#
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ ♥ ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♥ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ
♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
♡ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين ♡
“”
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِيِن
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
“”

Polis Tentukan Siapa Yang Akan
Jadi Perdana Menteri?

Apabila saya ditahan pada April 2001 bersama sembilan aktivis Reformasi lain (dipanggil Reformasi 10) salah satu daripada perkara yang paling saya ingat adalah perisytiharan oleh pegawai-pegawai Cawangan Khas mengenai Perdana Menteri.
Adakah anda fikir semua demonstrasi jalanan boleh menjatuhkan Perdana Menteri (pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad)? Kita yang membuat keputusan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Dan jika Perdana Menteri tak Betul jalan kita boleh jatuhkan beliau. Anda mungkin juga mendapati kereta beliau “Guling Dalam gaung”.
Kemudian saya mendapati tahanan yang lain juga mempunyai pengalaman yang sama. Malahan, Saari Sungib juga menulis siri buku-buku mengenai pengalaman beliau dalam tahanan bersama dengan butir-butir perbualan.
Kami diberitahu bahawa kami mungkin berjaya menjatuhkan Perdana Menteri tetapi “senjata berada di dalam tangan kami, bukan anda.” Satu lagi tahanan menceritakan bagaimana pegawai yang menyoal siasat beliau mengeluarkan pistol dan meletakkannya di atas meja untuk menunjukkan maksud beliau.
Nampaknya kita semua melalui bentuk soal siasat dan perang saraf yang sama, yang mungkin bermakna semuanya mengikut skrip. Tetapi apa yang terlintas dalam fikiran saya, sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, bahawa Cawangan Khas lebih mementingkan tentang siapa yang menjadi Perdana Menteri daripada isu keselamatan negara.
Kepada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat saya sentiasa berkata bahawa tidak ada yang menjadi Perdana Menteri dan tidak ada yang akan dapat digulingkan sebagai Perdana Menteri melainkan jika Cawangan Khas mahu ianya berlaku.
Saya tidak menulis mengenainya sebelum ini kerana saya ragu-ragu sama ada ramai yang percaya. Malahan mereka yang berkaitan cerita tersebut turut sukar untuk mempercayai. Namun dengan kenyataan hari ini oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas, yang Malaysiakini dan Free Malaysia Today keluarkan, ia lebih kurang mengesahkan apa yang saya telah beritahu keluarga dan kawan-kawan saya lebih kurang 14 tahun yang lalu.
Timbalan Pengarah mengisytiharkan bahawa beliau adalah pengikut setia Dr Mahathir. Ini adalah fakta yang diketahui ramai kerana beliau tidak pernah merahsiakannya – beliau beritahu kepada ramai orang. Beliau juga cenderung mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan secara terbuka menyerang PM.
Masalah timbul apabila tentera berkhidmat kepada negara dan rakyat, manakala polis pula berkhidmat kepada mereka yang di koridor kuasa. Dengan itu, mereka yang setia kepada yang berkuasa, atau menentang mereka mengikut kes.
Sekiranya kita perlu hilang status demokrasi dan menjadi diktator, maka lebih baik kita berada di bawah rejim tentera daripada menjadi negara polis. Dr Mahathir sendiri mengeluh mengenai perkara ini kira-kira sembilan tahun lalu apabila beliau berkata bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Dr Mahathir sepatutnya tahu kerana beliau yang menjadikan Malaysia sebuah negara polis bagi membolehkan beliau untuk terus berkuasa selama 22 tahun.
Pengarah Cawangan Khas mencapai umur bersara bulan ini dan saya diberitahu bahawa walaupun Perdana Menteri mahu beliau terus berkhidmat tetapi beliau memohon agar beliau dibenarkan bersara.
Semua orang menjangkakan nombor dua mengambil alih tetapi sebaliknya berlaku. Orang nombor dua kini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, ini mengejutkan ramai orang kerana menurut khabar angin, beliau akan dilantik sebagai Pesuruhjaya baru Polis Sabah.
Kami tahu beliau sedang dimasukkan ke dalam “simpanan sejuk” kerana fahaman politiknya. Namun kami tidak menyangka beliau mendedahkan fahaman politiknya secara terbuka.
Kenyataan beliau lebih kurang membuktikan apa yang saya katakan 14 tahun yang lalu: bahawa Cawangan Khas memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri dan jika Perdana Menteri tak Betul jalan mereka akan menyingkirkannya walaupun “kereta beliau Guling Dalam gaung”.
Ketika kebanyakan rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku di sepanjang bulan lepas di Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara, dan lain-lain, tidak ramai yang memberi pandangan kedua kepada apa yang berlaku di Cawangan Khas. Hakikatnya Cawangan Khas adalah satu lagi agensi kerajaan yang Perdana Menteri neutralkan untuk menggagalkan konspirasi untuk menggulingkan beliau.
Saya kadangkala tertanya-tanya sama ada Najib lebih pandai daripada tanggapan yang beliau berikan. Tetapi permainan belum berakhir lagi. Menurut Timbalan Pengarah beliau akan menyanyi seperti kenari tentang konspirasi untuk menutup kebenaran mengenai 1MDB. Bolehkah beliau berbuat demikian atau beliau terikat dengan OSA? Jika beliau terikat dengan OSA dan menyanyi, apa yang akan berlaku kepadanya?
Tunggu dan lihat apa yang akan jadi minggu depan. Jika Cawangan Khas juga dalam kumpulan yang mahu menggulingkan Najib maka saya bimbang kedudukan Perdana Menteri tidak berapa baik. Dan Tun Dr Mahathir juga tahu kerana Cawangan Khas yang menjatuhkan Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana kebanyakkan rakyat Malaysia pun tahu.
– Malaysia Today

Polis Tentukan Siapa Yang Akan Jadi Perdana Menteri
Apabila saya ditahan pada April 2001 bersama sembilan aktivis Reformasi lain salah satu daripada perkara yang
paling saya ingat adalah perisytiharan oleh pegawai pegawai Cawangan Khas mengenai Perdana Menteri Adakah
anda fikir semua demonst...
KELDAI DAN KITAB
Sayangnya Siti Hasmah Pada PM Najib
May 18, 2015
Ketika mengerjakan ibadah umrah minggu lalu, Siti Hasmah Mohd Ali menceritakan sewaktu berada depan Kaabah, beliau mengambil kesempatan itu untuk berdoa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dengan nada sebak, Dr Siti Hasmah berkata, selain berdoa untuk rakyat, beliau turut berdoa supaya Najib “tidak buat sesuatu yang tidak baik terhadap Islam”
Bagaimanapun, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mengulas lanjut mengenai doanya itu.
“Saya fikir suami saya dan saya tak sampai (Mekah) tapi Alhamdulillah, Tuhan bagi masa, usia, kesihatan, dapat juga sampai.
“Saya berdoa depan Kaabah untuk keselamatan bagi semua. Saya sebagai ibu, saya juga doakan untuk Najib supaya dia jangan buat sesuatu yang tak baik bagi agama Islam,” katanya sebak.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Sepetang Bersama Dr Siti Hasmah sempena Hari Ibu anjuran Yayasan Generasi Muda di Kuala Lumpur petang ini.
Sekalipun matanya kurang nampak, Dr Siti Hasmah berkata beliau bersyukur kerana tidak menyangka pada usia yang lanjut dapat bersama suaminya diberi peluang dan kesempatan mengerjakan umrah.
“Umur saya 88 tahun, suami 89 tahun. Tak sangka kami berdua boleh juga buat umrah. Tak sangka, sebab mata saya dah kurang nampak sebenarnya.
“Itu sebab saya hendak pergi ke Mekah, ke Masjidil Haram, nak tengok balik Kaabah dengan keadaan penglihatan yang makin kurang. Alhamdulillah saya dapat berbuat demikian,” katanya.
Dalam sesi soal jawab pada majlis itu kemudiannya, Dr Siti Hasmah memberitahu hadirin bahawa beliau tidak menyangka akan berkahwin dengan seorang perdana menteri.
Beliau turut menceritakan, semasa Mahathir terlibat dalam dunia politik, ibu kepada tujuh orang anak itu tidak dibenarkan terlibat dalam politik dan hanya boleh menjadi ahli Umno.
“Saya bukan seorang ahli politik dan dia (Mahathir) pesan kalau nak jadi ahli Umno boleh tapi jangan pegang jawatan dan campur dalam politik sangat. Sebab saya seorang doktor pada masa itu.
“Saya tak ada merungut pada suami. Apa nak dirungutkan, saya tak tahu politik. Suami saya pula apa yang berlaku dalam politik atau kerajaan, masa balik rumah tak beritahu saya.
“Sampai dia nak berhenti kerja (sebagai perdana menteri) pun tak beritahu. Dia tak runding dengan saya, dia lebih pandai. Kadang-kadang geram juga,” kata Dr Siti Hasmah menyebabkan hadirin ketawa.
Sebelum itu, pada majlis sama Dr Siti Hasmah yang mengenakan baju dan selendang berwarna merah jambu turut diminta oleh hadirin untuk menyanyikan lagu “Getaran Jiwa” yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Dr Siti Hasmah menyanyikan lagu tersebut sambil diiringi muzik kumpulan live band serta mendapat sorakan dari hadirin pada majlis itu.
SHARING GOOD

Polis Tentukan Siapa Yang Akan Jadi Perdana Menteri
pada 23/8/2015 - jumlah : 30 hits
Apabila saya ditahan pada April 2001 bersama sembilan aktivis Reformasi lain salah satu daripada perkara yang paling saya ingat adalah perisytiharan oleh pegawai pegawai Cawangan Khas mengenai Perdana Menteri Adakah anda fikir semua demonst...
#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan