Sabtu, 4 Julai 2015

5527. Kasih sayang.

.
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
“Kasih sayang.”
“Kasih sayang.”
“Kasih sayang.”
Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim – 

Menemui Pakcik Anwar yang dikasihi, semoga pakcik berada dalam kesihatan yang baik semasa membaca surat ini. Surat ini ialah surat yang penting, kerana sekurang-kurangnya saya tidak berdiam diri dan bersama-sama kezaliman. 

Saya yakin dan saya percaya, ramai anak muda seperti saya sebenarnya ingin mempunyai ruang untuk berbual dan berbincang dengan pakcik. Pastinya, idealisme dan jati diri pakcik, mempunyai banyak hal yang dipelajari, tetapi penjara fizikal itu harus diakui menyekat hal ini.

Pakcik,
Kalau masih ingat semasa pakcik memperkenalkan diri dalam kuliah pakcik di Georgetown University, pakcik memperkenalkan diri sebagai seorang lelaki Melayu Muslim. Tiga perkataan itu (lelaki, Melayu, Muslim) merupakan perkataan yang menjadi garis pemisah sosial dalam had politik (political limit) rakyat Malaysia. 

Tanpa 3 perkataan itu dalam masyarakat hari ini, hampir mustahil untuk seseorang menjadi perdana menteri mahupun menteri besar di kebanyakan negeri-negeri beraja di Malaysia. Sesungguhnya dengan 3 anugerah itu, yang diadun baik dengan ilmu dan karisma, pakcik secara tidak langsung, harus diakui menjadi “harapan” kebanyakan warga negara ini.

PAS dan DAP

Pakcik, semasa cuti semester yang lalu, saya berpeluang untuk bekerja sementara bersama-sama seorang ahli politik DAP yang sangat saya hormati, YB Yeo Bee Yin. Saya ialah seorang penyokong PAS dan secara jujurnya saya kecewa dengan pemilihan muktamar PAS tetapi saya bertambah kecewa dengan kecekapan PAS dalam mengendalikan peraturan-peraturan PAS sendiri. 

Pendirian daripada kedua-dua belah pihak (PAS dan DAP) untuk memutuskan hubungan serta kecekapan dalam menguruskan persepsi masyarakat awam (mass perception) sangat jelas perlu diperbaiki.

Ya, saya sedih dan saya kecewa dengan Pakatan Rakyat (PR), pakcik.
Sepanjang 3 minggu saya bekerja membantu sahabat saya Bee Yin, beberapa “orang besar” anak muda PAS menyertai DAP dan sepertinya media dan DAP sangat memberi publisiti kepada mereka. Dan dalam pengetahuan saya, ramai juga sahabat-sahabat saya yang merupakan penyokong PAS mengisi borang keahlian DAP secara senyap-senyap tidak mahu publisiti.

Ya, saya sedih dan kecewa dengan mereka, pakcik.

Saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong PAS kepada DAP. Hal yang sama saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong DAP kepada PAS.

Kekecewaan paling besar

Pakcik,
Jika meneliti kembali kekecewaan yang saya sebutkan, kesemua kekecewaan ini datang daripada sikap rakyat Malaysia. Dengan nada yang jujur dan tegas, sebagai seorang anak muda, saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga susu adik saya. 

Saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga minyak. Saya juga tidak mahu ibu dan ayah menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apa saya harapkan dan saya mahu ialah ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana ilmu dan penelitian.Tetapi saya sedar akan hakikat kata-kata George Bernard Shaw, pengasas London School of Economics, “Kemajuan (progress) adalah mustahil tanpa perubahan. Dan mereka yang tidak mampu mengubah minda mereka, tidak akan mampu mengubah apa-apa.”

Menanti perubahan minda

Pakcik,

Saya sedar perubahan minda ialah perubahan yang paling memakan masa bagi masyarakat yang masih belum cukup terbuka. Secara jujurnya, saya berharap agar pakcik dan rakan-rakan, serta sesiapa juga yang merasakan kerja-kerja mengubah minda ini sebagai satu tanggungjawab amanah Tuhan, akan terus bertahan dalam kehidupan.

Orang-orang yang baik tetapi ego kononnya merendah diri dan tidak cukup ilmu, ialah orang pertama yang perlu kita ubah minda mereka.

Harapan rakyat

Pakcik,

Saya bertanya kepada sahabat saya Bee Yin, “Berikan 3 perkataan yang menggambarkan komitmen bos dalam berkhidmat kepada rakyat.” Seorang DAP ini menjawab, “Benar, kehendak yang kuat, dan keadilan .” Kemudian saya bertanya beliau lagi, “Apakah yang paling dunia perlukan sekarang?” Beliau diam seketika dan menjawab, “Kasih sayang.”

Saya bertanya soalan yang sama kepada seorang pemimpin muda PAS, dan jawapan beliau sama seperti jawapan Bee Yin. Tidak hairan kerana kedua-duanya ahli politik.

Saya bertanya soalan yang sama lagi kepada seorang pemimpin mahasiswa yang turut didakwa mahkamah universiti, dan jawapan beliau sama seperti jawapan Bee Yin. Saya melirikkan senyuman.
Dengan hati yang jujur saya bertanya, dapatkah Pakcik Anwar melihat apa yang ingin saya sampaikan?

Harapan akan tetap dan subur, selagi orang-orang baik memilih untuk bersuara. Tiada istilah tidak berpihak kerana “Silence is with the oppressor.”

Doa

Saya harus mengakui, saya harus berdoa dengan kuat agar pakcik diberikan kesihatan dan kehidupan, sehinggalah sekurang-kurangnya terdapat seorang pemimpin yang berkepimpinan, lelaki, Melayu dan Muslim. Bukan kerana pakcik ialah Tuhan, tetapi kerana wasilah Tuhan tidak turun dari langit tetapi tumbuh dari bumi. Cepat sembuh, pakcik.

Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim. – 3 Julai, 2015.

Oleh :  Mardiyyah Nor Azizan

* Penulis ialah seorang anak muda yang bersekolah di sebuah sekolah luar bandar dan melihat wajah harapan orang tua dan anak-anak setiap hari di KL Sentral. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-anwar-ibrahim-mardhiyyah-nor-azizan#sthash.PgxX3d64.dpuf - Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim – Mardhiyyah Nor Azizan
Sumber:
(wrlr.blogspot.com/2015/07/surat-terbuka-kepada-anwar-ibrahim.html)
.

Tiada ulasan: