Selasa, 28 Julai 2015

5687. Di depanmu. Buat PAGOH Member of Parliament.

#
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡

♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ
♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“Buat PAGOH Member of Parliament”
Apa itu Dunia? - 
Hal yang menjadi mata hatinya tanpa memperdulikan jangan lokek berbuat baik kepada diri sendiri yang akhirnya membelakangi hal-hal Akhirat yang termaktub dalam Perentah dan Larangan Allah.

Apa itu Akhirat? - 
Wahai orang-orang yang berIman sebagaimana seruan Allah yang banyak berulang-ulang dalam firman Allah dalam Al Quran. Maka Taqwa dan Iman menjadi pegangan mata hatinya kerana Allah.



Apa itu Iman? - 
Takut hilang jawatan dan kesenangan dunia maka hal dunia di depanmu, tanpa peduli halal haramnya. Amanah kerana Allah pengembeling Akhirat di depanmu.
 .
www.peceq.blogspot.com .
Selasa, 28 Julai 2015

Apakah yang menanti di hadapan Muhyiddin?

oleh Mike Tan
Betapa yang kuat pun boleh tumbang. Dahulu dianggap sebagai ‘tangan kanan’ kepada perdana menteri, tetapi beliau kini sudah tersungkur. 

Selepas disingkirkan dengan biadab oleh Najib Razak, yang menggantikannya dengan pendokongnya Zahid Hamidi, rakyat Malaysia masih lagi dalam proses menerima kenyataan bahawa Muhyiddin Yassin kini bukan lagi sebahagian daripada Kabinet negara. Beliau telah berada dalam Kabinet sejak 1995, berkhidmat dalam pelbagai kementerian selama hampir dua dekad. Sehinggalah beliau dipecat hari ini. 

Sementara ini adalah sesuatu yang mengejutkan, Muhyiddin sendiri pasti sudah menjangkakannya.  Penggugurannya ini berlaku dua hari selepas beliau bercakap secara terbuka tentang isu 1MDB, dan meminta Najib memberikan penjelasan kepada rakyat. 

Kenyataannya mencetuskan kritikan balas daripada Najib, yang keesokannya mengeluarkan amaran keras kepada semua anggota Kabinet, termasuk Muhyiddin, agar menunggu hasil siasatan dan berhenti membuat komen yang dapat menjejaskan tanggapan rakyat terhadap kerajaan. 

Dan sehari kemudian, Muhyiddin pun dipecat. 

Nampaknya dua pemimpin Umno ini tidak lagi boleh berkompromi, dan apa sahaja perbincangan – kalaupun ada – sudah mencapai jalan buntu. 

Jadi apa yang menunggu di hadapan ‘panglima perang’ veteran Umno dan pejuang hak Melayu ini?
Adakah beliau akan mengikut jejak langkah seorang lagi timbalan perdana menteri yang pernah dipecat – Anwar Ibrahim, dan akan menentang Najib habis-habisan? 

Ini kelihatan hampir mustahil memandangkan situasinya jauh berbeza dengan Anwar, yang juga dipecat daripada semua jawatan dalam Umno pada September 1998. Muhyiddin pula masih lagi timbalan presiden Umno, dan pengaruhnya dalam parti itu barangkali tidak akan terjejas.
Malah Muhyiddin secara tidak langsung telah menyentuh soal ini dalam kenyataan terbarunya. Beliau menyatakan yang akan sentiasa setia dengan perjuangan. 
 
Katanya: “Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.”

Yang menariknya, kenyataan media yang dikeluarkan hari ini itu bertarikh 27 Julai (semalam), petunjuk jelas yang beliau sudah tahu tentang penyingkirannya lebih awal. 

Najib barangkali cuba mengukuhkan kedudukannya dalam kabinet dengan langkah ini, akan tetapi ia mungkin hanya akan memberikan kelebihan kepada Muhyiddin. 

Muhyiddin tidak lagi terikat dengan keputusan Najib dan Kabinet berhubung 1MDB. Beliau tidak lagi perlu mempertahankan perdana menteri, peranan yang sudah menjadi tradisi untuk timbalan perdana menteri. Beliau juga tidak lagi akan terjejas dengan apa-apa dasar tidak popular yang dibuat Najib. 

Pejuang Umno ini  kini tidak lagi dibelenggu, dan bebas untuk mengutarakan pandangan dan mengambil tindakan. 

Budaya Umno menolak “pengkhianat”. Maka dari satu sisi, penyingkiran Muhyiddin ini adalah satu rahmat. Orang Umno tidak akan menyokong timbalan yang menikam belakang ketuanya, tetapi akan menerima pejuang yang berani bersuara bagi pihak yang tertindas dan melawan pemimpin yang berkuasa dan tidak memahami rakyat. 

Najib sudah pun kehilangan hampir semua popularitinya berikutan pertelingkahan dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. Akan tetapi ahli Umno tidak akan sanggup mendesak pemimpin mereka ditukar, kecuali jika ada pengganti yang layak. 

Persoalannya adalah sama ada Muhyiddin mampu meyakinkan Umno bahawa beliaulah pengganti itu.
Pengisytiharannya untuk “mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO” boleh dilihat sebagai tanda yang beliau mahu kekal aktif dalam parti. Namun begitu, kedudukannya sebagai timbalan presiden masih belum terjamin. 

Apa yang diperlukan untuk menyingkirkannya adalah keputusan daripada Majlis Tertinggi (MT), yang dijadualkan akan bermesyuarat Jumaat ini. Namun langkah itu boleh dianggap mustahil, kerana ia akan menyebabkan perpecahan dalam parti. 

Kini giliran Muhyiddin pula untuk bertindak. Dan seluruh negara sedang memerhati rapat untuk melihat apakah langkahnya yang seterusnya. 


Link: http://wargamarhaen.blogspot.com/2015/07/apakah-yang-menanti-di-hadapan-muhyiddin.html.

Esok Muhyiddin Akan Dedah Segala Persoalan (Video)

kerengga pada KERENGGA - Seminit yang lalu
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu. Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu. "Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang

Budak Sekolah Izuddin Shah jadi Timbalan Perdana Menteri.

mantaro pada SISI BUKIT - 26 minit yang lalu
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan. Beliau, yang turut kekal sebagai Menteri Dalam Negeri dalam barisan Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Abdul Razak yang diumumkan hari ini, telah juga menyandang beberapa jawatan lain dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini. Berkelulusan PhD-Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Zahid, 62, anak kelahiran Bagan Datoh, Pe... lagi »

Apakah tindakan Muhyiddin seterusnya?

mso.im pada . - 32 minit yang lalu
*ULASAN MALAM* *Rombak* kabinet diumumkan Najib Razak tengah hari tadi dan penyingkiran Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri terus menjadi bahan percakapan umum. Kisah ini akan terus menjadi topik hangat seminggu dua ini. Walaupun pengumuman itu muktamad, tetapi ulasan dan pandangan terhadap kabinet baharu itu akan terus berlaku dengan berbagai pandangan dan persepsi mengenainya. Ada beberapa perkara yang menunjal-ninjal kepala orang ramai khususnya pemerhati politik ekoran rombakan kabinet itu. Antaranya apakah Ahmad Zahidi Hamidi yang dilantik menjadi TPM mampu untuk... lagi »

MB Selangor: Bersatu selamatkan Malaysia elak krisis

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Sejam yang lalu
[image: 11800110_921780304576306_4520757668369083678_n]SHAH ALAM, 28 JUL: Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kerusi Timbalan Perdana Menteri hanya menjadikan krisis negara semakin parah. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan itu dilakukan hanya beberapa hari Muhyiddin memberi kenyataan Perdana Menteri perlu menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Katanya, tindakan Datuk Seri Najib Razak ternyata bertujuan mempertahankan kedudukan dan regimnya untuk terus bertahan. “Malah pemecatan Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara, salah seorang anggota panel me... lagi »

Najib Pecat Muhyiddin, Gani Patail untuk elak disiasat, dakwa Azmin

Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sejam yang lalu
Tindakan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara memberikan gambaran Datuk Seri Najib Razak, bertindak mempertahankan kedudukan dan regimnya daripada disiasat panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. Azmin berkata, Malaysia terjerumus ke dalam gaung krisis yang makin parah dengan penyingkiran Muhyiddin daripada Kabinet selepas beberapa hari selepas beliau memberi kenyataan perdana menteri perlu memberikan j... lagi »

Selepas Anwar, kini Muhyiddin pula jadi mangsa

PBO™ pada pen buruk online ™ - Sejam yang lalu
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilucutkan jawatannya kini menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu-satunya timbalan perdana menteri yang pernah dipecat dalam sejarah politik Malaysia. Jawatan itu bagaimanapun, sering diselubungi kontroversi, di mana dahulu Tun Musa Hitam yang memegang jawatan itu dari 1981 hingga 1986, meletakkan jawatan kerana perbezaan pendapat dengan perdana menteri pada masa

Kabinet dirombak, Peguam Negara diganti, siasatan PAC jadi tanda tanya.....

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Sejam yang lalu
*KUALA LUMPUR*: Beberapa kejutan yang berlaku hari ini menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi. Ia bermula dengan paparan muka hadapan akhbar lidah rasmi UMNO, *Utusan Malaysia* yang memaparkan tajuk ‘*Semua diminta bertenang*’. Berbeza dengan saranan tajuk berkenaan, ia sebenarnya mempunyai kesan psikologi berbalik bagi banyak pihak sejak awal pagi. *Kontrak Peguam Negara ditamatkan awal* Masih hangat dengan spekulasi rombakan Kabinet akan berlaku, kejutan besar terbit dari Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang mengumumkan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patai... lagi »

Rombakan kabinet: Pengkritik disingkirkan, penyokong dan pengampu diberi habuan

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Sejam yang lalu
oleh Alyaa Alhadjri Seperti proses membuat keputusan lain sebelum ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, barisan Kabinet terbarunya yang diumumkan pada 28 Julai juga diselubungi misteri. Walaupun sudah berbulan khabar angin muncul, Najib sangat licik dan menahan daripada mendedahkan apa-apa maklumat terperinci rasional tentang apa yang dilihat sebagai rombakan Kabinet yang sangat diperlukannya. Berada dalam senarai terdahulu mengandaikan perubahan akan berlaku, laman web *The Malaysian Insider* telah memetik sumber awal hari ini yang mengesahkan bahawa Timbalan Perd... lagi »
#

Tiada ulasan: