Isnin, 7 September 2015

5922. Allah tidak menyuruh hamba-Nya saling menghina.

#
Berusaha untuk tidak mengusik kecerdikan diri sendiri agar tidak mengaibkan diri sendiri.
Monday, 7 September 2015

HINA POLIS, SEORANG LELAKI BERJAYA DITAHAN




Seorang lelaki ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kluang, Johor selepas didapati menulis status menghina pegawai kanan polis yang terbunuh dalam satu operasi, Mendiang Inspektor Margaret Tugam melalui aplikasi WeChat.

Kenyataan itu disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter rasmi beliau sebentar tadi.


Pegawai polis wanita yang maut selepas dirempuh seorang remaja dipercayai mat rempit, di Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam, akan dianugerahkan pangkat 'Posthumous' Asisten Superintendan Polis (ASP) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan pihaknya akan menganugerahkan pangkat ASP kepada Mendiang Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, sebagai penghormatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pengorbanannya itu.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang berjaya menahan seorang pemuda yang didapati menghina mendiang Inspektor Margaret, menerusi laman mikro, Twitter, malam tadi.

Margaret yang sudah lima tahun bertugas di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Kluang pada 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad, berkata ketika kejadian pada 2.30 pagi semalam, Margaret bersama 20 anggota dan pasukan sukarelawan sedang mengadakan sekatan jalan raya menerusi Ops Roda bagi membanteras kegiatan lumba haram di kawasan berkenaan.

 "Sekatan jalan raya itu diadakan pada jam 1.30 pagi dan sejam kemudian terdapat antara empat hingga lima motosikal dari arah Mersing menuju ke bandar Kluang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya itu, sebelum seorang daripada penunggang berusia 17 tahun secara tiba-tiba merempuh Margaret.

"Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan kiri, tulang pinggul dan mengalami pendarahan dalaman di perut dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Selepas bertarung nyawa hampir 11 jam dan mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), beliau menghembuskan nafas terakhir tengah hari tadi (semalam)," katanya di pekarangan Hospital Kluang, semalam. (SINI)
#

Tiada ulasan: