Khamis, 30 Julai 2015

5695. Hanya sebagai syarat dan isyarat sahaja.

#

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Jalan menuju keberkatan dan beroleh kerahmatan Allah. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِistimewanya mendatangkan keseimbangan kehidupan seseorang Muslim dan masyarakatnya.

Semua tahu gula itu rasanya manis. Bila kita membancuh minuman, gula sebagai perisa pemanisnya. Jadi gula hanya sebagai syarat dan isyarat untuk mendatangkan rasa manis dan Allah yang mengizinkan minuman itu rasanya manis tidak masam atau kelat. Agak-agak minuman yang dibotolkan atau dikotakan semasa proses di kilangnya dibacakan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ atau tidak?. Sebagai Muslim mengapa kita terus bersubahat dengan benda-benda begitu dengan tidak membaca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ apabila adanya kesudian kita membeli dan meminumnya untuk diri dan famili?.
Penggunaan gula dalam bahan makanan dan minuman dengan dimulai membaca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ In Syaa Allah dengan izin Allah menjadi benteng kita dan famili dari dihinggapi penyakit yang berkaitan dengan penggunaan gula.


Begitu juga garam yang semua orang tahu rasanya masin. Garam berperanan memberi keseimbangan rasa kepada masakan dan minuman dengan izin Allah. Amalkan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ setiap kali kita melakukan sebarang pekerjaan dan aktiviti. In Syaa Allah masakan kita tidak tawar atau termasin, seolah-olah ada lori bawa garam tergolek dalam periuk belanga. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ dengan izin Allah melindungi kita dari bahaya. Kentalnya keyakinan dengan Kalimah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ akan memperkukuhkan lagi Taqwa dan Iman roh seseorang Muslim. 
Bila kita peniaga makanan amalkanlah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ supaya perniagaan kita sentiasa mendapat berkat dan rahmat Allah. Tidaklah sewenang-wenang kita caj berlebih-lebihan dan bubuh aji no moto seperti mahu membunuh pelanggan kita.

Aameen Ya Allah.
In Syaa Allah bermanfaat.
Wassalamu.
Meja www.peceq.blogspot.com .
#

Tiada ulasan: