Rabu, 1 Julai 2015

5482. Orang berbudi kita berbahasa. Satu perumpamaan yang indah kurnia Allah kepada pemikirnya.

.
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
Menegur jangan sampai menghina, mencelakakan, memperlekehkan, mengejek, membuka ghaibah atau aib, sama ada kepada diri sendiri dan orang lain. Paling tidak pun untuk diri sendiri, bila kita berkarya, berhujah dan segala bagai, usah sampai menyerlahkan diri kita ini KEDEKUT. Kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri. 

Nauzubillah Minzaliq. 

Kita semua tahu ALLAH Maha Hebat. Fokus kepada kenyataan bergambar dibawah, Alhamdulillah individu ini bukan seorang  yang kedekut untuk berbuat baik kepada dirinya sendiri. Boleh dijadikan contah dan tauladan apabila kita bergaul sesama manusia yang hanya bersifat makhluk Allah dan hamba kepada Allah. Kita ada atau tidak sikap kedekut yang dimaksudkan? 

Astagfirullahalazim.
Pemilik Me'nate Steak House Chef Mustaffa yang lebih mesra di sapa Pak Mus. Pak Mus merupakan pakar daging pernah bekerja dengan Ratu Elizabeth dan sememangnya layak mempunyai gelaran Master Butcher.

Dapatan:
(Jawapan Pak Mus)

Orang berbudi kita berbahasa. Satu perumpamaan Melayu yang indah, kurnia Allah kepada pemikir dan pengkaryanya. Al Fatihah untuk diri sendiri, ibu bapa dan Muslim sekelian sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggalkan dunia buat selama-lamanya.

Aamiin Ya Allah.
Wassalamu.
.



GEMPAR! :KISAH BENAR: USTAZ SETAN KERJAKAN ISTERI ORANG

Semuanya bermula selepas hasrat mereka yang ingin mengubah cara hidup dengan menjadikan seorang guru agama sebagai pakar rujuk bertukar menjadi detik hitam apabila guru agama berkenaan kemudiannya menjalin hubungan intim dengan wanita berkenaan.

“Pulanglah wahai mama, papa sentiasa merindui mama dan berharap agar kita dapat membina kehidupan baru.

“Papa sanggup memaafkan mama sekiranya mama pulang ke pangkuan keluarga. Papa berharap mama akan dilindungi Allah dan memohon agar mama cepat sedar dari perbuatan yang mama lakukan,” begitu nota tulisan tangan seorang suami selepas isterinya menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang guru agama, awal bulan lalu.
Dengan layanan istimewa ditambah penjelasan mengenai hukum agama, ia cukup menjadikan ibu kepada empat cahaya mata itu ‘cair’ setiap kali bersama suami menghadiri kuliah yang diadakan di sebuah pusat pengajian di Lembah Klang sejak dua tahun lalu.

Akibatnya, hubungan rumah tangga yang dibina bersama suaminya sejak 30 tahun lalu kini retak menanti belah selepas si isteri berubah hati dan menagih cinta guru agama yang sudah beberapa kali berumah tangga sehingga sanggup menuntut cerai.

Bagi Azman, 50, dia reda dengan keadaan itu, namun sedikit kesal kerana niatnya untuk merubah cara hidup bersama isteri bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya mengakibatkan mahligai bahagia yang dibina atas dasar cinta kini berantakan.

“Saya akui perjalanan hidup kami suami isteri agak bebas sebelum ini. Jadi sampai satu ketika, saya rasa bertanggungjawab untuk mengubah isteri dan keluarga ke arah lebih baik.“Jadi saya ambil keputusan untuk menghadiri kuliah seorang guru agama berdekatan dengan rumah. Mula-mula semuanya berjalan baik. Isteri selalu memuji dia, saya anggap biasa kerana pada saya orang agama perlu dihormati,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Azman berkata, setiap minggu dia dan isteri akan menghadiri kuliah guru agama berkenaan dan pernah beberapa kali berjumpa secara peribadi untuk mengetahui selok belok agama secara lebih mendalam.

Tidak lama selepas itu, dia yang sibuk menguruskan perniagaan tidak dapat hadir ke kuliah selama beberapa bulan dan hanya isterinya bersendirian yang berjumpa dengan guru agama berkenaan.

“Lama kelamaan saya lihat sikapnya mula dingin dan sering keluar rumah untuk berjumpa guru agama dengan alasan tidak faham mengenai tajuk kuliah.

Ada kalanya kami langsung tidak bertegur sapa kerana dia asyik dengan telefon.

“Satu hari saya periksa telefonnya dan terkejut melihat mesej cinta daripada guru agama berkenaan dalam aplikasi WhatsApp. Bila saya tanya, dia mula melenting dan mempertahankan hubungannya dengan guru agama itu.

“Kemuncaknya, pada bulan lalu apabila dia minta cerai daripada saya dengan alasan tiada persefahaman dan ingin mendirikan rumah tangga dengan guru agama itu. Saya tanya guru agama itu dan dia pun mengaku jatuh cinta dengan isteri dan ingin berkahwin,” katanya yang kini bingung memikirkan masa depan bersama empat anaknya.

Menurutnya, dia masih lagi memberi peluang kepada isterinya kembali taat dan tidak akan memfailkan perceraian kerana masih sayangkan wanita itu dan keluarga. (SINI)

#

Tiada ulasan: