Ahad, 16 Ogos 2015

5737. Mengapa UMNO sentiasa terkehadapan di hati sebahagian besar rakyat Malaysia.

#
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆


اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

Firman Allah  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)
“”
Sebagai parti tunjang pemerintah berpuluh-puluh tahun adalah menjadi kelebihan kepada UMNO untuk memenangi hati rakyat. 

Dari segi keahlian partinya, sejarah lampau UMNO terhadap pihak pesaing tertutup rapi dan tidak ramai yang tahu, pengundi yang setia iaitu undi turun temurun dari semua anggota sebuah rumah/keluarga, sikap Melayu yang sukar berubah, sukar untuk mempercayai pihak lain, termakan budi, terikut-ikut, peranan kempen anggota petugas pilihan raya atau peraih undi, peranan pemberian hadiah pilihan raya dan dimomok-momokan/ditakut-takutkan/diperdaya, adalah sebahagian rempah ratus UMNO untuk memenangi hati pengundi. (SINI

Apakah parti pesaing ada aset pengundi kekal yang besar jumlahnya seperti di pedalaman, di kampung-kampung dan perumahan atau petempatan FELDA? Ada? 

Faktor dalaman 

Isu Bangsa dan Ketuanan Melayu telah menjadikan UMNO pemenangnya di kalangan sebahagian besar pengundi dan masyarakat Melayu. Melayu juga memperakui dan mengesahkan UMNO pejuang tulin Melayu yang berlambangkan keris udo Sedangkan kalau hendak buat-buat telahan nakal, hakikatnya nama UMNO sendiri dari singkatan keperibadian Bahasa bekas penjajah Inggeris. 

Pengundi Melayu menghalalkan pemberian status warga negara Tanah Melayu oleh UMNO kepada nenek moyang bangsa China dan India sebelum 1957 tanpa syarat dan sebagai sebahagian syarat untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari British. Bila timbul isu dan orang India dan China yang bersuara sebagai Warga Negara Malaysia, maka lantanglah Melayu UMNO ada yang bersuara “Balik Negeri” dan ada yang sanggup melebel parti lawan sebagai komunis, sedangkan kalau ikutkan undang-undang Malaysia mengharamkan komunis. Maaf. Belum lagi yang berkulit gelap dan berbahasa ibuda bukannya Bahasa Melayu, tetapi di Kad Pengenalan tertulis Bangsa Melayu, itu pun Melayu tak kisah. Kenapa perlu memainkan sentimen bangsa dalam usaha perpaduan kaum yang telah dilakar oleh Pemimpin UMNO terdahulu dan seterusnya menjadikan Malaysia Negara yang diredhai dan dirahmati Allah. 

Ikuti ucapan Presiden MIC yang pertama dalam menghargai atau tentang orang Melayu... 

Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya disini apakah yang dilakukan oleh orang MELAYU? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.
Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? (SINI)
Kepada penyokong dan pengundi Melayu mereka sentiasa menghalalkan apa yang dilakukan UMNO. Walau pun UMNO telah bertanggung jawab menjadikan nama Tanah Melayu terhapus dari peta dunia dan berganti dengan nama Malaysia. Itu pun ada juga pemikiran jahat, mentafsirkan Malaysia sebagai Malay-si-a “Melayu Mati” 

Sebagai contoh dulu sebelum penswastaan TNB dikenali sebagai LLN (Lembaga Letrik Negara Tanah Melayu) Hampir-hampir KTM terhapus dari jenama terakhir Melayu, yang akhirnya setelah melalui timbang tara dijenamakan semula sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad yang telah pun kehilangan landasannya hingga ke Tanjong Pagar, Singapura buat selama-lamanya. 

Kalau menyentuh soal penswastaan kita tanya kepada yang lebih arif terutama Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun Tun Dr Mahathir. Berapa Kerajaan Malaysia dapat, siapa yang menguasai syarikat-syarikat swasta yang berjaya memilik aset yang asalnya Khazanah Rakyat Malaysia. Tanya juga tentang Perbadanan Putrajaya. Tanya juga dengan Pak Lah yang juga Bekas Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir, tentang penyerahan kedaulatan dua blok minyak kepada Brunai dan juga persyarikatan kenderaan rasmi Kerajaan Malaysia untuk YDPA, PM, TPM, kenderaan Tentera, Polis, Hospital dan sebagainya. Kedua-dua bekas PM masih hidup sihat walafiat hingga kini. 

Sebelumnya orang Melayu juga menghalalkan tindakan UMNO menyingkirkan Singapura dari Gagasan Malaysia pada tahun 1965. Yang kononnya tanggapan kepada sesetengah daripada mereka pada waktu itu tak mana majunya tanah sekangkang kera. Sedangkan sebelumnya Singapura adalah sebahagian dari JOHORE [Johor Empire - (SINI)] sebelum Perjanjian Inggeri Belanda/Persetiaan London 1824.  (SINI)
Hal ini telah berjaya UMNO lakukan dan menjadi halal setelah menjogetkan sebahagian besar minda Melayu pada masa itu. Jika tidak masakan Pengasas UMNO Dato' Onn bin Jaafar akhirnya keluar dari UMNO sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Diulangkan Malaysia mencapai kemerdekaan atas nama Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Malangnya nama Tanah Melayu telah pun terkubur dan takkan nampak sampai bila-bila. 
middle rock island 230508
Tambah malang Singapura memenangi tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh terletak berhampiran dengan pulau-pulau sekitarnya seperti Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara Batuan Tengah milik Malaysia [1] [2] [3] StatusTubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak. [4](SINI) Itu pun Bangsa Melayu masih menghalalkan tindakan UMNO. Tambah menarik adanya pula pemimpin Melayu UMNO yang bukan asal Johor menyatakan hal (yang menjadi tragedi) itu sebagai “Win Win Situation” (SINI)

Betulkah Malaysia punya harapan untuk memiliki semula Pulau Batu Puteh pada dengan tempoh yang berakhir pada tahun 2018. Alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa Singapura telah beraktiviti di Pulau Batu Puteh sejak 1850-1953... (SINI)
Sehinggakan PETRON yang mendapat ruang sebagai pesaing dilokaliti tempatan kepada PETRONAS, dengan memenangi pengambil alihan MOBIL, pun  ramai Melayu tidak kisah sebab beranggapan syarikat petrol yang berasal dari Filipina itu milik anak bekas PM Malaysia. 

Isu Agama - ISLAM - memperakui dan mengesahkan UMNO pejuang tulin ISLAM. Hakikatnya ikut sejarah Hukum Huddud pun masih terkapai-kapai untuk dilaksanakan di Malaysia. Malah ada pemimpin atau bekas pemimpin UMNO yang menyatakan negatif tentang Hukum Huddud. Hukum Huddud untuk orang berAgama Islam sahaja. Apakah kerana ketakutan atau memang buat-buat tak reti Hukum Huddud itu Hukum Allah. Bukan tak ada kes-kes  perempuan Islam dipecat kerana berpakaian Islam dari jawatannya dan pelajar-pelajar Islam disingkir dari Universiti kerana berpakaian Islam. Apa yang terjadi dan tidak sepatutnya terjadi di Negara Islam, ramai artis perempuan Islam dan perempuan Islam berpakaian tetapi telanjang, tidak diambil tindakan. 

Kalau masa pilihan raya undi pembangkang nanti negara jadi macam Singapura dan Pulau Batu Putih. Lupakah mereka di tangan siapakah Singapura dan Pulau Batu Putih itu terlepas kedaulatannya. Azan tidak berkumandang. Sedangkan bila Azan berkumandang berapa ramai orang Islam tidak peduli dengan seruan itu dan malah tega bercakap-cakap di kedai makan, di pusat membeli belah, di padang bola sepak, di stadium badminton dan bagai. Itu belum kira lagi Azan Subuh di Surau dan Masjid yang terus terlentang di kamar sampai melangkau waktu Dhuha. Nauzubillah MinzaliQ. 

Tanggapan Kuno “UMNO adalah kerajaan dan Kerajaan adalah UMNO” Mungkin kepada sebahagian mereka tiada langsung istilah kamus “Demokrasi” dalam jiwa pengundi yang diperdaya dan terperdaya. Jadinya kalau tidak menyokong dan mengundi UMNO pada tanggapan mereka, orang itu menentang kerajaan dan tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan. Sedangkan tiada pun bendera UMNO berkibar rasmi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Putrajaya. Kerana keadaan ini maka jangan haraplah mana-mana pemimpin yang ketara melanggar prinsip pemimpin sanggup meletakan jawatan seperti pemimpin negara lain. 

Faktur luaran: 

Parti Pesaing yang tidak mantap. Parti baru dianggotai bekas-bekas ahli UMNO - akhirnya wujud ahli berpaling tadah kembali kepada UMNO setelah memenangi kerusi pilihan raya atas tiket pesaing. Bercakaran sesama sendiri. 

Persempadanan semula kawasan pilihan raya juga memberi impak besar kepada parti yang memerintah. Hal ini secara langsung memberi kelebihan kepada parti memerintah dan dapat memberi gambaran awal untuk parti memerintah memenangi kawasan yang telah disempadankan semula dan pertambahan kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. 

Mengekspot ahli parti untuk hipokrit menjadi ahli parti lawan atau pesaing sebagai langkah berjaga-jaga dan sebagai langkah menghuru harakan keseimbangan dan kesinambungan parti lawan. Sehingga ahli parti berjaya mendapat kepercayaan sebagai pemimpin di pihak parti lawan. Siapa untung dan siapa rugi. Ibarat Musang berbulu ayam, Musuh dalam selimut dan akhirnya bukan sahaja Harapkan pagar, pagar makan padi, tetapi dengan pagar-pagar dan padi-padi sekali kena jual. 

Sebagai Kakitangan kerajaan mesti undi bekas parti memerintah, sedangkan semasa pilihan raya kerajaan yang ada ialah kerajaan sementara. Sesetengahnya terikat dengan tanggapan kuno “UMNO adalah kerajaan dan Kerajaan adalah UMNO” "Sebahagiannya takut untuk mengundi selain dari UMNO dan memihak kepada parti kawanannya. 

Pengundi tanpa parti yang membabi buta yang turut terikut-ikut atau terikat dengan konsep kuno “UMNO adalah kerajaan dan Kerajaan adalah UMNO” Cukup tebal dan mendalam, konsep ini dalam jiwa ahli dan penyokong UMNO. 

Gula-gula pilihan raya - Projek itu ini oleh kerajaan sementara yang biasanya dikuasai oleh parti pemerintah sebelumnya menjadi buah tangan popular sesebuah kawasan pilihan raya dalam usaha memenangi hati rakyat. Menabur janji dan sokongan bagai, juga menjadi halwa telinga dan minda terindah, buat pengundi-pengundi dan apa lagi penyokong dan pendokong parti. 

Faktur-faktur diluar jangkauan kotak pemikiran. 

Yang berpura-pura menjadi ahli parti pesaing dan akhirnya terpilih menjadi sebahagian pemimpin. Jenis keahlian ini mendatangkan bahaya kepada mana-mana parti. Adanya anasir-anasir parti pesaing yang berpura-pura menyokong parti lawan dan terpilih menjadi calon pilihan raya dan bila memenangi kerusi pilihan raya tanpa peduli dengan prinsip perjuangan, telah sanggup menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negeri yang pernah berpaling tadah. 

Dakwaan penipuan dan segala bagai terhadap parti yang berjaya berkuasa. Siapa yang hendak mengaku  “kentut di khalayak” Akhirnya dakwaan ini sekadar andaian dan tertutup dengan sendirinya ditelan hari. Mungkin menjadi cukup beruntung hal itu tidak dipanjangkan ke mahkamah atas sebab ketiadaan bukti dan dianggap hanya sekadar cakap-cakap kosong sebagai pemeriah atau hiruk pikuk pilihan raya. 

Di Malaysia belum lagi ada undang-undang yang mewajibkan warga negaranya mengundi. Sebahagian yang layak mengundi, mengambil sikap tidak peduli untuk menjadi pengundi yang layak. Kesedaran dan peranan mendaftarkan seseorang warga negara sebagai pengundi dilakukan oleh pihak parti. Kepada sesetengah mereka adalah memadai sekadar cukup menjadi tukang sorak, tukang kacau, tukang bersenda gurau dan tunjuk-tunjuk menyebuk di waktu pilihan raya. 

Rumusan. 

Hasilnya UMNO kekal memerintah berpuluh-puluh tahun dengan kadar pencukaian barangan dan perkhidmatannya meningkat kepada 22% yang sebelum hanya 16% [pertambahan 6% GST (Bukan Geng Songkok Tinggi)] Sampaikan bila ada GST akan mendatangkan harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih murah, ramai penyokong UMNO percayai dan pada menyatakan “sikit punya hal” kepada sebilangan Totok UMNO. Paksi mereka adalah konsep kuno “UMNO adalah kerajaan dan Kerajaan adalah UMNO” 

Totok UMNO juga tidak kisah dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sekarang, sedangkan sebahagian barang keperluan terpaksa diimpot termasuklah petrol dan desel untuk kegunaan tempatan. Mana yang sedikit tahu kononnya, akan menyatakan “Aku bukan melancong ke luar negara pun, apa perlunya pertukaran dengan nilai mata wang asing.” Hakikatnya rakyat Malaysia akan membayar lebih mahal barangan impot termasuklah harga bahan petroleum. Agaknya mereka berfikir gandum, kentang, bawang, rempah ratus dan segala bagai, ditanam dan dihasilkan dengan banyaknya di Sabah, Sarawak, Pahang, Perlis dan serata tempat di Malaysia. 

UMNO akan terus menang dan menang dalam setiap pilihan raya Malaysia. Apa lagi jikalau UMNO terus berkonsepkan dan berprinsipkan AMANAH dan berpegang kepada Hukum Allah. 

Aamiin. 
  • #

    Peristiwa Penting UMNO

    Januari 1946
    Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah.
    3 Januari 1946
    Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.
    4 Mac 1946
    Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.
    29 dan 30 Mac 1946
    Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union.
    1 April 1946
    Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan.
    11 dan 12 Mei 1946
    Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua.
    29 dan 30 Jun 1946
    Mesyuarat Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab (Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera UMNO.
    27 dan 28 Julai 1946
    Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera UMNO.
    10-12 Januari 1947
    Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan contoh perjanjian negeri-negeri Melayu telah disusun oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotaiseramai 12 orang.
    11- 13 Mei 1947
    Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu, Kelantan berdebat mengenai perlunya parti menubuhkan cawangan di seluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-persatuan Melayu sahaja. Dato Haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin bin Abas.
    2 – 4 September 1947
    Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak Melayu.
    21 Januari 1948
    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di Kings House, Kuala Lumpur.
    1 Februari 1948
    Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union.
    28 dan 29 Mei 1949
    Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong, Arau, Perlis telah memutuskan satu perlembagaan baru membolehkan orang perseorangan mendaftar terus dan UMNO tidak lagi terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya. Dengan itu juga, struktur pentadbiran UMNO berubah menjadikannya empat peringkat iaitu Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan. Terdapat tiga pertubuhan yang tidak bersetuju dengan perubahan untuk menjadi Ahli Bergabung dengan UMNO.
    25 Ogos 1949
    Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth, satu badan yang dikenali sebagai Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih sebagai Ketua. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, nama badan tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita.
    26 Ogos 1949
    Persidangan Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato Onn Jaafar sebagai Penasihat. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda. Keputusan untuk menubuhkan sebuah Pergerakan Pemuda sebenarnya telah ditetapkan di dalam Undang-undang tubuh UMNO yang diluluskan pada 29 Mei 1946.
    20 Februari 1950
    UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama Se-Malaya di Muar, Johor bagi memperjuangkan soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO.
    11 Jun 1950
    Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima. Persidangan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini telah menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kecaman dan tuduhan berat terhadap Dato Onn bin Jaafar berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC. Bagamaimanapun cadangan kerakyatan diterima dengan pindaan berikut: Menambah syarat-syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap di sini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Melayu.
    12 Jun 1950
    Dato Onn yang kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terhadapnya telah meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua pada hari kedua Persidangan.
    20 Julai 1950
    Satu rombongan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian UMNO dan penduduk kampung telah berarak ke rumah Dato’ Onn di Johor Bahru untuk memujuk beliau menyertai semula UMNO. Beliau bersetuju memimpin UMNO semula dengan syarat beliau tidak dikecam lagi.
    27-29 Ogos 1950
    Pada Persidangan tahun ke-5, Dato Onn bin Jaafar telah diberi sambutan yang meriah dan beliau memegang semula jawatan Yang DiPertua. September 1950 Cadangan UMNO mengenai Rakyat diluluskan dan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri Melayu. Ia telah menjadi asas kepada Undang-undang Kerakyatan 1951.
    4 Februari 1951
    Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan Hidup Melayu ditukarkan kepada Merdeka, sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak diadakan.
    23 dan 25 Mac 1951
    Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan Merdeka sebagai seruan rasmi UMNO.
    Jun 1951
    Pada November 1950, Dato Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat Malayan. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin meMalayankan Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.
    25 dan 26 Ogos 1951
    Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.
    8 Januari 1952
    UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.
    23 Ogos 1953
    Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan.
    1 Februari 1954
    Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L. Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar.
    27 Julai 1955
    Pilihan Raya Persekutuan diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan Perikatan memenangi 51 kerusi.
    31 Julai 1955
    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan. Pembukaan rasmi Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman) Kuala Lumpur oleh Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan.
    26 dan 27 Disember 1955
    Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan. Sebelum itu Tun Sardon telah ke Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas. Turut berada di situ ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan.
    1 Januari 1956
    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Dato Hussein, Tun Dr. Ismail Dato Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.
    31 Ogos 1957
    Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
    19 Ogos 1959
    Pilihanraya Umum yang pertama selepas Merdeka bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat. UMNO memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar.
    27 Mei 1961
    Tunku Abdul Rahman Putra menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura.
    4 November 1961
    Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur. Persidangan ini mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia.
    21 Jun 1962
    Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.
    23-25 Jun 1962
    Konvensyen Pergerakan Permuda UMNO diadakan bagi menyatukan tenaga Pemuda dalam memelihara masa depan negara.
    25 April 1964
    Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua diadakan. Dalam pilihanraya ini UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang dipertandingkan.
    20 Mei 1964
    Majlis Kerja Tertinggi UMNO membincangkan soal mengembangkan UMNO ke Sabah dan Sarawak.
    2 Mac 1965
    Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan susunan pentadbiran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO diselaraskan dengan pentadbiran UMNO Malaysia.
    10 Mei 1969
    Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan. UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihanraya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi.
    13 Mei 1969
    Peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan.
    22 September 1970
    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak Dato Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru.
    23 dan 24 Januari 1971
    Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel, Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang DiPertua UMNO dan Tun Haji Abdul Razak Dato Hussein telah dipilih sebagai Yang DiPertua UMNO yang baru.
    Februari 1971
    Parlimen dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru serentak dengan Rancangan Malaysia ke-2 diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan Perlembagaan Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan.
    11 Mei 1971
    Perayaan 25 tahun UMNO disambut secara besar-besaran di Kuala Lumpur.
    1 Januari 1973
    Penubuhan rasmi kerajaan Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat.
    2 Ogos 1973
    Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman, Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia dan Tun Hussein Onn memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.
    13 Ogos 1973
    Rombakan kecil kabinet berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Ghazali Shafie sebagai Menteri Dalam Negeri.
    17 Januari 1974
    Perjumpaan antara beberapa buah parti dalam kerajaan campuran bagi membincangkan pelaksanaan konsep Barisan Nasional.
    1 Jun 1974
    Barisan Nasional didaftarkan secara rasminya.
    23 Ogos 1974
    Pilihan Rraya umum ke-4. Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang diperuntukkan iaitu sebanyak 61 kerusi.
    30 November 1975
    Sidang Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi kepercayaan kepada Dato Harun Idris selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
    14 Januari 1976
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn mengantikanbeliau sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO.
    5 Mac 1976
    Pembentukan kabinet baru Tun Hussein Onn. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
    17 Disember 1977
    PAS terpecat dengan sendirinya dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan.
    8 Julai 1978
    Pilihanraya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 kerusi daripada 74 kerusi yang dipertandingkan.
    11 Mac 1978
    Pilihanraya Negeri Kelantan diadakan setelah pemerintahan darurat ditamatkan. Barisan Nasional berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959.
    15 September 1978
    Perhimpunan Agung UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur telah memilih Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Presiden.
    30 Mei hingga 1 Jun 1980
    Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO diadakan di Kuala Lumpur bagi merumuskan langkah-langkah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
    15 Mei 1981
    Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO.
    Jun 1981
    Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.
    22 April 1982
    Dalam Pilihan Raya Umum yang ke-6, Barisan Nasional telah menang besar dengan memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan.
    9 September 1982
    Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dato Seri Anwar Ibrahim menewaskan Dato Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10 undi, bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
    25 Januari 1984
    Majlis Tertinggi UMNO bersetuju USNO dipecat daripada Barisan Nasional kerana menentang tindakan menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.
    26 September 1985
    Perasmian Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra, di Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.
    29 Februari 1986
    Dato Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.
    29 Februari 1986
    Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membincangkan perletakan jawatan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat bersetuju memujuk Dato Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.
    7 Mei 1986
    YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Dato Musa Hitam.
    3 Ogos 1986
    Pilihan Raya Umum yang ke-7, peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung). Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 83 kerusi daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.
    24 April 1987
    Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. YAB Encik Ghaffar Baba pula menewaskan Dato Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.
    25 Julai 1987
    Kumpulan 12 ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak sah.
    4 Februari 1988
    Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.
    13 Februari 1988
    Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
    16 Februari 1988
    UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional.
    28 Januari 1989
    Pilihan Raya kecil bagi kawasan Parlimen Ampang Jaya, calon BN dari MCA, Ong Tee Kiat menewaskan calon Semangat 46 iaitu Dato Harun Idris.
    29 Mei 1990
    Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn meninggal dunia di San Francisco kerana sakit jantung dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
    21 Oktober 1990
    Pilihan Raya Umum yang ke 8, diadakan dan Barisan Nasional memenangi 127 kerusi daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. UMNO memenangi 71 daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.
    6 Disember 1990
    Perdana Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya dikebumikan di Makam DiRaja Alor Setar, Kedah.
    21 Februari 1991
    Presiden UMNO , Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan UMNO Sabah dan YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang pertama.
    15 Oktober 1993
    YAB Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
    4 November 1993
    Perhimpunan Agung UMNO 1993, Dato Seri Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, kemudian pada 1 Disember 1993 dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. April 1995 Pilihanraya Umum yang ke-9, UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan.
    5 September 1997
    Perhimpunan Agung Khas UMNO telah mencadangkan agar perkataan Baru pada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) dimansuhkan. Dengan itu nama yang diguna pakai ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
    2 September 1998
    Mesyuarat Majlis Tertinggi telah memecat Dato Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah guna kuasa dan perlakuan sumbang oleh mahkamah.
    2 Januari 1999
    Naib Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
    November 1999
    Pilihan raya Umum yang ke-10, UMNO memenangi 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi yang dipertandingkan.
    11 Mei 2000
    Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO.
    Oktober 2000
    Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang dianggotai oleh ahli-ahli yang tidak mempunyai kepentingan tertentu dalam politik.
    12 Januari 2001
    Tokoh veteran UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru ditubuhkan.
    8 Februari 2001
    Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS mencadangkan tarikh 19 Februari 2001 sebagai tarikh pertemuan kedua-dua parti tersebut. Dalam pertemuan ini, setiap parti akan diwakili oleh enam orang ahli yang diketuai oleh Presiden parti.
    16 Februari 2001
    Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS bermesyuarat. PAS mengenakan tiga tuntutan untuk merialisasikan pertemuan ini iaitu: i – mengembalikan royalti minyak (wang ihsan) Kerajaan Terengganu yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. ii – membenarkan penerbitan akhbar rasmi parti Harakah dua kali seminggu dan menolak cadangan UMNO untuk membuang perkataan Islam dalam parti politik. Bagi pihak UMNO, pertemuan UMNO-PAS tersebut hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayu yang terbahagi kepada empat agenda seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu: i – Hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ii – Agama Islam sebagai agama rasmi, dan; iii – Status Raja-raja Melayu Pertemuan UMNO-PAS gagal dilaksanakan pada tarikh yang dicadangkan dan ditangguhkan.
    30 Mac 2001
    Azalina Dato Othman Said dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri UMNO, dengan dianggotai oleh 20 orang Jawatankuasa Penaja. Tujuh orang daripadanya dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi manakala 13 orang yang lain dipilih melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri.
    27 Julai 2001
    Sekretariat bebas ditubuhkan bagi meneliti rayuan ahli-ahli UMNO berkaitan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sekretariat panel rayuan ini diketuai oleh Datuk Mohd. Zuki Kamaluddin.
    10 Mei 2002
    Majlis Tertinggi UMNO bersetuju supaya Ketua Puteri UMNO diiktiraf sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO setaraf dengan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda kerana mereka juga adalah sebagai sayap UMNO.
    22 Jun 2002
    Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas diadakan bagi: i – membincangkan pengumuman Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan serta mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berikutan pengumuman perletakan jawatan tersebut. ii – bersetuju meminta semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri supaya memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai senario sebenar dan menyetujui bahawa Dato Seri Dr. Mahathir akan kekal memegang semua jawatan seperti biasa.
    25 Jun 2002
    Majlis Tertinggi menghormati hasrat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada Oktober 2003 dan menyokong rancangan peralihan kuasa yang digariskan.
    3 Ogos 2003
    Presiden UMNO Dato Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
    31 Oktober 2003
    Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Perdana Menteri dan Bendahari UMNO. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyandang jawatan sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
    21 Mac 2004
    Pilihan raya umum ke-11. UMNO memenangi 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah pencapaian paling cemerlang Barisan Nasional dalam sejarah pilihan raya.
    16 September 2004
    Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menutup pintu terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang usaha untuk membawanya kembali ke dalam parti.
    23 September 2004
    Perhimpunan Agung UMNO 2004 memilih Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden. 3
    Disember 2004
    Majlis Tertinggi menolak cadangan untuk menubuhkan Pergerakan Veteran UMNO sebagai sayap baru parti tetapi bersetuju supaya ia hanya berbentuk Kelab Veteran UMNO bagi membolehkan golongan tersebut terus menyumbang kepada parti
    5 Februari 2005
    Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menetapkan sasaran membentuk personaliti Melayu Unggul (Towering Malays) dalam Majlis Amanat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.
    25 Mac 2005
    Majlis Tertinggi meluluskan penubuhan Putera UMNO sebagai satu gerakan baru Pemuda ke arah memantapkan lagi perjuangan parti dan ia lebih bersifat kepada aktiviti sosial.
    11 Mei 2005
    Presiden UMNO Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan 11 Mei sebagai Hari UMNO dan dalam majlis yang sama Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Ismail dipilih sebagai penerima anugerah Melayu Terbilang.
    19 Jun 2005
    Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merasmikan penubuhan Putera UMNO, di Stadium Hang Tuah, Melaka. 21 Januari 2006 Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melancarkan kempen penambahan ahli baru yang dinamakan Keluargaku Ahli UMNO di Dewan Merdeka, PWTC. Kempen ini mensasarkan peningkatan bilangan ahli sebanyak 10 peratus atau 330,000 anggota baru menjelang pertengahan tahun 2006 dengan menekankan kualiti ahli dan menggunakan kekuatan hubungan kekeluargaan ahli UMNO sendiri.
    23 April 2006
    Mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah dalam usia 81 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham mengabdikan hampir seluruh hidupnya dalam perjuangan politik tanah air termasuk menentang perjuangan menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1940-an. Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.


    Sumber: (http://www.umno-online.my/sejarah/peristiwa-penting/











    Muhammad al fatih

    Dikongsi secara umum  -  Semlm 2:54 PTG





    Hard grind to unravel MH370 mystery
    (¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
    Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
    dan 
    kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman 
    kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk. 

    Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
    Meja peceq.blogspot.com  . 


    My Dashboard. 
    s3v3n


    s3v3n.

    Pesan buat Najib Dari Shafie Apdal

    Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 7 jam yang lalu
    Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini perpesan kepada "sahabat lama" belilau, kesetiaan yang diberikannya adalah kepada parti dan bukan terhadap mana-mana pemimpin. Beliau yang juga Ketua Umno Semporna berkata, parti itu perlu mendapatkan keyakinan rakyat kerana tidak mahu Sabah kembali diperintah pembangkang seperti pernah berlaku sebelum ini. "Ini boleh tolong sampaikan kepada PM. Kami berkawan lama, kesetiaan kita (adalah) kepada parti dan bukannya berpaksi pada kawan semata-mata," katanya disambut sorakan perwakilan dan pemerhati di Semporna hari ini. Kata beliau, rakyat perl... lagi »


    Jaga ahli Umno sahaja tidak cukup untuk menang PRU14, kata Khairy

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 7 jam yang lalu
    [image: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata ahli parti perlu menerima hakikat kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015.] Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata ahli parti perlu menerima hakikat kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara ini. Menjaga ahli Umno sahaja dan bergantung kepa... lagi »


    Dana Asing: Dr Mahathir turut minta dan terima bantuan negara Arab, kata Salleh

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 7 jam yang lalu
    [image: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, mengatakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015.] Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, mengatakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata bekas per... lagi »


    HANGAT!!! Akuan Bersumpah untuk singkir Najib. Adakah Muhyiddin akan disenyapkan

    kerengga pada KERENGGA - 7 jam yang lalu
    KUALA LUMPUR: Seorang tokoh UMNO didakwa sedang berusaha usaha untuk mendapatkan Akuan Bersumpah daripada Ahli Parlimen sama dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara tersebut setelah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang beliau sangat


    KM Penang kesal PM tak jawab isu RM2.6 bilion

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 8 jam yang lalu


    Pentadbiran PAS Kelantan gagal teruskan corak kepimpinan Nik Aziz

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 8 jam yang lalu
    [image: Post Pic] KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw mendakwa corak pentadbiran kerajaan negeri Kelantan tidak memenuhi hasrat serta kehendak rakyatnya kerana dilihat lebih menumpukan kepada agenda keagamaan berbanding keperluan umum. Justeru tegas beliau, keadaan itu mewujudkan jurang perbezaan yang ketara dari sudut pentadbiran ketika di bawah kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Sebelum ini Allahyarham tok guru Nik Aziz telah melaksanakan pelbagai dasar yang dapat memenuhi hasrat atau kehendak semua lapisan masyarakat. ... lagi »


    Isu 1MDB perlu selesai demi kredibiliti Umno, kata Hishammuddin

    Mohd Sulaiman pada Wak Labu Farm - 8 jam yang lalu
    Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara 1MDB akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015. Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan bagi memastikan kredibiliti Umno tidak terjejas, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Justeru, katanya, biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara itu akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesai... lagi »


    NUNJI15 langkah awal projek fiqh Malaysia - Dr Mujahid

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 9 jam yang lalu
    Oleh: Fatin [image: Foto Harapan Baru.] SHAH ALAM: Satu kompak Fiqh Malaysia bakal dibentuk melalui Nadwah Ulamak Nadhah Jadidah 2015 (NUNJI15) anjuran Gerakan Harapan Baru (GHB) yang berlangsung hari ini. NUNJI adalah satu perbincangan mengenai langkah awal mendapatkan input daripada tokoh pemikir Islam dan asatizah bagi merangka satu gambaran fiqh tempatan bagi Malaysia. Pengarah NUNJI15 Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, bagi mendapatkan satu Fiqh Malaysia yang kompak ianya perlu memahmi realiti Malaysia dengan keadaan masyarakt yang majmuk serta ekonominya. "Malaysia belum ada s... lagi »

    Fiqh Malaysia penyelesaian kepada ketegangan hubungan kaum

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 9 jam yang lalu
    [image: Foto Harapan Baru.] Oleh: Hazayani Zakaria SHAH ALAM: Malaysia memerlukan satu ketetapan tentang suasana setempat dalam menentukan tindakan yang tidak bercanggah dengan prinsip syariah. Pengarah program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (Nunji 15), Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, keperwakilan dalam Parlimen Malaysia yang membahaskan isu Islam sudah tentu tidak sama semangatnya dengan ahli parlimen yang majoritinya adalah muslim. "Peluang kepada ketegangan hubungan antara agama di Malaysia agak tinggi sehingga memerlukan keutamaan hubungan ini dipelihara berbanding dengan seg... lagi »


    Di bawah Dr Mahathir, Umno membawa maksud ‘U must not oppose’ (Anda tidak boleh membantah)

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 9 jam yang lalu
    oleh Mariam Mokhtar Minggu lalu, apabila Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa demokrasi telah mati di bawah Najib Razak, sesetengah orang tertanya-tanya adakah beliau sedang menderita amnesia terpilih. Demokrasi telah mati apabila Malaysia menjadi negara aparteid, dan orang Melayu dianggap lebih unggul, dan bukan Melayu tidak dilayan sama rata. Tun Salleh Abas Demokrasi telah mati apabila Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas telah dipecat pada tahnu 1988, dan badan kehakiman tidak lagi perlu menjawab kepada Parlimen, dan perlu menjawab kepada pejabat perdana menteri. Demokrasi tela... lagi »


    Apa yang dilakukan kerajaan tentang ringgit yang semakin jatuh merudum?

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 9 jam yang lalu
    oleh Joe Leong Tiada sebarang tanda-tanda kejatuhan ringgit akan berhenti dengan ia jatuh kepada nilai rendah baru 4.0805 pada penutup dagangan mingguan pada jam 5 petang 14 Ogos. Dalam masa sama, Indeks Komposit Kuala Lumpur telah jatuh 24.8 mata kepada bawah paras genting 1,600 kepada 1,596.82, paling rendah sejak Jun 2012. Ringgit jatuh melalui paras sokongan 3.9 terhadap Dollar Amerika pada 6 Ogos ketika ia jatuh kepada 3.9125 terhadap Dollar Amerika pada 5 petang hari itu. Ringgit telah jatuh kepada nilai rendah niaga harian pada 4.1270 berbanding Dollar Amerika pada 14 Ogos se... lagi »

    BERI MASA UTK SELESAIKAN KE, ATAU BERI MASA UTK MENYAMUN LAGI?...

    atsixty pada ZAKRI ALI - 9 jam yang lalu
    Zaki Yamani [image: Zaki Yamani's photo.] *DGN PELBAGAI PENDEDAHAN YG DIBUAT OLEH PEMIMPIN2 UMNO SENDIRI, AKU RASA BYK * *KHAZANAH NEGARA YG AKAN TERGADAI BG * *MENGATASI KEMELUT 1MDB...* *‪#‎INIMALAYSIABHAIII‬*


    Bayar cukai pon kena cukai... nampak?

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 9 jam yang lalu
    *Persetan pemerintah guna agama utk menghalalkan kerja haram merompak duit rakyat dalam senyap..*

    Perlu tentera jika mahu 'guling kerajaan'

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 9 jam yang lalu
    Bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tampil membayangkan bahawa tiada sebarang rancangan untuk "menggulingkan kerajaan". "Kalau nak guling (kerajaan) kena ada tentera. Kalau orang biasa tak boleh nak guling. Ahli parlimen atau orang luar kalau tak cukup bilangan (pun) tak boleh buat. "Kalau (sesiapa) nak buat (jatuhkan kerajaan), kena mesti menerusi apa yang ditentukan perlembagaan," kata Tengku Razaleigh ketika ditemui media di Rumah Terbuka Hari Raya, di Kuala Lumpur hari ini. Pagi tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada s... lagi »

    Hanipa Maidin: You Want People To Respect The Government, You Have To Respect Their Democratic Right

    noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 9 jam yang lalu

    #

Tiada ulasan: