Isnin, 13 Julai 2015

5622. Sains dan Teknologi didalam Al Quran.


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
*

Dr Danial Zainal Abidin: Oleh kerana faham isi Al-Quran dan mengakui kehebatannya setelah mengkaji mengenainya, beberapa pemikir barat akhirnya memeluk agama Islam. - Foto MOHD SUHAIMI MOHSEN - 3 Jun 2012 

Titik pertemuan antara Al-Quran dan Sains 

Umat Islam perlu bukan setakat mengaji, malah mengkaji kandungan Al-Quran sehingga terasa kehebatannya. 

DI MANAKAH titik pertemuan antara Al-Quran dan sains? Jawapannya: Al-Quran diturunkan Allah dan alam dengan banyak penemuan sains ini dijadikan Allah. Di situlah titik pertemuannya. 

"Maka itu, kebesaran Allah boleh dilihat daripada penemuan sains, dan penemuan sains adalah bukti kehebatan Allah," kata ilmuwan dari Pulau Pinang, Malaysia, Dr Danial Zainal Abidin. 

Membicarakan topik Quran Saintifik dalam satu kuliah di Masjid Al-Istiqamah sempena karnival masjid itu minggu lalu, Dr Danial berkata Al-Quran adalah satu-satunya mukjizat yang kekal hingga kiamat. 

Menegaskan bahawa Al-Quran sebagai Satu Mukjizat adalah Pegangan, bukan pandangan, beliau memetik Hadis Riwayat Imam Bukhari bahawa Nabi menyatakan "Semua Rasul mendapat Mukjizat yang boleh membuat orang Beriman, Mukjizat kepadaku ialah Wahyu iaitu Al-Quran" 

Beliau juga menekankan perlunya umat Islam bukan setakat mengaji, malah mengkaji kandungan Al-Quran sehingga terasa kehebatannya. Beliau menyebut beberapa pemikir Barat memeluk Islam setelah mengkaji Al-Quran dan melihat kehebatannya. Antaranya ialah Dr Jerald Frederik Dirks dari Kansas, Amerika, yang memiliki ijazah dalam bidang ketuhanan dan pernah menjadi paderi; Dr Gary Miller, pakar matematik dan ahli teologi Kristian; Dr Jeffrey Lang, juga pakar matematik dan beberapa tokoh lain. 

"Mereka memeluk agama Islam selepas mengkaji Al-Quran. Saya termenung kerana saya melihat bangsa saya, Melayu-Islam, malas mengkaji Al-Quran. Yang paling hebat ialah rajin mengaji tapi jarang mengkaji. "Memang wajar kita ajar anak mengaji dahulu, belajar baca dengan betul. Tetapi saya lihat orang kita dah hampir masuk kubur masih dengan huruf lagi (belajar tajwid), tapi tak faham apa yang dibaca. 

"Baik, tapi malang. Baik kerana boleh mengaji tetapi malang kerana tak faham apa yang dibaca. Kalau kita tak boleh kenal mukjizat, kalau mengaji tetapi tak faham, kita tidak nampak keunikan Al-Quran, kehebatan Al-Quran, kuasa Al-Quran. 

"Dr Jerald berubah sebab beliau faham selepas mengkaji. Kita tidak akan berubah sebab kita tidak faham dan kita tidak mengkaji. Maka kita malang di situ sedangkan Al-Quran ini hebat," ujar beliau. 

Menurut Dr Danial, kita perlu berinteraksi dengan Al-Quran dengan metodologi yang betul. "Apabila kita mengkaji Al-Quran, kita kata wow! Wow adalah bahasa yang menggambarkan kekaguman, ketakjuban. Dr Gary Miller, apabila masuk Islam, berkata Al-Quran sangat menakjubkan sehingga terdorong menulis buku The Amazing Al-Quran. Itu wow. Isinya menakjubkan. Itu bahasa iman. Kagum pada isi Al-Quran. Wow ialah wow keimanan. Ada orang baca tidak ada rasa apa-apa. Baca kosong, tanpa faham, tanpa rasa takjub, tanpa rasa wow! 

"Kita mahu wow pada Al-Quran, bukan wow pada hiburan, wayang, makanan dan lain-lain,'' ujarnya.
Bagaimana hendak berasa takjub dan kagum? "Kita kena gali rahsia mukjizat. Salah satu pendekatannya, bukan satu-satunya, ialah mengkaji Al-Quran dan mengaitkannya dengan penemuan sains," jelas beliau. 

Penemuan sains perlu metodologi. Sains adalah penemuan manusia dengan teleskop, mikroskop dan teknologi. Al-Quran daripada Allah. Ia tidak berubah. Sains boleh berubah. Di mana titik pertemuannya? Penemuan sains tentang alam. Al-Quran daripada Allah, alam juga dicipta Allah. 

Surah Al-A'laa menjelaskan: "Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaan-Nya), dan menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk'' Allah menciptakan segalanya mengikut kadar (keseimbangan tertentu). Manusia menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan pokok pula mengambil karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen - lalu wujud sistem ekologi. 

"Siapa yang wujudkan sistem itu? Ia ada satu kuasa besar. Dialah yang mewujudkan sistem yang seimbang ini. Dia juga mewujudkan kadar. Graviti ada kadar. Apabila dikaji, kita akan dapat petunjuk,'' kata beliau.
Menurut Dr Danial lagi, terdapat lebih 750 ayat tentang alam - proses kejadiannya, sistem suria, geologi, bumi dan sebagainya. 

"Al-Quran bercakap tentang alam. Justeru kalau kajian kita tentang alam itu betul, ia akan selari dengan kenyataan Al-Quran tentang alam sebab kedua-dua daripada Allah," kata beliau. 

Rasulullah, jelasnya, bukan saintis. Umatnya ketika itu baru keluar daripada jahiliyah. Ada ayat Al-Quran yang baru difahami sekarang dalam abad ke-20. Dalam bukunya, Dr Miller menyebut kisah seorang pakar lautan yang kagum mengenai ayat menerangkan lapisan ombak sedangkan kehidupan Nabi tiada kena mengena dengan kelautan. 

Pakar laut itu kagum kerana hanya teknologi moden dan kapal selam abad ke-20 mengesahkan tentang lapisan ombak sedangkan Al-Quran sudah menyebutnya l,400 tahun lalu. Beliau lalu memeluk Islam. Derasnya ombak dalam lautan itu terlihat semasa kejadian tsunami 2004. Perubahan pada kerak bumi itu menghasilkan ombak yang sederas 800 kilometer sejam, dengan kekuatan menyamai 23,000 tenaga bom atom Hiroshima, sehingga menjejas 11 negara dan meragut ribuan jiwa. 

"Belajarlah sains dan kaitkan dengan Al-Quran, barulah pelajaran itu ada ruh, kalau tidak sains itu sains kering. Kita mahu sains yang membentuk rohani, bukan menimbulkan keraguan... Sains boleh membawa kepada iman," kata beliau. 

Dan Allah menjelaskan hal ini dalam surah Fussilat: 53: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar..." 

"Sa" dalam bahasa Arab adalah mengenai masa depan. Allah terangkan sesuatu bukan di zaman Nabi, tetapi dalam zaman selepas kewafatan Nabi. Dan Allah hendak tunjukkan kepada "mereka" - menurut ahli tafsir, "mereka" merujuk kepada orang kafir yang tidak percaya pada Al-Quran (dan hanya percaya sains) - sehingga sebahagian mereka akhirnya peluk Islam. 

Dr Danial juga menganjurkan supaya merujuk buku Tibyan fi ulumul Quran (penerangan mengenai ulum Quran) oleh Syeikh Muhammad Ali Assabuni dan kitab Al-asas Fi Tafsir oleh Syeikh Syed Hawa mengenai pendekatan mengaitkan penemuan sains dengan Al-Quran. 




  • Hard grind to unravel MH370 mystery
      (¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
    Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
    dan 
    kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman 
    kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk. 

    Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob... 
    Meja peceq.blogspot.com  .
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: