Rabu, 24 Jun 2015

5433. Umat Sebelum Nabi Adam.

.
Golongan iblis pernah Allah berikan peluang dan ruang menjadi Khalifah di dunia, sebelum manusia yang dimulai oleh Nabi Adam. 

3 Umat Sebelum Nabi Adam Yang Pernah Mengalami 3 Kali Kiamat

Tranungkite
Artikel Mungkin dalam hati pembaca pernah terpikir Siapakah Makhluk Sebelum Adam? Menurut kepercayaan (Muslim) merujuk: 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi



Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Allah itu dengan berkata): 

Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?

Allah berfirman: 
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya

Sebelum Nabi Adam turun ke bumi diceritakan bahawa yang menduduki bumi ini adalah bangsa jin yang dikelompokan menjadi abal jan dan banul jan. 

Dua kelompok tersebut bertempur sehingga tidak pernah berbaik, kemudian Malaikat menanyakan kepada Allah apa akan membuat orang untuk menjadikan Khalifah di bumi yang selalu melakukan (pertumpahan darah). 

Akhirnya Allah memerintah Malaikat yang bernama 'azazil yang memimpin Para Malaikat Jibril, Mikail, Izrail dan Malaikat yang lain, untuk mendapatkan abal jan dan banul jan di bumi ini. 

Kemudian setelah ditaklukan akhirnya Allah menciptakan Nabi Adam. Di antara 'azazil, Malaikat dan Adam diberikan ilmu oleh Allah kerana tujuannya untuk menjadikan Khalifah di bumi. 

Setelah diuji ternyata yang lulus dari ujian tersebut adalah Nabi Adam. Allah perintahkan semuanya untuk sujud penghormatan kepada Adam. Akhirnya semuanya sujud kecuali 'azazil (bangsa iblis) yang sombong dan membangkang perintah Allah.

Manusia tidak diciptakan di bumi, tapi manusia dijadikan Khalifah di bumi, sebagai pengganti tentunya ada yang diganti, seperti Adam bukan makhluk pertama di bumi. 

Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk di bumi, iaitu abal jan dan banul ban, mereka itu adalah penghuni bumi sebelum manusia.

Bentuk basyariahnya tidak jauh berbeza dengan manusia, maka boleh dibuktikan bahawa makhluk selain manusia, punya badan yang sama seperti manusia, iaitu banul jan (anak turunan jin) dan banul jan (anak keturunan dedemit). 

Maka ketika bumi dirosakan oleh mereka, mereka diusir bahkan dibasmi oleh Malaikat, hingga mereka berlari tercirit-birit dan mencari tempat yang jauh dari anak Adam.

Berdasarkan fosil-fosil yang ditemui, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka seperti manusia, tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih primitif. Otak mereka lebih kecil. 

Oleh kerana itu, kemampuan mereka berbicara sangat terbatas kerana tidak banyak suara vowel yang mampu mereka bunyikan. Kumpulan ini dinamakan Neanderthal

Kemudian datanglah manusia Adam yang diklasifikasikan sebagai Homo Sapiens

Menurut Wikipedia, Homosapiens telah ada kira-kira 200 ribu tahun lalu. Sedangkan Neonderthal berada kira-kira 130 ribu tahun dulu, kemudiannya lenyap. 

Ada juga teori yang mengatakan Neonderthal lenyap sebelum Homosapiens muncul. Tetapi yang pasti, Homosapiens bukanlah evolusi dari Neanderthal. 

Neanderthal hanyalah makhluk seakan manusia yang telah ada sebelum kita (manusia Homosapiens) ada.

Mungkin tidak ada fakta konkrit dalam membicarakan isu ini. Kebanyakan teori berdasarkan sumber fosil. Namun yang paling penting bagi yang Muslim, kita percaya ada makhluk sebelum Adam yang saling membunuh. 

Ada yang mengatakan mereka adalah dari kaum jin. Ada juga yang mengatakan bahawa ada 3 umat yang utama sebelum Adam. 

Dua di antaranya dari kaum jin. Sedangkan kaum yang ketiga adalah dari golongan yang berbeza dari jin, kerana mereka ini berdarah dan berdaging. 

Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa': Golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2:30. (Ini pendapat yang dilontarkan oleh Al-Maqdisi).

Sesungguhnya manusia yang pertama kali dijadikan oleh Allah adalah Adam AS

Nabi Adam dijadikan dari tanah yang dibentuk sebagai manusia, lalu Allah perintahkan ditiupkan roh kepadanya lantas jadilah berupa manusia (berupa darah, daging, roh) berupa Nabi Adam As.

Sebelum ADAM wujud

Sebelum Allah mewujudkan Nabi Adam As (manusia pertama) Allah sudah menjadikan dua mahkluk yang berakal, berupa: 

1. Mahkluk yang berupa Malaikat.
2. Mahkluk yang berupa banul-jan/iblis.

Adapun asal mula kejadian kedua mahkluk tersebut adalah:

Malaikat: Dijadikan dari Nur (cahaya) yang suci yang berupa roh dan akal tidak ada syahwatnya. Kerana itu Malaikat tidak makan, minum dan juga tidak beristeri (lain dengan manusia). Hidup Malaikat semata-mata hanya melaksanakan perintah Allah. 

Banul-Jan: Dijadikan dari api. Berbentuk sebagai manusia memerlukan makan, minum dan beristeri dan juga mempunyai keturunan yang banyak sekali.

Sedangkan untuk asal mula Nabi Adam As. dijelaskan dalam sebuah ayat (S.Al Hijr: 28, dan S.Shood 71-72):

Sesungguhnya Allah berfirman kepada Para Malaikat untuk membuat manusia yang asal mula kejadiannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. (S.Al. Hijr: 28) Atau kejadian manusia itu dari tanah. (Shood ayat 71-72)

Sesudah diberi ruh (nyawa) kemudian hidup dengan daging, darah dan tulang. Sesudah Nabi Adam As. wujud, maka Allah memerintahkan Para Malaikat bersujud kepada Nabi Adam As. Semua Para Malaikat sama melaksanakan sujud kecuali iblis yang menolak perintah Allah supaya bersujud pada Nabi Adam As. 

Iblis bersifat takbur, sombong dan merasa lebih mulia daripada Nabi Adam As. Sebab dijadikan dari api, sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Kerana itu iblis termasuk golongan orang kafir dan Allah mengusirnya dari Syurga. 

Adapun sujudnya Para Malaikat kepada Nabi Adam As. bukanlah sujud ibadah sebagaimana sujudnya orang solat, tetapi sujud taat, tunduk memuliakan atau menghormati Nabi Adam As. Kerana Nabi Adam As, mempunya ilmu pengetahuan dari Allah. sehingga boleh memberi nama pada barang-barang yang ditanya pada Adam. Sedangkan Malaikat tidak mengetahuinya. 

Allah berfirman yang bermaksud: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat, sesungguhnya aku mencipatakan manusia dari tanah, maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya Ruh (ciptaanku) Ku Hendaklah kamu tersungkur dengan sujud kepadanya.(Surah Shood 71-72)

Allah berfirman Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu (Adam) lalu kami bentuk tubuhmu, kemudian kami katakan kepada Para Malaikat: bersujudlah kamu kepada Adam, maka mereka sujud kecuali iblis, dia tidak termasuk mereka yang sujud. (Surah Al A'raf Ayat 11) 

Allah bertanya pada iblis apakah yang menghalang dirimu untuk bersujud kepada (Adam As) di waktu aku menyuruhmu? iblis menjawab: aku lebih baik daripada Adam, Engkau menciptakan aku dari api, sedang dia (Adam) engkau ciptakan dari tanah. 

Maka Allah berfirman yang maksudnya: Allah berfirman, turunlah kamu dari Syurga itu, kerana kamu tidak sepatutnya ada sifat sombong didalam dirimu, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina. (Surat A'raf ayat 13):

Sesudah iblis dikeluarkan oleh Allah dari Syurga, maka iblis meminta kepada Allah agar umurnya di panjangkan (tidak mati) hingga datangnya Hari Kiamat (rosaknya semua mahkluk). 

Iblis mengancam kepada Nabi Adam dan anak cucunya, akan dipujuk rayu dan disesatkan dari jalan (tuntunan) yang benar, sehingga tidak ada yang (ta'at) mengikuti perintah Allah dan mengingkari semua larangan Allah. 

Sehinggakan iblis laknatullah dan syaitan laknatullah akan melakukan dengan bermacam-macam cara dari segala urusan, baik dari arah (sebelah) kanan, kiri serta arah muka dan belakang, sampai mengikuti pujuk rayunya serta menjadi temannya hingga boleh masuk bersama-sama ke dalam siksa Allah ke Neraka. 

Kerana itu Allah memberikan perjanjian kepada Adam (anak cucunya) siapa yang mengikuti tingkah laku syaitan/iblis, maka dia menjadi temanya dan nantinya akan Aku masukan, iaitu Neraka (tempat iblis dan teman-temannya).

Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:Dia menjawab, kerana engkau telah menghukum kami tersesat, maka kami akan benar-benar (menghalang) mereka dari jalan (agama) engkau yang lurus. (Surah Al-A'raf: 16)

Kemudian alu akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang merakam dari kanan dan dari kiri mereka dan mereka tidak akan mendapatkan mereka bersyukur (taat). 

Maka Allah berfirman keluarlah kamu dari Syurga itu. Sebagai orang terhina dan terusir, barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi Neraka Jahanam dengan kamu semuanya.


Sumber:
(http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/3-umat-sebelum-nabi-adam-yang-pernah.html)

Ulama nasihat jangan berpuasa

Lebih 700 orang telah mati akibat suhu terlampau panas selama tiga hari berturut-turut di selatan Pakistan, menurut kenyataan dari kerajaan. Seramai 311 orang meninggal dunia pada hari Selasa di Karachi sahaja. Dawn News melaporkan, jumlah keseluruhan yang mati setakat ini adalah sebanyak 744 orang di Karachi dan 38 selebihnya di kawasan lain.
Suhu mencecah sehingga 45 darjah Celsius dan Perdana Menteri Pakis Nawaz Sharif menggesa langkah kecemasan diambil. Tentera kini sedang membantu menubuhkan pusat kawalan kepanasan. Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) berkata, mereka telah menerima arahan dari Sharif semalam untuk melakukan tindakan segera bagi menangi krisis ini.

Kematian berlaku ketika majoriti penduduk beragama Islam sedang menjalani ibadah puasa. “Kami (ulama) telah menekankan dalam pelbagai saluran televisyen bahawa mereka yang berisiko, terutama di Karachi di mana keadaannya amat serius, harus menahan menahan diri daripada berpuasa,” kata ulama terkenal Tahir Ashrafi, kepada ABC News.

“Islam telah menggariskan syarat-syarat puasa, ia juga disebut dalam Al-Quran yang suci bahawa pesakit dan pelancong yang tidak mampu berpuasa, boleh menangguhnya,” katanya.


Sumber:
(http://wak-labu.blogspot.com/2015/06/ulama-nasihat-jangan-berpuasa.html)
.

Tiada ulasan: