• Gaduh sampai bawa keluar kerambit
  • Sedutan video menunjukkan senjata yang didakwa sebuah kerambit (bulatan merah).
SHAH ALAM - Sebuah video yang dimuatnaik kurang 24 jam lepas menampilkan seorang lelaki berbaju belang menggertak dan memukul seorang pengguna jalan raya kini viral.
Dalam kejadian yang didakwa berlaku di USJ 1, Subang Jaya semalam, lelaki berkenaan juga dilihat membawa keluar sebuah senjata, disyaki sebuah kerambit.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .

Keadaan tersebut berterusan dengan pergaduhan mulut, sebelum lelaki berbaju belang berkenaan memukul kepala mangsa.Seorang lagi lelaki yang berbaju merah kemudian dilihat cuba meleraikan pergaduhan dengan memegang lelaki berbaju belang terbabit.

Sementara itu, dua orang wanita juga keluar dari kereta yang dipandu lelaki berbaju belang berkenaan untuk membantu meleraikan pergaduhan.Punca kejadian tersebut bagaimanapun gagal dipastikan. 

Video tersebut kini sudah ditonton lebih 30,000 pelayar dan rata-rata mengecam tindakan samseng lelaki berbaju belang berkenaan.
"Walau apapun punca kejadian, anda tidak berhak untuk memukul pengguna jalanraya yang lain!" kata Muammar. 

"Dah boleh dituduh (atas) menghalang lalu lintas, dituduh memukul orang. Fuh boleh tidur (dalam) lokap ni. Ajarkan sikit dan maklum 1 Malaysia biar orang tahu undang-undang. Bukan suka hati je nak pukul orang," kata Ahmad.
"Kelakar apabila isteri (lelaki berbaju belang) keluar untuk bantu suaminya tapi tidak keluar untuk menghalang suaminya memegang kepala mangsa," kata Lee.