Jumaat, 26 Jun 2015

5444. Måwå® Þ£å§†¡k.

.
ß¡§m¡££åh¡®®ºhmåñ¡®®ºh¡m
姧å£åmµå£å¡kµm W宺hm况££åh¡ Wåß宺k况h 

"RENUNGAN BUAT KITA YANG SEMAKIN TAMBAH TUA"
» Apa barang hendak sombong dan bermegah-megah “360i5”«

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:

» Yang boleh kita makan, makanlah;
» Yang boleh kita pakai, pakailah;
» Yang ingin kita beli, belilah;
» Kalau masih mampu memberi, berilah;
» Masih mampu berbagi dan berbagilah.

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil “pergi”

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI!

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang, membandingkan ke bawah, kita merasa lebih. Bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan, semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela dan sentiasa mengawal diri. 

 6. Kasih ibubapa kepada anak-anak tidak ada batasnya!!!. Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris; tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tanya ala kadar... Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!! Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak-anak tanpa batas... Tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa.

JANGAN lupa mulakan hari anda dengan
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ senyuman dan perbanyakkan zikir dan selawat.

Senyumlah dengan seikhlas hati, Insya Allah kita akan lihat kebaikannya. Amalkan zikir harian ini sebaik-baik nya 100 kali sehari.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin
Semoga bermanfaat

“R¡nе Co££èc†îon§™”-€vO™

Kredit:
-måwå® Þ£å§†¡k-





Tiada ulasan: