Ahad, 12 Julai 2015

5614. Tadi Nomi cuma cakap Nomi Sayang Mak, lupa nak minta maaf dengan Mak.


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
*
*
Status facebook dibawah, sehingga kini telah berjaya mendapat sebelas ribu seratus dua puluh sembilan LIKE dan dua belas ribu sembilan ratus empat puluh tiga SHARES. Dakwah yang dibawakan dalam peristiwa yang dialami pengirim telah menyadurkan banyak jiwa dengan pengukuhan Iman yang didalamnya terkandung antaranya kasih sayang sesama manusia makhluk hamba Allah. Antara anak dengan emak.

Aamiin.
Kapal terbang sepatut mendarat 3.30 petang, tapi gagal mendarat. Brunei menyambut AK 278 dengan ribut.

Kapal terbang terhuyung hayang mendekati lapangan terbang Brunei. Tayar sudah dikeluarkan namun angin menggoncang kapal terbang mengalahkan bas RAPID B114.

Kapal terbang sedikit terjunam. Ada wanita yang membaca ayat al-Quran dengan kuat sehingga kedengaran seluruh perut kapal. Orang putih di belakangnya tersenyum sinis, mungkin dia tak rasa keadaan ini akan berlanjutan hingga 40 minit seterusnya.

Kapal terbang segera dinaikkan segera dan gagal mendarat. Ribut makin ganas. Tayar kapal terbang dimasukkan kembali. Kami bertarung dengan ribut. Kapal terbang terhuyung hayang cuba keluar dari awan gelap pekat.

Selepas 5 minit kapal terbang bergegar keras. Saya lihat bumbung kapal bergegar macam nak tanggal pun ada. Badan bergoncang ke kiri dan kanan.

Bacaan al-Quran wanita tadi menenangkan sedikit hati saya. Namun orang putih sudah tak senyum lagi.

Kapten Najib bersuara. Katanya AK278 tak berjaya mendarat dan terpaksa menangguhkan pendaratan. Kami terpaksa berlegar-legar di atas laut yang kelihatan bergelora, sangat dekat dan jelas kelihatan.

Kata Kapten Najib, mereka sedang memikirkan jika AK278 perlu mendarat di kawasan lain namun akan memberitahu kami jika sudah membuat keputusan.

Untuk kali ketiga, kapal terbang bergoncang. Kali ini kami seolah-olah hampir terjunam. Kapal terbang kami tak stabil, sayap kanan dan kiri ditolak angin macam kapal terbang kertas.

Kali ni penumpang menjerit Allahuakbar. Dia tak berseorangan. Penumpang yang beragama Islam turut sama bertakbir dan bertahlil.

Kali ni tubuh saya menggeletar. Saya nak menangis. Saya teringat mak. Pertama kali saya rasa saya tak ada harapan hidup langsung. Saya berdoa minta Allah beri peluang saya sekali ini untuk hidup.

Jika saya belum layak masuk syurga sekarang ini, saya mohon agar diberi sedikit masa lagi untuk bersungguh-sungguh bertaubat. Tapi terfikir juga mati di bulan Ramadhan adalah rezeki.

Kali ini, penumpang Kristian berdoa mengikut cara masing-masing. Ada penumpang Cina sedang menangis. Ada saya nampak seorang lelaki Melayu juga menangis.

Saya pun nak menangis. Tapi saya tahan. Badan saya tak berhenti menggeletar. Jantung saya macam nak pecah. Agaknya mesti pucat muka saya kerana saya lihat tangan saya putih tak ada darah.

Kali ke-empat, kapal terbang bergoncang lagi. Berkali-kali kapal terbang cuba masuk ke ruang udara Brunei tapi gagal, kerap kali diserang ribut.

Selepas 40 minit berlegar di udara dan berperang dengan ribut. Malah 2 kali kapal seolah-olah hampir terjunam, kapal terbang mengeluarkan roda ingin mendarat.

Pendaratan dilakukan dalam keadaan sangat bahaya. Sangat tak stabil dan masih terhuyung hayang ketika menghampiri darat. Akhirnya roda terhentak kuat, semua orang terjerit kecil.

Dan alhamdulillah kami selamat. Kapten Najib terus berucap sambil mengucapkan alhamdulillah. Mendengar 'alhamdulillah' keluar dari kapten, saya dan penumpang lain hampir menitiskan air mata.

Kami semua lega dan bersyukur. Muka masing-masing pucat.

Mak, nomi lupa nak minta maaf. Status akhir nomi tadi nomi hanya cakap nomi sayang mak. Tadi nomi ingat nomi tak sempat minta maaf dengan mak. Mak, maafkan semua salah nomi dan halalkan susu mak dan segala apa yang mak pernah bagi pada nomi.

Dan mohon maaf buat semua sahabat.

Brunei ribut. Tempahan hostel dibatalkan kerana Kg Ayer juga terjejas dengan ribut. Sana sini pokok tumbang. Maaf nanti saya 'update' lagi.

Gambar di bawah diambil orang Brunei dari arah offshore di ruang laut Brunei. Kami berada dalam awan itu tadi.
Share · July 10 near Bandar Seri Begawan, Brunei · Edited
Sumber: (Normi)

Kisah selanjutnya: 

Kami mendarat dengan perasaan bercampur baur. Ramai yang bergenang air mata dan ada dua tiga orang yang saya terlihat menangis.

Bila kami dibenarkan turun, semua beriya-iya mahu segera keluar, kami tak sanggup berada di perut kapal lagi.

Wajah anak kapal tetap tenang walaupun mereka sendiri ketakutan. Mereka senyum tapi senyuman mereka seolah-olah nak kata, 'Alhamdulillah kita selamat.'

Selama 40 minit bertarung di dalam ribut, wanita yang saya tak tahu mana satu orangnya tak henti-henti membaca ayat al-Quran dengan kuat.

Bila kapal terbang bergoncang hebat dan agak menjunam, dia mengetuai laungan Allahuakbar. Saya sedikit tenang mendengar bacaan dan takbir dari wanita itu. Nak sangat ucap terima kasih kepadanya.

Tiba di imigresen Brunei, pegawai tersebut bertanya perasaan saya ketika di atas kapal terbang. Saya katakan saya ingat saya akan mati. Orang lain sama-sama mengangguk dan bergenang air mata.

Nampaknya semua orang di lapangan terbang tahu perjuangan kami di atas sana. Mereka nampak awan hitam tebal dan ribut badai, ya, kami di dalam sana.

Azimah sudah menanti dan terus bertanya keadaan saya. Walaupun baru pertama kali berjumpa, kami terus berkongsi cerita macam dah lama kenal. Saya masih terkejut dan meluahkan perasaan padanya.

Kami ke masjid di lapangan terbang. Kami solat di situ dan saya bersujud syukur. Menangis saya di hadapan Allah kerana tak sangka diberi peluang hidup. Betul, saya ingat tak mungkin saya selamat.

Ketika memandu keluar, pokok tumbang di kiri kanan. Kami singgah di masjid As-Shalihin sementara menunggu waktu berbuka. Di situ ada majlis pengIslaman saudara baru. Dirai seperti pengantin.

Sebelum tiba di situ, Azimah mendapat panggilan dari hostel di Pusat Belia, mereka batalkan tempahan kerana bersiap sedia membantu mangsa di Kampung Ayer.

Runsing, di mana mahu tidur malam ni. Azimah pasti ada masalah lain di rumahnya kerana dia tak berani mengajak saya ke sana. Dia cuba menghubungi penginapan lain dan mesej teman-temannya.

Kemudian kami ke kawasan Serusop. Azimah mencari restoran yang lain kerana restoran yang ditempah Azimah membatalkan tempahan kerana ribut.

Niat nak ke pasar Ramadhan pun dibatalkan kerana kebanyakan khemah-khemah peniaga berterbangan. Banyak yang musnah.

Di Serusop kami makan bihun dan mi sup saja. Panggilnya Soto Bunut. Saya masih terkenang-kenang keadaan di atas udara tadi. Hilang lapar, tiada perasaan mahu makan ketika itu.

Saya menaip status petang tadi dengan tangan menggeletar. Saya sorok-sorok sedikit ketakutan saya agar Azimah tak perasan. Genang air mata pun saya sorok, malu.

Selepas berbuka, kami ke Masjid Jame' Asr Hasanul Bolkia sambil menunggu respon teman Azimah. Kami solat maghrib, isyak dan terawih di situ. Masjidnya sangat indah tapi hati saya masih gementar.

Ketika meninggalkan bandar itu, jalan sesak dek kerja-kerja membersihkan jalan dari pokok-pokok yang tumbang menghempap jalan.

Ada rumah-rumah yang atapnya terbang. Banyak garaj kereta yang runtuh. Banyak juga kereta-kereta rosak dihempap bumbung garaj, pokok dan papan tanda.

Kami ke kawasan yang berdekatan dengan Limbang. Azimah menumpangkan saya di rumah Arin yang tinggal bersama keluarganya. Rumahnya besar dan luas.

Saya disambut Arin dan ibunya. Kami berbual dua jam bercerita kisah kapal terbang dan mereka ceritakan tentang kejadian ribut yang paling teruk berlaku kali ini. Mereka sendiri tak sangka.

Azimah sudah segera pulang selepas menghantar saya. Rupa-rupanya kata Arin, bumbung rumah Azimah terbang dan rumahnya rosak dilanda ribut.

Kasihannya Azimah. Tapi sebenarnya Azimah belum tahu keadaan rumahnya, itu kata Arin. Azimah cuma segan mahu menumpangkan saya kerana rumahnya agak kecil sedikit dan ahli keluarganya ramai.

Tak mengapa saya faham. Saya bersyukur Allah temukan saya dengan orang-orang Brunei yang baik hati ini. Keluarga Arin melayan saya dengan sangat baik.

Azimah pun sungguh-sungguh membantu saya sejak saya di Malaysia lagi. Namun semua rancangan kami gagal hari ni. Manusia merancang, tapi Allah mahu memberi saya pengalaman yang berbeza.

Sekarang saya di bilik Arin. Sedang menaip dengan tangan yang masih menggeletar. Di berita TV Brunei keluar macam-macam cerita ribut di semua tempat di negara ini.

Saya harap esok saya semakin pulih dari ketakutan. Dan semoga esok hari cerah di Brunei.
*************
Ribut yang berlaku di Sabah dan Brunei adalah tempias dari Taufan Chan-Hom yang berlaku di bahagian utara Filipina pada waktu yang sama ketika ribut melanda Brunei.

Link: (Normi)


Salam semua

Saya baru saja ada internet. Maaf buat mak, keluarga dan sahabat risau.

Saya sedang dalam majlis 'bersungkai' dengan warga Brunei yang terdiri dari 29 keluarga pengembara yang menyertai Exchange Program (53 hari di atas kapal ke beberapa buah negara atas penajaan kerajaan Jepun).

Taufan Cham-Hom yang melanda Filipina semalam adalah taufan terkuat di dunia dengan kelajuan 270km/sejam.

Melalui amaran di berita TV Brunei, taufan ini mungkin berlaku lagi sehingga hari Ahad, bila-bila masa di Filipina.

Hari ni langit Brunei cerah, alhamdulillah. Orang Brunei memang orang-orang yang hebat. Mereka sangat ambil berat tentang saya.

Dan kisah saya merebak dengan cepat di kalangan orang Brunei sehingga ramai yang offer tempat mereka.

Seharian saya bersama Azimah, Alia dan Arin hari ini. Mereka membawa saya melihat-lihat Brunei.

Malah mereka belanja saya berbuka puasa dan saya tak diizin mengeluarkan wang saya kerana mereka kata saya sedang musafir.

Tapi ada juga yang saya berdegil untuk bayar. Sebenarnya saya baru belanja 8 Brunei Dollar sepanjang di sini. Allahuakbar, alhamdulillah.

Selamat berbuka puasa semua. Doakan esok cuaca elok dan tolong doakan Brunei makmur dan pulih dari kerosakan.

Harap-harap saya berani naik kapal terbang esok.
· Share · 15 hrs near Bandar Seri Begawan, Brunei
Pautan: (Normi)

Sebelumnya. 

Musafir lagi. Insya-Allah nak jenguk bangsa serumpun yang negaranya terkepit antara dua negeri besar di Malaysia.

Saya tertanya-tanya bagaimana sambutan Ramadhan orang sana. Tak sangka rakyatnya sangat baik hati menawarkan diri membantu saya sepanjang di sana insya-Allah.

Sultannya seorang pemurah. Rupanya rakyat sultan itu pun sama baik hati seperti sultan yang hensem itu.
Di sana, berbuka puasa dipanggil 'bersungkai'. Masjid-masjid mereka sama seperti di Malaysia, ada 'sungkai' percuma. Kita pun ada Sungkai juga, tapi di Perak.

Mohon doakan perjalanan saya selamat pergi dan pulang. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Saya mahu menebak segala yang positif di sana untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat.
Mak, I love you.
IKHLAS KE KITA?
********************
Ada seorang ustaz mengajarkan satu doa yang bagus untuk kita amalkan selalu.

"Allahummaj'alni minal mukhlasiin" (Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang ikhlas)

Memang susah nak jadi orang yang ikhlas. Sehinggakan kita kena doa pada Allah minta dijadikan orang yang ikhlas.

Ada seorang ustaz yang beri ceramah Ramadhan di surau tingkat 5 Menara Jcorp kata, ikhlas ni Allah saja yang tahu. Malaikat pun tak tahu.

Apakan lagi kita manusia biasa, mana mungkin kita menilai keikhlasan seseorang.

Tapi kita boleh lihat tanda ikhlas dalam diri. Antaranya, bila dipuji tak bangga atau gembira dan bila dihina tidak ada sedih dan terasa.

Ini dalam konteks melakukan kebaikan dan ibadah. 

Apa saja perbuatan kita hanya mengharapkan redha Allah semata. Pandangan manusia tak beri 'effect' melainkan menjadi sesuatu untuk dimuhasabahkan.

Ikhlas adalah syarat penerimaan Allah terhadap ibadah yang kita lakukan.

Agak-agak, dalam satu hari, ada tak amalan kita yang ikhlas?


  • Hard grind to unravel MH370 mystery
      (¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
    Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
    dan 
    kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman 
    kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk. 

    Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob... 
    Meja peceq.blogspot.com  .
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP
#
Bismillah.
Assalamualaikum/Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh
Selisih faham, prasangka buruk barah kebahagiaan.
Untuk itu jangan kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri.
http://peceq.blogspot.com/2015/07/5592-selisih-faham-prasangka-buruk.html
*

Tiada ulasan: