Ahad, 5 Julai 2015

5529. Siakap dengan keli. Ikan bilis sejoreng.

.
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“Jaga hati orang berpengaruh, orang tua diperlekeh? ” 
Innalillahiwainna Ilaihirojiun.

(VIDEO) AJAL PULANG DARI PASAR RAMADAN .. GURU AGAMA MAUT DIREMPUH KERETA BERTENTANGAN JALAN.

Seorang guru agama di Sekolah Agama Moakil maut manakala anak lelakinya cedera parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta proton Saga FLX yang dikatakan hilang kawalan apabila cuba mengelak dari melanggar kenderaan dihadapannya kemudian masuk ke laluan bertentangan.

Diberitakan mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Siput dari membeli juadah di bazar Ramadan.
Ajal pulang dari bazar Ramadan
Link: http://omakkau.blogspot.com/2015/07/ajal-pulang-dari-pasar-ramadan-guru.html)

PENDUDUK GEBENG BERANG KERANA HIDUP MENDERITA SEDUT DEBU BAUKSIT SETIAP HARI

Penduduk di Gebeng, Pahang merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan pencemaran alam sekitar yang disebabkan lori pengangkut bauksit.

Sikap pemandu lori yang berlumba-lumba mengejar trip tanpa menutup bahan muatan menyebabkan penduduk sengsara apabila jalan raya utama dicemari debu-debu berwarna merah.

Selain Gebeng, pencemaran itu turut merebak ke Balok, Bukit Goh dan beberapa kawasan lain di Kuantan.

Sikap pemandu lori yang memandu laju dan cuai menyebabkan banyak berlaku kemalangan sehingga melibatkan kematian.

Penduduk yang marah berpakat menaikkan kain rentang yang menuntut pihak yang terlibat mematuhi syarat seperti menggunakan kontena tertutup, bersihkan lori sebelum menggunakan jalan raya, hanya menggunakan laluan yang dibenarkan dan jangan meletak lori di kawasan kampung atau perumahan.

“Kami tidak bantah industri bauksit, kami geram dengan pencemaran,” tulis kain rentang itu.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman sosial menunjunkkan sebuah kereta yang diselaputi debu sehingga tidak nampak warna asal kereta itu manakala jalan raya utama pula bertukar menjadi merah kerana debu-debu bauksit yang dibawa oleh lori pengangkut.

Sekeping gambar pula menunjukkan penduduk meluahkan kemarahan dengan memaki lori pengangkut bauksit ‘celaka lori bauksit’ di atas jalan raya.

Penduduk juga menggunakan laman sosial Facebook untuk meluahkan kemarahan itu dan menyalahkan pihak berkuasa kerana gagal mengambil tindakan bagi menjaga kepentingan awam.

“Tuhan saja yang tahu perasaan kami di sini. Hari-hari tiap masa mengadap debu kotor bauksit ni. Lori-lori berlagak gila, duk conquer jalan,” luah pemilik akaun Ena Azlina Bridal.

“Hari-hari kami menderita lalu jalan ni,” luah Ikram Sg Ulo.

“Bagaikan anjing menyalak bukit, tiada apa-apa tindakan. Pihak tertentu tetap memejamkan mata dan memekakkan telinga. Inilah budaya kerajaan yang ada sekarang,” tulis Zain Abidin.

“Kalau masalah ini berlaku di Selangor atau Kelantan, TV3 suku tiap-tiap hari akan main isu ini .    tulis Azamia Deris.

Berdasarkan komen-komen pengguna laman sosial, syarikat yang terlibat industri bauksit ada kaitan secara langsung dengan pihak atasan sehinggakan kerajaan negeri dan pemimpin tidak berdaya untuk bertindak.

Link: http://omakkau.blogspot.com/2015/07/penduduk-gebeng-berang-kerana-hidup.html)

Ini Jawapan Yayasan PATRIOT Berkenaan Penjualan Plat PATRIOT SERIES.



Setelah dikritik kaw2 oleh pelbagai lapisan masyarakat akhirnya pihak yang bertanggungjawab menguruskan penjualan plat khas - PATRIOT SERIES tampil dengan kenyataan media. Surat dihantar kepada beberapa agensi berita termasuk Malaysiakini untuk edaran umum. Baca point2 mereka dan terpulang la korang nak percaya ke taknak.

Baca ;

Kekeliruan dan kontroversi plat “Patriot” berpunca selepas manipulasi fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia menjadi lebih parah apabila dipolitikkan oleh ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.

Namun kenyataan mereka yang disiarkan melalui lamanMalaysiakini mengandungi fakta tidak tepat dan telah di putar belit sekaligus mewujudkan persepsi negatif ke atas Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM).

Plat “Patriot” merupakan inisiatif YPNM bertujuan untuk mempromosi semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Hasil penjualan plat tersebut akan dimanfaat untuk melaksanakan program dan aktiviti patriotisme secara menyeluruh membabitkan pelbagai agensi di seluruh Negara.

Berikut adalah penjelasan bagi setiap dakwaan yang telah ditimbulkan.

Dakwaan 1:

Projek RM10 juta, JPJ hanya diberi RM1 juta.

Fakta:

Kenyataan ini tidak tepat. Nilai RM10 juta adalah sasaran jualan plat “Patriot”bukannya keuntungan atau nilai projek yang dianugerahkan secara terus kepada YPNM.

Pembayaran RM1 juta kepada JPJ adalah syarat asas selepas kelulusan plat siri khas tanpa mengira keuntungan atau kerugian yang dihadapi oleh YPNM.

Justeru, sebarang risiko ditanggung sepenuhnya YPNM tanpa melibatkan pihak kerajaan.

Dakwaan 2:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganugerahkan kelulusan plat “Patriot” kepada YPNM melalui rundingan langsung.

Fakta:

Dakwaan bahawa YPNM mendapat kelulusan dari rundingan langsung dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan pemangku menteri pengangkutan (ketika itu) adalah tidak benar.

YPNM membuat permohonan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 2013 dan mendapat kelulusan selepas dua tahun permohonan dibuat iaitu pada awal tahun 2015.

Selain plat “Patriot”, terdapat lebih 25 plat siri khas yang telah diluluskan sebelum ini.

Dakwaan 3:

Pendapatan JPJ adalah wang rakyat, hasil penjualan plat “Patriot” juga adalah wang rakyat. Ini adalah kerugian kepada negara.

Fakta:

Plat “Patriot” merupakan inisiatif Yayasan Patriot Negara Malaysia sepenuhnya, JPJ tidak pernah ada perancangan untuk mengeluarkan plat khas siri “Patriot”.

YPNM tidak menggunakan sebarang peruntukan dari mana-mana agensi kerajaan atau wang rakyat.

Justeru, tuduhan pihak JPJ mengalami kerugian adalah tidak benar kerana agensi berkenaan tetap menerima bayaran RM1 juta sama ada YPNM berjaya atau gagal menjual plat tersebut.

Bermakna JPJ, rakyat dan negara tidak mengalami sebarang kerugian seperti yang didakwa.

Dakwaan 4:

YPNM berkait dengan kroni Umno.

Fakta:

Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim memegang jawatan pengerusi YPNM berdasarkan latar belakang beliau yang berkhidmat selama 33 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Idea penubuhan YPNM tercetus selepas insiden Lahad Datu dimana beliau bimbang dengan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia kerana perbezaan ideologi politik.

Beliau bukanlah kroni Umno, pelantikan sebagai setiausaha kerja Umno dari tahun 2004 hingga 2008 atas pelawaan mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

YPNM ditubuhkan bermatlamat untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Ahli Jawatan Kuasa dan sukarelawan YPNM terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan kaum.

Dakwaan 5:

YPNM mewakili JPJ untuk melelong plat “Patriot”.

Fakta:

Dakwaan YPNM mewakili JPJ untuk “melelong” plat PATRIOT adalah tidak benar. Sebaliknya YPNM diberi kelulusan menjual plat Patriot 1 sehingga Patriot 9999 di mana terpulang kepada YPNM untuk melaksanakan kaedah penjualan yang dirasakan sesuai.

Soalan:

Siapakah yang menguruskan hasil penjualan plat “Patriot” dan bagaimana ia dibelanjakan?

Jawapan:

Semua pendapatan yang bakal diperoleh hasil penjualan plat “Patriot” disalurkan ke akaun amanah milik YPNM bagi membiayai setiap aktiviti dan program bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melibatkan semua lapisan masyarakat di seluruh negara.

Bagi maklumat lanjut program yang dirancang oleh YPNM boleh dirujuk di laman web rasmi Patriot.

Sebagai sebuah yayasan, YPNM bersikap terbuka di mana kami mengalu-alukan sebarang cadangan, kritikan, dan teguran namun ia harus berasas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sekretariat YPNM di talian: 019-4475555

Link: http://www.amenoworld.net/2015/07/ini-jawapan-yayasan-patriot-berkenaan.html)

Kisah Sedih Warga Emas Dijemput Untuk Terima Sumbangan Raya, Tetapi Sekadar Meramaikan Majlis


Berlegar dilaman sosial hari ini kisah seorang warga emas berumur 62 tahun yang dijemput oleh pihak Baitulmal untuk menerima sumbangan Hari Raya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang akan dihadiri oleh pemimpin negara.  

Cerita berkenaan telah diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali, mengenai ibunya yang didakwa telah dianaiya oleh pihak Baitulmal dan juga seolah ditipu untuk membuatkan ibunya pergi ke majlis yang kononnya penyerahan sumbangan hari raya untuk mereka. 

Menceritakan kisah itu, ibunya telah bangun pada jam pukul 2 pagi (2 Julai) selepas dikatakan pihak Baitulmal telah menelefonnya meminta pergi ke Masjid Az-Zubair pada jam 4 pagi kerana ada makanan sahur disediakan. 

Belum sempat menjamah makanan yang disediakan, ibunya yang ditemani abang ipar sudah diarah menaiki bas untuk bergerak ke Maeps 

"Mak cepat-cepat ambil sebungkus bekas makanan dan menaiki bas dimana di dalam perjalanan mak membuka makanan tersebut. Apa yang ada hanya sedikit nasi (mkn dirumah lagi kenyang) dan lauknya ikan bilis goreng sejemput...tiada sayur..dan kurma dua biji." katanya. 

Apabila sampai di Merps hari masih gelap dan masing-masing mahu menunaikan solat subuh namun apa yang mengejutkan bas berkenaan berhenti sejauh 500 meter dari dewan yang dikatakan akan diadakan majlis berkenaan. 

"Mak yang berumur 62 tahun gagahkan diri berjalan sejauh itu dari langit bewarna gelap hinggalah suasana menjadi cerah baru sampai ke dewan berkenaan, tiada kakitangan yang datang membantu insan-insan lemah seperti mak ini." 

"Menurut kata mak ada orang yang lebih tua darinya dimana ada yang sampai jatuh terjelepok kerana tidak mampu untuk berjalan lagi dan merungut kerana pemandu bas berkenaan memberhentikan bas terlalu jauh dari dewan," katanya lagi. 
   
Apabila sampai ke dewan ibu wanita berkenaan hendak memasuki tandas untuk mengambil air sembahyang tetapi orang menunggu terlalu ramai dan dia tidak mampu berdiri lagi menyebabkan warga emas itu terlepas solat subuh kerana keadaan kemikian. 

Selepas jam 7 semua jemputan masih menanti-nanti, selepas 2 jam menunggu tiada apa-apa majlis lagi bermula menyebabkan ibu beliau pergi ke tandas selepas. 

Semasa di tandas ibu beliau telah menegur seorang gadis dengan bertanya"Majlis ape ye ramai sgt nie?" Gadis tersebut jawab.."Majlis nie saje nk meramaikan majlis makcik" Mak mengangguk tanda faham. 

Terpandang di luar dewan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak sudah sampai dengan kereta iringan. 

"Terdetik dlm hati mak...PM boleh pula naik kereta sampai dewan.. kenapa rakyat perlu susah-susah berjalan jauh-jauh." 

Selepas sejam PM berucap, majlis yang merupakan majlis sumbangan Aidil Fitri untuk Asnaf Baitulmal dan ibu beliau didakwanya hanyalah jemputan sahaja. 

Tiada sumbangan Aidil Fitri pun buat mereka di mana hanya menerima cenderahati berupa sebuah beg kain berisi kain pelikat, kain batik dan tuala kecil. 

Habis majlis kira-kira pukul 11 pagi ibunya yang ditemani abang ipar keluar cepat-cepat kerana takut ditinggalkan bas yang membawa mereka datang sebab ibunya itu berjalan dengan perlahan. 

"Mak berjalan ke bas tapi mak sempat merungut..penat mcm nak mati...mak x larat..tapi mak gagahkan juga...berkali2 mak berhenti kepenatan..mak ada semput..mak asyik kata "tobat aku xkan pergi lg"..smpai abg ipar terpaksa papah mak..aku menangis dengar cerita mak...sedih sgt2." 

"Sesampai di dalam bas.. mak menarik nafas lega sebab dapat duduk.. sblm bas bertolak.. kakitangan baitulmal bagi sampul raya...Mak ckp syukur dpt rezki walau pnt.. tp ble smpai rumah.. buka2 hanya ada rm30.. mak ketawa sendiri..."tobat aku xkn pergi lg", ceritanya mengenangkan nasib ibunya diperlakukan demikian. 

Kerana penyebaran cerita ini, ada pihak telah membawa perkara ini kepada pihak Baitulmal sendiri. Baitulmal dalam maklum balasnya memberitahu kain pelekat dan kain batik hanyalah cenderahati tetapi akaun tunai Aidilfitri mereka akan masukkan ke dalam akaun penerima sebanyak RM500 pada 1 Julai dan sebahagian lagi pada 3 Julai. 

Puan Rabiatun Asmah Mohd Ali menyifatkan apa yang dilakukan oleh Baitulmal tersebut adalah satu penganiyaan terhadap warga emas dan golongan kurang upaya kerana bantuan boleh diagihkan ke kawasan masing-masing bukannya mengadakan majlis yang menyusahkan sedemikian.


- Siakapkeli
Link: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/07/kisah-sedih-warga-emas-dijemput-untuk.html)
Keindahan Alam Di Islandia
Begitu banyak keindahan alam yang ada di dunia ini, salah satunya adalah di Islandia. Jika Anda kesana maka akan terpesona dengan warna dan cahaya yang indah. Sumber : Bored Panda























Link: http://duniacacamarba.blogspot.com/2015/07/keindahan-alam-di-islandia.html)

Camping Model Baru Dengan Tenda Pohon

Biasanya kita camping dengan tenda biasa, tidur diatas tanah, namun kini kita bisa camping dengan tenda yang unik, yaitu Tenda Pohon. Seperti namanya, maka tenda ini dikaitkan dengan pohon-pohon yang dapat kita lakukan di mana saja, asal ada pepohonan.Tenda Pohon ini merupakan cara baru yang luar biasa untuk Anda dan teman-teman Anda yang gemar camping, Dengan tenda ini maka camping akan lebih aman dan nyaman. Sumber : tentsile.com








Link: http://duniacacamarba.blogspot.com/2015/07/camping-model-baru-dengan-tenda-pohon.html)

Proses cerai di Selangor hanya enam jam FMT Reporters

cerai_selangor_600
Ia berbeza dengan kaedah sebelumnya mengambil masa kira-kira tiga bulan atau 90 hari untuk diselesaikan.
SHAH ALAM: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) memperkenalkan proses cerai yang lebih singkat bagi pasangan Islam yang bersetuju untuk berpisah.

Melalui pendekatan itu, ia cuma mengambil masa enam jam berbanding kaedah sebelumnya mengambil masa kira-kira tiga bulan atau 90 hari untuk diselesaikan.

“Proses kes cerai ‘fast track’ mampu mengurangkan tempoh ini kepada enam jam sahaja. Namun ini hanya ditawarkan kepada kes perceraian yang difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen undang-

Undang Keluarga Islam (Selangor) sahaja atau dengan kata lain kepada pasangan (suami isteri) yang bersetuju untuk berpisah,” kata Ketua Hakim Syarie Selangor, Dr. Mohd Na’im Mokhtar kepada Bernama.

Dia ditemui dalam sidang media selepas majlis pelancaran Proses Kerja “Kes Cerai Fast Track”.

“Proses ini selain menjimatkan kos, dapat juga memberi peluang kepada pasangan yang bercerai untuk menjalani kehidupan baharu dengan lebih cepat,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Proses Kerja “Kes Cerai Fast Track” tambahnya.
Link: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/07/proses-cerai-di-selangor-hanya-enam-jam.html)

BERITA GEMBIRA UNTUK PENGGUNA BAS EKSPRES SEMPENA AIDIL FITRI INI ... TAMBANG NAIK 10%.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam meluluskan kadar khas sebanyak 10%, lebih daripada kadar biasa, bagi perjalanan bas ekspres bermula 10 Julai hingga 27 Julai ini.

SPAD dalam kenyataan berkata langkah itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain memenuhi permintaan perkhidmatan yang meningkat berikutan bas-bas tambahan perlu dibekalkan pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba.

"Selain itu, kelulusan ini mengambil kira pelbagai faktor seperti menambah baik tahap pengendalian bas-bas tambahan, memperkemaskan sistem pengawasan bas ekspres dan mengekalkan mutu perkhidmatan bas ekspres bagi tujuan menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang pada musim perayaan," menurut kenyataan itu.

SPAD turut mengumumkan kesemua bas ekspres tambahan pada musim perayaan ini yang bertolak dan tiba di Kuala Lumpur akan menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Suruhanjaya itu turut menasihati pengguna supaya membeli tiket bas di kaunter tiket yang sah sahaja, bagi mengelak penipuan dan kegiatan ulat tiket selain menyimpan keratan tiket perjalanan sebagai bukti.

"Tiket yang sah adalah yang dicetak komputer, serta mempunyai nama syarikat dan nombor bas yang akan dinaiki penumpang. Pengguna diminta untuk memeriksa maklumat yang tertera pada tiket dan mengesahkannya semasa di kaunter pembelian.

"Bagi penumpang yang akan menaiki bas tambahan pula, mereka boleh memeriksa nombor pendaftaran bas berkenaan sepertimana yang didaftarkan dengan SPAD melalui lampiran yang dipamerkan di kaunter penjualan tiket," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa pihaknya akan terus meningkatkan lagi pemantauan dan operasi penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan jumlah bas mencukupi dan penumpang dapat menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.

Pengguna perkhidmatan bas ekspres juga boleh membuat aduan ke talian SPAD 1-800-88SPAD (7723) sekiranya terdapat sebarang perkara yang menjejaskan perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan perjalanan mereka pada musim perayaan ini.

Link: http://omakkau.blogspot.com/2015/07/berita-gembira-untuk-pengguna-bas.html)

Subhanallah!!!!! Gempar batu akik tertera imej Kaabah dan orang tawaf (Gambar)


Jakarta: Penduduk di Parigi Moutong di Sulawesi Tengah gempar selepas menemui batu akik yang didakwa mempunyai imej Kaabah dan orang tawaf.

Imej itu ditemui sekumpulan penduduk yang memotong satu batu akik jenis King Marantale yang ditemui mereka Jumaat lalu.

Pegawai daerah Parigi Moutong, Samsurizal Tombolotutu berkata, selepas batu akik itu dibelah penduduk terkejut melihat imej Kaabah berkenaan.

“Ada yang menangis sambil mengucapkan Allahu Akbar beberapa kali apabila melihat imej di dalam batu akik berkenaan,” katanya.

Ujarnya, batu akik itu telah dibawa ke pejabat daerah di Kota Parigi untuk disimpan.
“Saya berharap dengan penemuan batu akik ini akan menambahkan keimanan penduduk kepada Allah,” jelasnya.

Menurutnya, batu akik itu akan dipamerkan dalam festival pada September depan yang akan dihadiri Presiden Joko Widodo.

Festival itu akan mempamerkan produk tempatan termasuk batu akik yang menjadi produk utama wilayah berkenaan. - Agensi
-hmetro-
Link: http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/07/subhanallah-gempar-batu-akik-tertera.html)

IPU tuntut rawatan wajar untuk Anwar

Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang mewakili ahli parlimen dari seluruh dunia meminta bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Gesaan itu dibuat berikutan laporan Anwar kini dipercayai mempunyai ketumbuhan sebesar 4 sm di buah pinggangnya.

"Dalam misi tiga hari IPU... kita maklum tentang masalah kesihatan Anwar dan turut  menggesa supaya pihak berkuasa membenarkan rawatan susulan yang diminta oleh pihak doktor pada awal Jun selepas Anwar menjalani rawatan di hospital," kata IPU itu dalam kenyatan medianya.

Lawatan rasmi IPU selama tiga hari berakhir pada Rabu lalu dan antara agenda mereka ialah mengadakan lawatan menemui Anwar di Penjara Sungai Buloh.

Perkara berkenaan dibangkitkan IPU kerana mereka bimbang terhadap ketumbuhan Anwar di buah pinggang bekas timbalan perdana menteri itu.

Malah, IPU juga melahirkan kebimbangan sekiranya  Anwar tidak dibenarkan untuk berhubung dengan banduan lain.

Sehari sebelum IPU melengkapkan misi itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga meminta supaya pihak berkuasa berkaitan memastikan Anwar menerima rawatan perubatan yang sewajarnya

Link: http://wrlr.blogspot.com/2015/07/ipu-tuntut-rawatan-wajar-untuk-anwar.html)
.

Tiada ulasan: