#
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ ♥ ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♥ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ
♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
♡ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين ♡
“”
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِيِن
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
“”
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Bismillahirrohmanirrohim.
Amanah Allah.
Penyiaran ragam manusia lebih bertujuan baik dan untuk kita bermuhasabah diri kerana Allah. Penyenaraiannya termasuklah aktiviti harian/sosial, integriti, minat atau hobi mengambil gambar, kehidupan peribadi, perjuangan, politik, ekonomi, amanah, keboleh percayaan kata-kata dan sumber, menghargai, menghormati, kesinambungan dan segala bagai. Sebenarnya begitu hebat perenggan-perenggan kehidupan sebelum waktu hayat yang semakin mengurang tamat. Innalillahiwainnailaihirojiun. Amanah Allah.
Cara tidak menghalalkan hukum.
Sebagai orang Islam marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa serta saling doa mendoakan agar Allah perteguh Taqwa dan Iman kita selaku hamba-Nya. Saling berpesan-pesan dan dalam era maya - internet sekarang ini, menjadikan kemudahan itu sebagai e-pesan yang sangat berfaedah kepada diri sendiri dan orang lain dengan tidak disalah gunakan. Amanah Allah.
Supaya kita tergolong di kalangan orang-orang yang berIman sebagaimana terdapat banyaknya Ayat-ayat Suci Al Quran yang Allah menyeru hamba-Nya sebagai “Wahai orang-orang yang beriman...” Seruan kepada kebaikan dan menghindari kejahatan. Amanah Allah.
In Syaa Allah... Allah permudahkan urusan kita, melindungi dan memberi pertolongan kepada kita serta beroleh pengakhiran yang baik dalam memikul Amanah Allah yang menjadi tanggung jawab kita sebagai hamba-Nya. Sama-sama kita beringat tentang Pengadilan Allah yang antaranya mulut terkunci dari berkata-kata dan anggota tubuh yang selama ini membisu, menjadi suara yang amanah sebagai saksi kita di Akhirat kelak. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Amanah Allah.
In Syaa Allah bermanfaat.
Wassalamu.
Amanah Allah.
Wanita Disaman Ambil Gambar Kereta Polis Salah Parkir
Sepanyol – Jangan cuba ambil gambar kenderaan polis sembarangan, nanti buruk padahnya. Itu yang berlaku kepada seorang wanita yang disaman sebanyak £570 selepas merakamkan gambar polis meletakkan kenderaan di tempat orang cacat.
Ragam 1
Wanita Disaman Ambil Gambar Kereta Polis Salah Parkir

Wanita itu berjaya dikesan dalam masa 48 jam selepas merakamkan gambar terbabit dan kemudiannya memuatnaik dalam Facebook.
“Letaklah kereta di mana pun dan anda tidak akan disaman,’’ demikian kapsyen dalam Facebook terbabit.
Namun dia berdepan dengan saman kerana berdasarkan undang-undang di negara itu, penggunaan imej polis tanpa kebenaran adalah dilarang.
Ini kerana ia boleh menjejaskan keselamatan mereka dan keluarga masing-masing selain kemudahan yang dilindungi atau operasi yang dijalankan.
Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian, anggota polis terbabit sedang mengendalikan kes vandalism di taman berhampiran bandar Petrer, Alicante.
Mengenai saman yang dikenakan itu, jurucakap tersebut memberitahu, mereka menyifatkan wanita terbabit `menyerang’ kehormatan mereka. - MYNEWSHUB
Namun dia berdepan dengan saman kerana berdasarkan undang-undang di negara itu, penggunaan imej polis tanpa kebenaran adalah dilarang.
Ini kerana ia boleh menjejaskan keselamatan mereka dan keluarga masing-masing selain kemudahan yang dilindungi atau operasi yang dijalankan.
Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian, anggota polis terbabit sedang mengendalikan kes vandalism di taman berhampiran bandar Petrer, Alicante.
Mengenai saman yang dikenakan itu, jurucakap tersebut memberitahu, mereka menyifatkan wanita terbabit `menyerang’ kehormatan mereka. - MYNEWSHUB

Ragam 2
Gelandangan itu rupanya bapa kandungku!
Foto bapa Diana ketika menjadi gelandangan.
Gambar Kecil: Diana dan bapanya yang kian pulih
SIAPA sangka setelah 10 tahun mengambil gambar gelandangan, seorang wanita akhirnya menyedari salah seorang daripadanya adalah bapanya yang telah lama terpisah.
Diana Kim merupakan seorang jurugambar yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar gelandangan di sekitar kawasan Hawaii. Setelah 10 tahun melakukan pekerjaan itu, Diana menyedari bahawa salah seorang gelandangan tersebut adalah bapa kandungnya yang terpisah sejak dia berusia 8 tahun selepas kedua ibu-bapanya bercerai.
Melalui blognya, homelessparadise.com, Diana berkata, dia bertemu bapanya ketika mengambil gambar di sekitar Honolulu pada tahun 2012, dan kemudian dia menyedari bapanya adalah di kalangan gelandangan yang tinggal di kawasan berkenaan.
“Dia menghidap penyakit schizophrenia dan selalu bergaduh dengan seseorang yang tak wujud.” katanya. Tambah Diana, sebelum ini, neneknya pernah memaklumkan kepadanya mengenai kesihatan mental bapanya yang merosot namun tiada siapa yang mengetahui di mana bapanya itu tinggal.
Selepas bertemu semula dengan bapanya itu, Diana mencuba sedaya upaya untuk mendekati dan memberikan bantuan kepada bapanya itu walaupun bapanya itu enggan.
Bagaimanapun selepas bapanya mendapat serangan jantung pada tahun 2014, dia akhirnya bersetuju untuk dirawat. Setelah menjalani beberapa siri rawatan, bapanya kini kembali pulih dan menjalankan kehidupan normal.
-sinarharian- at 8/22/2015 02:41:00 PTG

Ragam 3
Saturday, August 22, 2015
Selepas segalanya, adakah kita mampu laksanakan keadilan?

After-what-said-and-done785x442.jpg)
Apabila pemimpin bersuara, kita diminta mendengar. Baiklah. Tetapi dengarkan juga suara rakyat.
SATIRA: Tolong! Hentikan serangan terhadap 1MDB dan personaliti-personaliti yang terlibat sehingga siasatan selesai. Tolong! Benarkan pihak berkuasa lakukan tugas mereka. Tolong! Jangan buat andaian mereka akan didapati bersalah (sekurang-kurangnya) kerana menyalahguna dana rakyat. Bunyi macan permintaan yang adil.
Tetapi tolong! Laksanakan keadilan.
Tolong! Hentikan serangan ke atas petugas yang melakukan siasatan.
Tolong! Jangan ditukarkan pegawai siasatan yang hanya melaksana tugas mereka.
Tolong! Jangan buat andaian pihak berkuasa akan membuat mereka memikul tanggungjawab bagi berbilion duit rakyat yang hilang.
Laksanakan keadilan.
Jangan guling kerajaan.
Jangan heret kerajaan bersama kamu.
Jangan buat tuduhan palsu tentang salahguna wang rakyat.
Jangan bermewah-mewah dengan duit negara.
Hentikan serangan peribadi.
Berhenti menikam belakang pihak berkuasa.
Hentikan fitnah dan kepalsuan.
Laksanakan keadilan.
Presiden bertindak bagi kepentingan parti.
Begitu juga ahlinya.
Syarikat bertindak bagi kepentingan orang ramai.
Begitu juga pegawai penyiasat.
Kerajaan bertindak bagi kepentingan negara.
Begitu juga rakyatnya.
Laksanakan keadilan.
Bersatu padulah demi parti.
Bersatu padulah demi negara.
Yakinlah dengan pemimpin.
Yakinlah dengan rakyat.
Yakinlah dengan pihak berkuasa.
Yakinlah seyakin-yakinnya dengan pihak berkuasa.
Laksanakan keadilan.
Tetapi tunggu sebentar.
Hentikan serangan ke atas 1MDB dan pihak yang didakwa terlibat dengan skandal?
Beritahu perkara itu kepada Tun Mahathir.
Ingatkan ahli-ahli Umno yang setia.
Yakinkan pelabur asing yang meninggalkan kita.
Benarkan pihak berkuasa laksanakan tugas mereka?
Ingatkan tangan-tangan ghaib dan tangan-tangan yang kurang ghaib.
Beritahu perkara itu kepada pengarah SPRM Bahri Mohd Zain.
-Bahri%20Mohd%20Zain-After-what-said-and-done-540x300.jpg)
Beritahu perkara itu kepada bekas timbalan pengarah (cawangan khas) Abdul Hamid Bador.
Beritahu perkara itu kepada bekas pengawai di Pejabat Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur.
Mengapa beliau ditukarkan?
Mengapa beliau dikembalikan?
Mengapa beliau dinaikkan pangkat?
Mengapa beliau difitnah?
Mengapa beliau disingkirkan?
Mengapa status penduduk tetapnya ditarik balik?
Jangan buat andaian?
Laksanakan keadilan.
Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada penulis di alyaa@hckmedia.com -
See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Selepas-segalanya-adakah-kita-mampu-laksanakan-keadilan#sthash.JyGCvCKU.dpuf
See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Selepas-segalanya-adakah-kita-mampu-laksanakan-keadilan#sthash.JyGCvCKU.dpuf

Ragam 4
"Jemput breakfast, masak sendiri lebih sedap"..Dato Aliff
Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum pada beliau, meskipun sudah bergelar sebagai jutawan, beliau tetap memasak sarapan paginya sendiri dengan beberapa barangan dapur di dalam bilik hotel.

"Jemput breakfast, masak sendiri lebih sedap"
Demikian kata pengasas D'Herbs, Dato' Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline "Terlajak Laris' mendapat perhatian netizen di media sosial, pagi ini.
Inilah satu-satunya usahawan yang tidak sombong dan sering berkongsikan kata-kata motivasi kepada orang ramai sama ada di laman sosial agar jangan pernah mengalah untuk berjaya dalam hidup.
Sumber: (http://kachipemas.blogspot.com/2015/08/jemput-breakfast-masak-sendiri-lebih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ApaKhabarOrangKampung+%28Apa+Khabar+Orang+Kampung%29)

Ragam 5
Sabtu, 22 Ogos 2015
Mat Sabu sedia berundur dari GHB untuk kepimpinan lebih baik Dia akan meletak jawatan sekiranya terdapat calon lain yang lebih sesuai memimpin GHB

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sedia memberi laluan kepada orang lain untuk meneraju Gerakan Harapan Baru (GHB).
Katanya, dia akan meletak jawatan sekiranya jawatankuasa sementara yang ada mampu mencari pemimpin yang lebih sesuai. “Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.
“Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online. Dia berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu.
GHB ditubuhkan Julai lalu dan dipengerusikan Mat Sabu. Ia menjadi platform kepada mereka yang kalah dan tidak sealiran dengan kepimpinan Pas sedia, selepas calonnya yang bertanding kalah pada pemilihan pada Muktamar Pas yang lalu.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/22/2015 01:49:00 PTG
Ragam 6
Sabtu, 22 Ogos 2015
"Taat Setia Saya Adalah Kepada Ayahanda, Negeri Saya" - TMJ
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor telah memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik berhubung 'nasihat' Sultan untuk kepentingan peribadi.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan mereka bahawa beliau adalah pewaris takhta Johor dan suaranya menjadi 'suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian ayahandanya Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
"Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Johor.
Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi. Walaupun apa yang terjadi, air dicincang takkan putus. "Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ianya adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi.
Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya," katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.
Tunku Ismail berkata beliau tidak menuding jari kepada sesiapa atau cuba menegruhkan keadaan, tetapi menegaskan pendirian bahawa beliau sentiasa teguh di belakang Sultan dan rakyat Johor. Beliau membuat komen ini selepas ramai ahli politik telah dilihat cuba berbaik-baik dengan Sultan Johor, yang telah membawa kepada banyak spekulasi.
Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu perwakilan pada mesyuarat tahunan Umno bahagian Kota Tinggi bahawa ketika beliau mengadap Sultan Ibrahim, Sultan telah mengingatkan beliau bahawa Umno telah dilahirkan di Istana Besar Johor.
Ekoran pertemuan itu, beliau percaya pihak istana berpendapat hanya Umno boleh menyatukan Melayu. Bagaimanapun katanya, Sultan Ibrahim tidak menyatakan perkara itu dalam bentuk kata-kata. "Saya percaya Sultan berpendapat hanya Umno boleh menyatukan Melayu.
"Sultan Ibrahim mengingatkan saya bahawa Umno dilahirkan di Istana Johor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor tidak mahu campur tangan dalam politik namun baginda berharap orang Melayu kekal bersatu.
"Baginda Sultan berharap Melayu boleh kekal bersatu. "Walaupun baginda tidak menyatakannya, saya yakin baginda mengharapkan Umno untuk menyatupadukan orang Melayu," katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/22/2015 11:14:00 PG
Sabtu, 22 Ogos 2015
Tidak ada dana pencen masuk ke akaun Najib, kata Zahid....RM42 juta dari SRC...????

Tidak ada satu sen pun daripada AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang daripada dana pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, wang itu bersumberkan hanya seorang penderma dari Timur Tengah, dan ia disalurkan melalui pelbagai syarikat untuk mengelak daripada dikesan. "Tiada wang KWAP digunakan oleh Umno atau didepositkan ke dalam akaun Najib.
Saya lihat dokumen-dokumennya,” kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading hari ini. "AS$100,000 yang pertama adalah cek atas nama Najib. Pemindahan dana berikutnya melalui pelbagai saluran dan firma kerana penderma tidak mahu dilihat yang satu cek besar ditulis di bawah nama Najib.
"Pada kesudahannya, semuanya dibuat untuk membantu kita, sebagai pembiayaan politik."
Beliau tidak menamakan identiti penderma itu, dan berkata, jika pembangkang ingin tahu siapa penderma itu, mereka mesti mendedahkan sumber dana mereka sendiri terlebih dahulu.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/22/2015 01:30:00 PTG
Sabtu, 22 Ogos 2015
Zahid sudah bertemu penyumbang dana asing RM2.6 bilion

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri.
Timbalan perdana menteri itu berkata, apabila ditanya mengapa wang bernilai AS$700 juta itu diberikan kepada Malaysia, individu terbabit menjawab, negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan.
Kata Ahmad Zahid, individu tersebut mengakui ada banyak sahabat dari kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.
"Mereka mahu Umno dan BN tetap memerintah negara," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Sri Gading hari ini. Bahagian itu diketuai Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga timbalan menteri pengangkutan.
Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga melihat dokumen asal pemindahan dana berkenaan.
Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak. Ahmad Zahid juga menjelaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke akaun Najib.
"(Wang) AS$100 juta pertama diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib," katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/22/2015 01:06:00 PTG
Sabtu, 22 Ogos 2015 Alasan Baru: Dana asing RM2.6 bilion untuk Najib lawan ancaman ‘DAP-Yahudi’, kata pemimpin Umno
Ketua Umno Sri Gading Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata penderma Timur Tengah yang memberi sumbangan RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP.
Penderma dari Timur Tengah memberi sumbangan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak supaya Umno boleh melawan DAP, yang dibiayai Yahudi, semasa Pilihan Raya Umum 2013, kata ketua bahagian Umno Datuk Abdul Aziz Kaprawi hari ini.
Ketua Umno Sri Gading itu berkata, penderma itu khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan "Kerajaan Islam" yang diketuai Barisan Nasional (BN). "Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini.
Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," kata Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan. "Jika ia mencapai kepada kerajaan Islam ini, ia akan digulingkan, dan itu akan memusnahkan perjuangan Islam di seluruh dunia.
"Kerana Najib dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat di rantau ini," kata Aziz kepada perwakilan pada mesyuarat bahagian beliau hari ini di Parit Raja, Johor.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/22/2015 12:59:00 PTG

Ragam 7
Saturday, 22 August 2015
APABILA WIRA-WIRA 1MDB TERUS MEMBUTAKAN MATA, MEMEKAKKAN TELINGA DAN MEMBISU MENGENAI ISU DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG).

Sekali lagi negara dikejutkan betapa suatu lagi cabang pelaburan bernilai berbilion ringgit berada di bawah penelitian dan pemantauan rakyat Malaysia amnya dan Selangor khasnya.
Kali ini Darul Ehsan Investment Group (DEIG), cabang pelaburan baru Negeri Selangor sebagai entiti induk bagi semua aset yang dianggarkan bernilai RM30 bilion. Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Hj Muhamad Azmin Ali, kononnya berazam untuk memperbaiki kehidupan rakyat Selangor.
Berjanji dan berikrar untuk mentadbir Selangor dengan penuh tanggungjawab dengan integriti, ketelusan dan kejujuran. Namun kita dibentangkan dengan pendedahan mengejutkan bahawa aset RM30billion Selangor kini di bawah bidang kuasa syarikat RM2 dikawal oleh dua pengarah tidak bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri.
Menurut Azmin Ali, Selangor memerlukan satu permulaan yang baru. Beberapa aset yang sedia ada yang dibebani hutang. Oleh itu penyelesaian yang dicadangkan adalah satu cabang pelaburan baru yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang akan memastikan aset Selangor akan menjana keuntungan bagi negeri ini.
Beliau berharap permulaan segar lagi bugar ini akan memastikan dividen dan pulangan lumayan yang mana mengharapkan sekali lagi akan disalurkan kepada kerajaan negeri untuk rakyat Selangor. Walau bagaimanapun, entiti baru ini akan diketuai oleh Ketua Eksekutif Raja Shahreen bin Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi Soffan Affendi bin Aminudin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI).
Jika masalah dan tujuan yang digariskan oleh Azmin Ali adalah salah pengurusan aset dan keuntungan Selangor, bagaimana pelantikan individu yang sama bertanggungjawab ke atas syarikat-syarikat yang menjana bukan keuntungan MBI akan mewakili permulaan segar telah dijanjikan-nya?
Apa perbezaan yang akan berlaku di bawah DEIG baru? Jika isu ketelusan, MBI mempunyai Lembaga Jawatankuasa Pemilihan & Imbuhan, Jawatankuasa Tender Lembaga dan Audit Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko untuk memastikan syarikat di dalam semakan. Ketika artikel ini ditulis, ini adalah sesuatu yang DEIG masih belum tubuh dan wujudkan.
Setakat yang kita bimbang, MBI adalah badan yang diperbadankan dengan kuasa untuk melaksanakan pelaburan serta menjalankan tanggungjawab sosialnya. Atas nama ketelusan dan keterbukaan, Azmin Ali perlu menjelaskan kepada kita, terutamanya rakyat Selangor, apakah kuasa yang diberikan kepada DEIG bahawa MBI tidak punyai dan memiliknya.
Cabang pelaburan baru telah pun diiklankan diakhbar The Edge walapun Azmin Ali sendiri menegaskan bahawa ia akan hanya mula beroperasi pada awal tahun 2016. Sudah pasti rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya amat berharap ini bukan satu percubaan Azmin Ali mengelirukan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Sekarang DEIG adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat. Berhak dan layak untuk membuat pinjaman wang dari bank, sebaik sahaja kerajaan negeri mengeluarkan surat jaminan bagi urus niaga mereka? Adakah semuanya itu sudah dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri atau rakyat mesti menunggu kes 1MDB Selangor sendiri terlebih dahulu untuk kita mengetahui kebenarannya?
Darul Ehsan Investment Group (DEIG) ialah syarikat yang cukup gagah perkasa yang memegang aset negeri terkaya di Malaysia, namun ia menawarkan amat sedikit ketelusan atau akauntabiliti. Ia mempunyai dan memiliki kuasa yang terlalu luas, besar dan banyak tanpa perlu memberikan jawapan dan penjelasan kepada Dewan Undangan Negeri Selangor.
Kuasa mutlak sudah pasti akan membuka ruang rasuah dan penyalah gunaan kuasa dan penyelwengan secara mutlak juga. Semasa krisis Menteri Besar Selangor kira-kira setahun lalu, kita melihat begitu ramai wira dan jaguh yang memperjuangkan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran.
Ia membingitkan dalam memanggil pentadbiran Khalid Ibrahim dipenuhi dengan pelbagai masalah dengan diselaputi mengenai integriti dan rasuah. Mereka juga kuat dalam megherdik dan bertempik mengenai tadbir urus 1MDB.
Tetapi sekarang, orang-orang seperti Ng Suee Lim, Tony Pua, Khalid Samad dan Rafizi Ramli terus membisu terkedu mendiamkan sambil memekakkan telinga dan membutakan mata mereka. Kemunafikan dan gelagat hipokrasi tahap tertinggi mereka, amat-amat mengecewakan sekali.

Ragam 8
Sabtu, 22 Ogos 2015MENCARI ‘TUN DR ISMAIL’ DIKALANGAN PEMIMPIN UMNO KINI

Terpanggil aku untuk mencoretkan sesuatu apabila ‘dikejutkan’ dengan tajuk berita berbunyi,’ Melayu sanggup menjual maruah dengan hanya RM 300’
Sudah banyak kali aku terserempak dengan berita sebegini menududh orang Melayu sanggup menjual maruah diri dengan hanya RM50 dan sebungkus nasi campur.
Dan ada juga yang mengatakan bahawa orang Melayu sanggup berbuat apa saja (termasuk tindakan yang memalukan) untuk mendapatkan ‘belanja seharian’
Memang memalu dan mengaibkan orang Melayu.
Memang ada tindakan sebegini yang dilakukan oleh orang Melayu (mungkin juga dilakukan oleh kaum Cina dan India juga). Disebabkan aku berketurunan Melayu (sakai/orang darat –mungkin) maka tentulah aku merasa begitu malu membaca dan mendengar berita sedemikian dilakukan oleh orang Melayu.
Yang menyedihkan ialah bahawa aku pasti golongan orang Melayu yang berperangai hodoh sebegini tidak pernah diajar oleh ibu bapa mereka untuk berperangai sedemikian. Aku pasti mereka diajar untuk bersopan santun dan tahu menghormati antara sama lain dan bukan menunjukkan punggung kepada orang lain walau macam mana tidak suka sekalipun kita terhadap pihak berkenaan.
Ibu bapa kita tak ajar begitu. Agama kita tidak ajar berbuat demikian. Orang kampung kita juga amat sedih sekiranya mereka tahu yang orang kampung mereka berperangai demikian. Dan yang paling menyedihkan ialah satu ‘penyiksaan’ kepada roh si mati sekiranya anak-anak mereka berperangai sedemikian. Yang menghairankan ialah mengapa begitu ‘murah’ dan ‘terhina’ sekali sikap orang Melayu yang sedemikian. Aku tak kata semua orang Melayu begitu. Jauh sekali tidak.
Aku tahu masih ramai lagi orang Melayu yang amat kukuh pegangan kepada prinsip perjuangan mereka. Cuma yang aku persoalkan ialah sikap sebahagian orang Melayu yang sudah melupakan dan mengenepikan apa juga prinsip hidup yang telah disemaikan oleh ibua bapa mereka.
Sehubungan dengan itu sikap pemimpin kita terutama pemimpin UMNO yang agak jauh menyimpang daripada perjuangan asal datuk menek kita. Berdasarkan pemerhatian dan ‘cakap-cakap’yang beredar dikalangan masyarakat menampakkan bahawa para pemimpin UMNO di semua peringkat sudah tidak memiliki semangat perjuangan seperti perjuangan datuk nenek kita yang memperjuangkan UMNO dahulu.
Pendek kata sudah tidak ada langsung pemimpin UMNO kini yang ‘seberani’ dan ‘setegas’ Tun Dr. Ismail atau ‘segarang’ TS Syed Jaafar Albar.
Aku tidak memiliki sebarang fakta atau statistik berdasarkan kajian terperinci, namun melalui perbincangan dan perbualan di kedai kopi dan surau /masjid memberikan gambaran bahawa pemimpin UMNO pada hari ini sudah tidak memiliki ‘taring’ sebagaimana yang dimiliki oleh pemimpin terdahulu.
Kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan, “ A vote of non-confidence is necessary now because Najib has made BN members of Parliament beholden to him by giving them lucrative posts in the government. Even those who had come to me complainning about Najib’s administration before, upon being given posts in the government, have now changed their stand. One of them who claimed to have documentary evidence of Najib’s misconduct, now gladly support him upon being made a minister” petikan dari blog Dr. Mahathir Mohammed.
Bagi aku tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir itu amat serious. Mungkin itu hanya menunjukkan sebahgian kecil daripada contoh tentang sikap pemimpin UMNO kini yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin begitulah agakanya keseluruhan cara dan tindakan pemimpin UMNO yang kini mendiamkan diri dan semacam begitu ‘takut’ untuk menyatakan sesuatu kebenaran berkaitan dengan keadaan yang berlaku kini.
Tun Dr. Mahathir sendiri seolah begitu ragu-ragu dengan sikap pemimpin BN/UMNO yang sebahgian besarnya adalah ‘anak didik’ beliau ketika beliau menerajui UMNO dan negara. Ketakutan dan kebimbangan beliau terbayang apabila ‘teragak-agak’ untuk mengusulkan diadakan undi tidak percaya di parlimen terhadap kepimpinan DS Najib. Kelihatan kebimbangannya, takut-takut tidak cukup untuk menyokong usul undi tidak percaya berkenaan.
Untuk menambah pelik dan menghairankan pula ialah bahawa Pakatan Rakyat juga bimbang dengan tindakan wakil PAS di parlimen sekiranya dibentangkan usul berkenaan. Seolah-olah keraguan tetap menyelubungi bukan sahaja wakil dari PKR dan DAP malah ada wakil dari PAS sendiri yang kurang yakin dengan tindakan TG Haji Hadi dalam soal menentukan kedudukannya. Sehingga kini menampakkan bahawa TG haji Hadi merupakan penyokong kuat DS Najib apabila tidak kedengaran ‘suara’ darinya memberikan kenyataan jelas tentang pendirian PAS dalam kemelut politik yang berlaku kini.
Kedudukan negara Malaysia kita hari ini betul-betul berada di persimpangan, kacau dan tidak tahu hala tuju sebenar. DS Najib kata Malaysia tidak akan menjadi ‘failed state’ tetapi ada juga yang menyanggah kenyataan ini dengan mengatakan bahawa sekiranya keadaan sebegini berterusan, maka besar kemungkinannya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lemah – ‘failed state’.
Mungkin kemuculan semula semangat ‘Tun Dr Ismail’ dalam kepimpinan UMNO dapat menyelamatkan keadaan sedemikian. Rakyat hanya mampu berdoa. abuhassanadam
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/22/2015 11:39:00 PG
Sumber: (http://wargamarhaen.blogspot.com/2015/08/mencari-tun-dr-ismail-dikalangan.html)

Ragam 9
MOHON SUAMI2 DILUAR SANA SENTAP MEMBACA KENYATAAN INI...

Doa Melihat Keindahan Alam
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (QS. Ali Imran : 191)
Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Al Baqarah: 201)

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: “Ya Rabb kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Hasyr [59]:10)
وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” (Al BAQARAH 154)
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


Hard grind to unravel MH370 mystery
(¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)


Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
dan
kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman
kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk.
Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
Meja: peceq.blogspot.com .

My Dashboard.
#
(¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
(¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan