, wang KWSP, LTAT dan sebagainya, beliau menyebut Mara. "Selepas ini terbongkar pula penyelewengan dalam Mara," begitulah kira-kira katanya. Waktu Rafizi menyebut itu semua orang menganggap ia hanya humoris sahaja sehinggalah terderdah skandal itu di The Age.

Apabila Rafizi menyebut Mara maka orang terus terkenang dan menyebut Annuar Musa kerana beliau adalah pengerusi. Seorang ahli PKR di Ketereh bernama Imi Tokcu sudah menyindir Anwar berhubung perkara itu dalam facebooknya sehinggakan menimbulkan kemarahan Annuar.

 Pengerusi Mara itu dalam satu status dalam facebooknya memberi tahu dia akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada ahli PKR berkenaan.

Nah, hari ini apa yang disebut oleh Rafizi itu telah terdedah kepada umum. Dan Annuar sendiri mengakui berlaklu transksi pembelian hartanah berkenaan, cuma sama ada ia dibuat secara telys atau tidak belum disahkan. Ceritanya kini bahawa Mara sedang diperhati oleh segenap mata-mata yang ada di negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini.

Janji lisan dibuat baik oleh Annuar dan Najib pembelian itu akan disiasat bagi menentukan apakah ia berlaku rasuah atau sebaliknya. Kita berharap ia berjalan dengan teratur dan telus, semoga janji lisan itu tidak ditelan naga api di tengah jalan. Mara oh Mara. [wm.kl.5:50 pm 24/06/15]

Sumber:
(http://msomelayu.blogspot.com/2015/06/annuar-musa-mara-dan-tanah-hartanah-di.html)

Konsep Jemaah : Antara Makna Sempit dan Luas

Berikut adalah petikan sebahagian daripada artikel : Konsep Jamaah: Antara Makna Sempit dan Luas, oleh: Kamal al-Misri. Oleh kerana tulisan tersebut agak panjang dan agak akademik, maka saya hanya mengambil sebahagia sahaja darinya. Tuan/puan boleh mengaksesnya melalui klik di sini

Pada hari ini, perkataan jamaah dari sudut iktikad masih lagi memberikan makna yang sama tanpa mempunyai sebarang kekaburan atau perselisihan. 

Manakala maknanya dari sudut politik telah melalui beberapa fasa yang kadang-kadang jelas dan pada banyak keadaan adalah kabur. Pada hari ini, maknanya dari sudut politik telah meresap masuk ke dalam minda orang ramai yang menyebabkan mereka melalui dua jalan yang salah ketika memberikan maknanya:

 1. Jalan Keterlaluan

 Ada di kalangan mereka yang membantah pensyariatan atau keharusan menggabungkan diri di dalam mana-mana perhimpunan atau perkumpulan ini sama sekali. Pendapat ini didasarkan kepada pendapatnya yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan jamaah ialah jamaah ummat Islam keseluruhannya. Sedangkan perkumpulan-perkumpulan ini semuanya bukan dianggap sebagai jamaah. 

Golongan ini pula terbahagi kepada dua: 

Satu golongan yang menganggap bahawa tiada jamaah dan tiada bai’ah melainkan selepas mendapat kekuasaan dan seorang imam dilantik. 

Satu golongan lagi pula berpendapat bahawa jamaah telah ada dan ia diwakili oleh ummat. Oleh itu, tidak perlu lagi kepada kewujudan perkumpulan- perkumpulan tertentu. 

2. Jalan Pengabaian

 Ada di antara mereka yang melampau lalu hanya membataskan jama’at al- muslimin terhadap perkumpulannya sahaja. Manakala perkumpulan lain pada pandangannya tidak harus dan tidak boleh dikaitkan dengan Islam atau jamaah. Lalu dia menjadikan kemestian berada di dalam jamaahnya sebagai sebahagian daripada agama yang tidak sempurna Islam seseorang melainkan apabila dia telah menunai dan melaksanakannya. 

Dia juga menganggap sesiapa yang berada di luar jamaahnya sebagai kafir. Manakala sesiapa yang pernah berada di dalam jamaahnya, kemudian keluar, maka orang itu telah keluar daripada ikatan Islam. 

Dia juga enggan melakukan komproni atau kerjasama dengan mana-mana kumpulan atau jamaah lain. Dia tidak faham bahawa jamaah yang disebutkan di dalam hadis bermaksud keseluruhan ummat Islam yang lurus berada di atas syarak dan boleh menerima berbilang jamaah di dalamnya, bahkan boleh berlaku perselisihan pandangan dan aliran, selagimana ia berdasarkan latar belakang rujukan kepada sumber Islam yang utama.

 Di sini, kita tidak berkesempatan untuk menolak hujjah mereka semua secara terperinci. Kita hanya perlu memerhatikan beberapa perkara berikut:

 1. Hujjah yang mengatakan kewujudan pelbagai perkumpulan dalam amal Islami sekarang tidak bersandarkan kepada syarak adalah sesuatu yang masih boleh diperdebatkan. Kerana kumpulan (firqah) yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar kita menjauhinya sebenarnya ialah golongan jahat (al-sharr) sebagaimana dinyatakan sendiri oleh baginda melalui sabdanya sebelum itu yang bermaksud:

 “Para penyeru kepada pintu-pintu neraka. Sesiapa yang menerima ajakan mereka, maka mereka akan mencampaknya ke dalam neraka.” (Hadis muttafaq ‘alaih)

 Ketika berhadapan dengan situasi inilah, Rasulullah SAW memerintahkan agar kita mesti sentiasa bersama- sama dengan jama’at al-muslimin dan imam mereka. Baginda tidak memberikan kelonggaran dalam hal ini sekalipun ketika terpaksa mengasingkan diri sehingga mati.

 Imam al-Nawawi RH berkata: “Para ulama berkata: Mereka adalah dari kalangan para pemerintah yang menyeru kepada bid’ah atau kesesatan, seperti golongan al-Khawarij, al-Qaramitah dan para penfitnah.”

 Imam al-Shatibi RH berkata: “Firqah-firqah ini menjadi satu firqah kerana ia bercanggah dengan firqah yang mendapat keselamatan dari sudut agama dan prinsip syariat yang umum secara keseluruhan, bukan pada salah satu cabang agama. Kerana perselisihan pada cabang agama tertentu tidak boleh menyebabkan berlaku percanggahan yang mengakibatkan perpecahan seterusnya melahirkan pelbagai puak. Tetapi perpecahan hanya berlaku ketika berlaku perselisihan dalam perkara-perkara yang utama.”

 Jamaah-jamaah Islam yang ada pada hari ini, bukanlah sebagaimana bentuk di atas, kerana pada umumnya mereka bersepakat dan beriltizam dengan prinsip-prinsip utama yang dipegang oleh ahl al-sunnah wa al-jama’ah. Mereka juga berusaha menuju matlamat yang sama iaitu menegakkan agama serta memberikan kekuasaan kepada syariat Allah untuk berfungsi di atas muka bumi. Oleh itu, kesemua mereka sebenarnya berada di dalam satu jamaah. 

Perselisihan yang berlaku di antara mereka hanya terbatas kepada perselisihan dalam perancangan dan wasilah yang digunakan. Bukan perselisihan pada matlamat atau perkara yang menyentuh akidah.

 Manakala dakwaan yang membataskan konsep jama’at al-muslimin terhadap sesuatu jamaah tertentu juga adalah silap dan ia adalah dakwaan yang tidak mempunyai hujjah. Jama’at al-muslimin, sebagaimana disebutkan sebelum ini ialah majoriti ummat Islam. Manakala kumpulan-kumpulan yang ada walau dalam apa bentuk sekalipun, bukanlah mewakili seluruh ummat dan bukan juga kumpulan majoriti dari kalangan ummat. Bahkan ia hanyalah persatuan- persatuan yang ditubuhkan bagi membantu agama Islam melalui wasilah atau alat tertentu.

 Jadi bagaimanakah masih ada orang boleh mendakwa bahawa mereka adalah satu-satunya jama’at al-muslimin dan yang lain pula berada di dalam kesesatan?

 Kefahaman yang cetek ini sebenarnya mengundang bahaya yang besar, terutamanya apabila permusuhan menjadi menebal di kalangan puak-puak yang menjalankan amal Islami. Ketika itu, mengkafirkan orang lain dianggap sebagai perbuatan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Setiap orang mentaqarrubkan dirinya kepada Allah dengan mengeluarkan saudaranya daripada Islam. Dia beribadah kepada Allah dengan memutuskan hubungan dengan saudaranya. 

Fitnah akan bertambah besar apabila permusuhan ini berpindah ke atas minbar umum dan apinya bergejolak menjulang di kalangan orang awam. Perkara minima yang akan berlaku akibat daripada situasi tersebut ialah orang ramai tidak lagi mahu melibatkan diri dalam semua amal Islami yang sudah hilang kehormatannya disebabkan perbalahan remeh temeh ini. 

Kumpulan-kumpulan tersebut kelihatan sebagai kumpulan yang saling berbunuhan dan saling mengeji di antara satu sama lain. Sepatutnya tenaga dan usaha yang ada pada mereka digunakan sebaiknya bagi melakukan dakwah kepada makhluk Allah, tetapi ia telah ditukar untuk mengkafirkan dan menfasiqkan orang lain, bahkan kadang- kadang digunakan untuk memukul dan membunuh juga!

 Jamaah-jamaah atau perkumpulan-perkumpulan tersebut, tiada satu pun daripadanya adalah jama’at al-muslimin. Oleh itu, ia bukanlah matlamat terakhir. Setiap satu daripadanya secara terasing tidak mewakili jama’at al- muslimin. Kesemuanya juga secara keseluruhan tidak mewakili jama’at al- muslimin. Oleh itu, tiada dakwaan boleh dilakukan bagi menganggap salah satu jamaah sebagai induk, manakala yang lain tidak demikian. 

Tiada sebarang masalah daripada kewujudan satu, dua atau tiga buah jamaah yang saling membantu dalam perkara kebajikan dan taqwa, selagimana ia adalah alat atau wasilah untuk membentuk dan membangunkan jama’at al-muslimin. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

 Perlu juga diketahui bahawa perkumpulan-perkumpulan itu lahir bagi menghadapi cabaran-cabaran tertentu yang dihadapi oleh ummat Islam pada kurun kedua puluh. Demikianlah yang diberitahu kepada kita oleh kajian pantas yang dilakukan terhadap sebab dan faktor pembentukannya. Jika inilah hakikatnya, maka perkumpulan-perkumpulan tersebut adalah bersifat saling menyempurnakan, bukan saling bercanggahan, dengan erti kesemuanya berada di dalam barisan atau saff yang sama. 

Setiap satu daripada perkumpulan tersebut menghadapi cabaran tertentu yang berbeza daripada yang dihadapi oleh perkumpulan yang lain. Maka tindakan yang betul ialah mengumpul dan menggabungkan, bukan saling berkonfrontasi. Keutamaan mungkin berubah mengikut keperluan dan cabaran semasa.

 Jika inilah hakikatnya, maka penentuan untuk terikat dengan mana-mana badan adalah terserah kepada kemampuan individu yang mahu memberikan tenaganya demi mencapai matlamat yang dicitakan, tanpa memandang kepada nama, hakikat sesuatu kumpulan, tokoh dan badan tertentu. Jika ada seorang individu yang boleh memberikan tenaganya secara maksima ketika dia melakukan amal Islami secara sendirian, maka dipersilakan… Manakala jika ada seorang individu yang boleh mengerahkan seluruh tenaganya hanya ketika dia bergabung di dalam mana-mana kumpulan, maka hendaklah dia menggabungkan dirinya ke dalam kumpulan tersebut… 

Barang siapa yang mendapati dirinya dapat menyumbang melalui persatuan-persatuan kebajikan masyarakat dan institusinya, maka dia hendaklah bersegera untuk menyertainya… Masing-masing tidak boleh menafi dan mencela peranan yang dimainkan oleh orang lain.

Sumber:
(http://alhusseyn51.blogspot.com/2015/06/konsep-jemaah-antara-makna-sempit-dan.html)

Siasatan terhadap Nazri Aziz selesai - Faiz Zainudin

igp
Pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah siap dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara.

Beliau berkata, pihaknya telah selesai merekodkan keterangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu kira-kira seminggu yang lalu.

Katanya, Nazri disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan  kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

“Kita habis merakam semua percakapan Nazri dan akan memajukan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bila-bila masa,” kata dalam sidang media sempena Pelancaran Filem Bukit Kepong versi digital definisi tinggi (HD) di Bukit Aman pada Selasa.

Mengulas tindakan adinda TMJ, Tunku Idris yang memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu yang membolehkan Johor terkeluar dari Malaysia, Khalid memberi amaran supaya isu tersebut tidak lagi di gembar-gemburkan oleh mana-mana pihak memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

“Saya tak mahu komen yang itu cukuplah, kita telah membuka kertas siasatan biarlah siasatan dijalankan.

Sumber:
(http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/siasatan-terhadap-nazri-aziz-selesai.html)

Beristifar sentiasa mohon keampunan Allah. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk kedua ibu bapa, famili serta kaum keluarga dan Muslimin Muslimat seluruhnya. Sama-sama saling doa mendoakan agar Allah memperkukuhkan IMAN di roh kita hamba-Nya.
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
Aamiin  Aamiin Aamiin
Ya Allah Ya Tuhan kami. .

Tiada ulasan: