Sabtu, 1 Ogos 2015

5700. Special note about Ungku Omar.


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆


اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
Pautan lain: http://www.arkib.gov.my/web/guest/432.
Tesis Ph.D Allahyarham Prof. Dato Dr Ungku Omar bin Ungku Ahmad bertajuk “Electrolytes in Isolated Human Leucocytes.”

Pautan lain: http://www.yadim.com.my/v2/?p=24202.
“...Dalam menjalankan tugasnya sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan, beliau pernah menggemparkan negara dengan hasil penyelidikan beliau mengenai taraf kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar yang telah diabaikan. Kadar kematian di luar bandar yang enam kali ganda lebih tinggi dari di bandar, kadar kemiskinan yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit malaria, kepialu, untut dan berbagai penyakit lagi telah menimbulkan kesedaran yang mendalam kepada semua pihak. Perjuangan beliau ini bukan sahaja disanjung oleh rakyat jelata bahkan mendapat perhatian di peringkat dunia...”

“...Kesedaran serta perjuangan beliau tidak sahaja diluahkan melalui kertas-kertas kerja atau pidato umum bahkan beliau turut memberi ceramah-ceramah mengenai kesihatan dan sains menerusi Radio Malaysia dan kerana ini beliau juga dikenali sebagai ‘Doktor Radio’...”

“...Tidak ketinggalan Prof. Dato’ (Dr.) Ungku Omar turut bergiat di bidang Bahasa Sastera dan Budaya dan merupakan salah seorang anggota ASAS 50 dan tidak ketinggalan menghadiri perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh angkatan ini semasa kemuncak kegiatan-kegiatan mereka. Banyak daripada rencana-rencana kreatif beliau termuat dalam majalah-majalah Mastika dan Dewan Masyarakat...”

“...Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar berkahwin dengan sepupunya Tengku Khatijah Sulaiman pada tahun 1952 dan dikurniakan enam orang anak, lima orang perempuan dan seorang lelaki...”

“...Di saat-saat negara bangsa dan keluarganya masih dahagakan kepimpinan beliau, Profesor  Dato’ (Dr.) Ungku Omar kembali ke rahmatullah pada 15 Februari 1969 dalam usia 38 tahun. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas rohnya dan meletakkan Allahyarham di kalangan mereka yang dikasihinya.”

Special note about Ungku Omar (extracted from www.malaysianinsider.com)

Acute moral decadence plaguing the Malay youths today is reminiscent of what was described of the Malays, a hundred years or so ago: poor, lazy and indolent, habitually waking up late, addicted to opium, caught up with cock fighting, gambling and all other kinds of entertainment. Flabbergasted Malays condemned the writer as a British stooge, paid to disparage them. Apart from that they did nothing and remained snug in their cocoon.

Great motivator

Outraged, a few Malays of later generations took it as a challenge. Among them was the valiant son, Ungku Omar (Datuk Dr Ungku Omar). He was an assistant District Officer (ADO), a glamorous, well-paid job, a rare attainment for a Malay during the British time. He decided to study science from scratch to enable him to study medicine. He sought permission of his British boss, the District Officer (DO), to study part-time. His bosses’ spontaneous response was to get his head examined!

Ungku Omar pursued. With relentless hard work, he qualified to study medicine and eventually became a medical doctor. He was later employed as a lecturer in one of the American universities, specialising in tropical medicine. Later, he was appointed as head of the Institute for Medical Research (IMR) in Kuala Lumpur.

Ungku Omar died of coronary thrombosis in his early forties. To commemorate this great motivator, Politeknik Ungku Omar in Ipoh was named after him.

Datuk Dr Ungku Omar negated the people’s negative perception of the Malays. The Malays were not lazy, but given the opportunity, they would excel. But where were the opportunities those days?

Ungku Omar was an exception who possessed the rare qualities that others didn’t. He did not wait for opportunity to unfold before him, but he created and found the opportunity himself — the hallmark of success!

Allahyarham PROF DATO DR UNGKU OMAR BIN UNGKU AHMAD - (18 Jan 1931 - 15 Feb 1969)
Allahyarham Dato' Dr Ungku Omar Ungku Ahmad merupakan seorang tokoh perubatan Melayu dan ahli sains yang berkaliber yang sentiasa memikirkan soal pembangunan bangsa dan agama. 

Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bharu, Johor dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak, Johor. Kecemerlangannya telah membawa beliau ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya mememasuki Universiti Malaya, Singapura. Setelah menamatkan pengajian perubatan pada tahun 1957 dan latihan doktor di Johor Bharu, Ungku Omar telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur. 

Pada tahun 1961, Ungku Omar telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan memperolehi Diploma di bidang Patologi daripada Royal College of Physicians London dan Royal College of Surgeons pada tahun 1962. Pada tahun yang sama allahyarham telah dilantik menjadi Pendaftar di Jabatan Patologi, Royal Free Hospital, School of Medicine, London. Selepas dua tahun berkhidmat beliau telah dilantik sebagai Pendaftar Kanan dan diterima menjadi Ahli College of Pathologist, London. 

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) pada tahun 1965. Pada tahun yang sama juga, Dr Ungku Omar telah diterima sebagai ahli Institute of Biology, London. Seterusnya pada tahun 1967, beliau telah dianugerahkan Ahli Kehormat College of American Pathologist, Amerika Syarikat. 

Sekembalinya beliau ke tanahair, Dr Ungku Omar Ungku Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan dan beliau merupakan anak Melayu yang pertama memegang jawatan tersebut. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan sebanyak 40 kertas kerja tentang bidang pengkhususannya. Prinsipnya, 'Kesihatan itulah kemajuan, Tak sihat manakan maju' telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan Bahasa Melayu dalam Bidang Perubatan Negara. 

Dato Dr Ungku Omar telah memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Menurut sesetengah pihak, beliau merupakan di antara orang yang penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan UKM. Penubuhan UKM merupakan titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana ianya merupakan universiti yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan seterusnya memertabatkan bahasa Melayu. 

Pelbagai jawatan telah dipegang oleh beliau, antaranya ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan, Pengarah Perkhidmatan Membasmi Malaria, Pengarah Makmal Perubatan dan Kesihatan Malysia, Ahli Jawatankuasa Pakar Kementerian Kesihatan Malaysia, Ahli Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika (SEAMEC ), Ahli Jawatankuasa Sains Sosial UNESCO dan lain ? lain lagi. 

Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia yang begitu muda, 38 tahun tetapi jasanya kekal hingga kini dan sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau, namanya telah diabadikan pada sebuah pusat pengajian tinggi, Politeknik Ungku Omar.

Sumber: http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html.



  • Hard grind to unravel MH370 mystery
      (¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
    Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
    dan 
    kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman 
    kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk. 

    Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
    Meja peceq.blogspot.com  . 


    My Dashboard. 
    s3v3n


    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: