Rabu, 1 Julai 2015

5477. Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

.

♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
Kanak-kanak 2 tahun bersendirian di tepi jalan jam 4 pagi disangka makhluk halus (Gambar)
Disangka makhluk halus
BANDARAYA MELAKA: Seorang buruh binaan terkejut apabila sekujur tubuh disangka makhluk halus yang dijumpai bersendirian di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Tun Perak, kira-kira jam 4 pagi semalam sebenarnya seorang kanak-kanak.

Ridzwandean Razali, 27, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights sebelum terserempak dengan kanak-kanak berkenaan.

Katanya, ketika terserempak dengan Mohd Faqhrul Radzee, 2, dia kelihatan tidak terurus dan ketakutan malah matanya bengkak dipercayai akibat menangis terlalu lama serta kelaparan.

"Dalam samar-samar, saya nampak kelibat macam makhluk halus (toyol) di tepi jalan sebab tubuhnya kecil. Saya panggil dia, tapi dia tak pandai cakap, hanya sebut mama...mama.

"Saya bagi dia minum air mineral dan bagi makan nasi ayam sebab dia nampak macam betul-betul haus dan lapar," katanya.

Tambah Rizdwandean, dia menunggu kira-kira setengah jam di kawasan itu sekiranya ada individu yang mengenali kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun kata Rizdwandean, dia mengambil keputusan membawa pulang kanak-kanak itu ke kediamannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh, kira-kira jam 6.30 pagi selepas berbincang bersama ibu serta kakaknya mengenai perkara itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, kanak-kanak itu dijaga oleh jirannya selepas ibunya berusia 31 tahun ditahan polis sejak 21 Jun lalu kerana membawa kenderaan curi.

"Faqhrul Radzee adalah anak keempat dari lima beradik. Dia dan adik bongsunya berusia lapan bulan dijaga ibunya sementara tiga lagi berumur dua hingga enam tahun dijaga neneknya di Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.

"Bagaimanapun, semasa kejadian, jirannya membawa kanak-kanak ini bersahur pada jam 3 pagi tetapi dia ditinggalkan bersendirian di situ dan wanita berkenaan menghilangkan diri,” katanya.

Menurut Razali, pihaknya akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 sekiranya terdapat unsur pengabaian terhadapnya dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
-sinarharian-


Sumber:
(http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/kanak-kanak-2-tahun-bersendirian-di.html)
Bangun tidur dan bila hari siang baru tahu minyak sudah meningkat harga sejak tengah malam tadinya. - Tiada lagi pengumuman awal perubahan harga petrol, diesel.

Mulai sekarang, pengguna hanya dapat tahu jika berlaku perubahan harga atau kekal selepas tengah malam setiap awal bulan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan lagi membuat pengumuman awal tentang harga baru petro dan diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, amalan mengumumkan tentang perubahan sama ada naik, turun ataupun harga kekal yang dilakukan setiap hujung bulan akan dihapuskan.

“Bermula hari ini, pengguna hanya akan dapat tahu sama ada harga naik, turun atau kekal selepas tengah malam,” katanya selepas Taklimat dan Hari Terbuka GST Pemuda UMNO pada Selasa.

Sebelum ini, pengumuman perubahan harga petro dan diesel untuk setiap bulan dibuat menerusi laman web rasmi kementerian.

Amalan mengumuman lebih awal perubahan harga setiap bulan mula dilaksanakan selepas kerajaan menghapuskan subsidi bahan api dan membuat penetapan harga berdasarkan harga di pasaran dunia bermula 1 Disember tahun lalu.
Sumber:
(http://wak-labu.blogspot.com/2015/06/tiada-lagi-pengumuman-awal-perubahan.html)

Rahsia.....Anda mungkin sukar untuk mempercayainya..

Anda mungkin sukar untuk mempercayainya.... dan mungkin anda bertanggapan satu kerja gila sehingga anda mencubanya sendiri....

Rahsianya...akan membuat anda kelihatan lebih muda dan membuatkan anda berasa penuh dengan kehidupan dan tenaga? 

Apa yang anda perlukan ..adalah sebuah kiub ais dan sedikit masa anda!

Terdapat satu titik pada pangkal leher yang dikenali sebagai Feng Fu, titik tekanan Feng Fu didapati pada pangkal tengkorak di bawah dan di bahagian atas leher. Jika anda meletakkan ais di atasnya, badan mula untuk mendapat nafas baru dan anda akan mendapati diri anda lebih sihat, ceria dan penuh tenaga. 

Kaedah:
Dalam keadaan perut anda kosong .. sebaiknya sebelum makan....letakkan satu kiub ais di titik Feng Fu dan tahan selama 20 minit dan biarkan ketul ais tersebut dengan pembalut, selendang atau Balut

Lakukan ini secara kerap dengan rehat 2-3 hari dan lakukannya pada waktu pagi dengan perut kosong dan malam sebelum tidur. 

Selepas 30-40 saat, anda akan merasa sedikit haba yang datang ke titik. Di hari pertama, anda akan mempunyai perasaan keghairahan kerana pengeluaran Endorfin. 

Apa yang akan ia lakukan?
Meningkatkan kualiti tidur
Meningkatkan mood
Menyembuhkan sistem penghadaman
Melegakan selsema
Melegakan sakit kepala, toothaches dan sakit
Ia boleh membantu:
Penyakit-penyakit pernafasan
Penyakit kardiovaskular
Isu-isu Tiroid
PMS
Kitaran haid
Kesihatan mental...sumber

Sumber:
(http://btmmari.blogspot.com/2015/06/rahsiaanda-mungkin-sukar-untuk.html)

TMJ terima hadiah sebuah Jet sempena hari jadi

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 hari ini.

Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di Facebook Johor Southern Tigers, baginda antara lain turut bergambar bersama ayahanda Sultan Ibrahim di atas karpet merah di depan jet tersebut.

Di sebelah kiri dan kanan mereka dihiasi jambangan bunga dan belon yang berwarna-warni bagai menggambarkan majlis penyerahan jet tersebut diadakan secara rasmi walaupun dilihat dibuat secara ringkas.

Dalam gambar yang lain, kelihatan Tengku Mahkota menuruni tangga jet sambil diperhatikan oleh juruterbang dan beberapa petugas kabin. Beliau juga sempat bergambar dengan mereka sambil memegang kad ucapan hari lahir.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulis baginda dalam laman sosial itu.

Bagaimanapun Tengku Ismail menulis bahawa beliau berniat untuk mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri itu di samping menghulurkan sedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan selepas menerima nasihat baginda Sultan Johor.

"Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat," tulis baginda lagi.

Sumber:
(http://penburukonline.blogspot.com/2015/06/tmj-terima-hadiah-sebuah-jet-sempena.html)

Bateri litium punca MH370 terhempas?

NEW YORK: Teori terbaharu berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Mac tahun lalu mendakwa, pesawat itu membawa bateri litium-ion di dalam kargonya yang dipercayai terbakar sehingga asap memenuhi ruang kapal terbang tersebut dengan karbon monoksida, sekali gus menjadi punca ‘kehilangan’ jet itu bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal. 

Teori itu yang diutarakan oleh pakar penerbangan Amerika Syarikat (AS), Bruce Robertson yang juga merupakan seorang jurutera penerbangan dan juruterbang AS berkata, bateri mudah terbakar dalam ruangan kargo dan merebak ke dalam pesawat sehingga mendorong pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid menukar haluan penerbangan dan meletakkan pesawat itu pada kedudukan menurun bagi melakukan pendaratan cemas.

Portal Mail Online melaporkan, Fariq terhidu asap beracun itu dan mendorongnya menukar haluan pesawat berkenaan yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan pemanduan pesawat itu kepada mod autopilot selama beberapa jam sebelum terhempas di Lautan Hindi.

Robertson pada masa sama mendakwa, misi pencarian pesawat itu yang diketuai Australia, dilakukan di lokasi yang silap di Lautan Hindi dengan mengandaikan pesawat tersebut berada di barat Exmouth dekat Australia Barat.

“Jet itu terhempas di barat Lautan Hindi di Zenith Plateau, barat Exmouth, Australia. Kedudukannya dalam lingkungan 21 darjah ke selatan dan 103 darjah ke timur.

“Banyak masa dan wang dibazirkan dalam pencarian sia-sia di kawasan yang lebih jauh di barat daya di barat Perth,’’ kata Robertson yang menulis dalam laman web penerbangannya.

Teori Robertson itu dibuat selepas pihak MAS mengesahkan pada tahun lalu bahawa MH370 membawa bateri litium-ion mudah terbakar pada ruangan kargonya.
-detikdaily-


Sumber:
(http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/bateri-litium-punca-mh370-terhempas.html)

.

Tiada ulasan: