Khamis, 2 Julai 2015

5500. Macam-macam hal.

.

♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
http://omakkau.blogspot.com/2015/07/pengurus-besar-pertubuhan-peladang.html

PENGURUS BESAR PERTUBUHAN PELADANG DITUDUH DIMAHKAMAH KERANA SALAH GUNA KUASA LANTIK SYARIKAT ISTERI BEKAL 79 EKOR LEMBU ... SHAHRIZAT KES NFC MELIBATKAN BERPULUH RIBU EKOR LEMBU BILA LAGI???????

KUANTAN: Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin, Suriadi Abdul Jalal dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, sebentar tadi, kerana menyalahgunakan kedudukannya dengan melantik syarikat isterinya bagi membekalkan 79 lembu untuk satu projek PPK Rompin di Rompin, empat tahun lalu. Suriadi, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

http://sedakasejahtera.blogspot.com/2015/07/adoi-tol-akan-dinaikkan-lagi-jika.html

Adoi!!! Tol Akan Dinaikkan Lagi Jika Kerajaan Tak Berikan Pampasan Sebanyak RM1.08 Bilion Kepada Syarikat Konsesi, Jom Terjah!!!

Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan sijil 'The Malaysia Book of Records' kepada Pengarah Kerja Raya Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad selepas melawat Jambatan Batu 6 yang dinobatkan sebagai Jambatan Konkrit Satu Rentang Yang Terpanjang di Malaysia menggunakan 'Ultra High Performance Cencrete'. - Foto Bernama 

GERIK - Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.
"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.
"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan di sini, hari ini.
Fadillah berkata, kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat konsesi telah mencadangkan supaya kenaikan bayaran kadar tol dikaji semula.

"Syarikat konsesi layak meminta kenaikan kadar tol, ada yang perlu dikaji semula setiap tiga tahun, ada yang lima tahun dan ada yang tujuh tahun.
"Kerajaan masih boleh mengimbangkan dan masih boleh membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan untuk itu juga sebarang kenaikan kadar tol memerlukan inisiatif tertentu supaya rakyat tidak terasa beban," katanya.
Sehubungan itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan kadar kenaikan itu bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.    Beliau berkata kenaikan kadar tol perlu dipertimbangkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk pelabur dan pemberi pinjaman kerana ia turut memberi kesan terhadap keyakinan pelabur. 

- Bernama

Lelaki mengamuk kerana ‘fogging’ - FMT Reporters
kerana-fogging2
Lelaki itu dikatakan naik angin selepas mendakwa tidak ada sebarang notis dikeluarkan oleh pihak berkenaan untuk melakukan semburan asap itu.

PETALING JAYA: Beberapa orang anggota dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diacu parang oleh seorang lelaki ketika melakukan semburan asap untuk membasmi nyamuk aedes.Kejadian berlaku di Flat Desa Baiduri Farlim, Paya Terubong,Ayer Itam, Pulau Pinang kira-kira jam 6.45 petang pada Rabu.

Difahamkan, kakitangan KKM dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu telah didatangi seorang lelaki yang tidak membenarkan pihak berkenaan melakukan semburan berkenaan.

Lelaki itu dikatakan naik angin selepas mendakwa tidak ada sebarang notis dikeluarkan.

“Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya kamu semua mahu tanggungjawab ka? bagitau la, mau tanggungjawab ka?,” kata lelaki itu.

Kakitangan KKM berkenaan cuba menenangkan lelaki berkenaan walaupun ketika itu dia kelihatan mengacu dan menghayun parang.

Berdasarkan keterangan, penduduk telah diberikan notis oleh KKM pada pagi hari kejadian berhubung langkah yang hendak diambil.

Insiden tersebut yang telah dirakam menerusi video telah dimuat naik ke laman Facebook dan Youtube serta menjadi viral di internet.

http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/07/cukup-cukuplah-tunku-ismail-oleh-tunku.html
CUKUP-CUKUPLAH - Tunku Ismail Oleh Tunku Ismail
CUKUP-CUKUPLAH - Tunku IsmailSaya menyeru kepada semua pihak media, cukuplah memainkan isu berkenaan saya, Datuk Nazri dan kerajaan.

Saya tahu anda terhibur dengan apa yang berlaku. Apa yang ingin saya sampaikan telahpun saya katakan. Hormatilah bulan yang suci ini, dan biarkan saya dan keluarga saya menikmatinya dengan aman.

Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak.

Saya akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri saya. Buat masa ini, biarlah kita tamatkan isu berkenaan saya dan Datuk Nazri kerana ianya tidak kemana, dan secara jujurnya, saya pun sudah bosan dengan hal ini.

Kalau anda mahu ianya lebih menarik, boleh diadakan satu perlawanan tinju antara saya dan Datuk Nazri, dan hasil kutipannya boleh disalurkan untuk tujuan amal... SAYA HANYA BERGURAU.

Walaubagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Johor dan Malaysia, dan semoga Allah merahmati anda sekalian.

Kepada yang bukan muslim, semoga Tuhan memberkati anda dan orang yang tersayang. Akhir kata, salam kasih kepada seluruh Bangsa Johor. Johor mesti sentiasa jadi Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Last modified on Khamis, 02 Julai 2015 06:50
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
http://omakkau.blogspot.com/2015/07/jangan-keliru-ini-bukan-senario.html

JANGAN KELIRU ... INI BUKAN SENARIO PEMILIHAN PKR TETAPI PERGADUHAN DI CHOW KIT WARGA PAKISTAN BELASAH BUDAK MELAYU.


Nanti ada yang sangka ini suasana pemilihan PKR tahun lepas .... sebenarnya adalah suatu pemandangan suatu pergaduhan dimana seorang warga Pakistan dikatakan telah membelasah seorang budak Melayu di Chow Kit, Kuala Lumpur awal pagi tadi yang dikatakan berpunca dari masalah uirus niaga antara kedua mereka.

Syjur Alhamdulillah dengan tindakan pantas pihak polis telah berjaya mengawal keadaan dari merebak.

Kes itu kini dalam siasatan pihak polis.

.

Tiada ulasan: