Bismillahirrohmanirrohim.
Intro Percintaan.
Sesungguhnya cinta mempunyai permulaan yang dapat dikuasai dan dikendalikan oleh orang mukallaf. Memandang, bercakap-cakap, menyampaikan salam, berkirim-kiriman surat atau menghantar sms dan berjumpa, semuanya merupakan hal-hal yg berada di dalam kemampuan seseorang untuk melakukan atau meninggalkannya. Semua itu merupakan permulaan dan muqaddimah rasa cinta.
Jika hal ini dibiarkan begitu saja dan nafsunya tidak dipisah dari hawa (kemahuan buruknya) dan tidak dikendalikan dengan taqwa, maka ia akan makin berkubang dalam penyimpangannya dan tenggelam dalam urusannya.
Tentang Nafsu.
Al-Bushairi pernah mengatakan dalam salah satu syairnya:
Cinta terlarang.
Ketahuilah sesungguhnya kasih ALLAH itu sangatlah besarnya. DIA mahukan engkau berpatah balik dan kembali kepada jalan yang lurus. Diketuk pintu hatimu, ditunjukkannya jalan kebenaran, maka berpeganglah. Jangan sekali-kali kamu berpatah balik.
Ketahuilah bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata yang membawa dirimu dari cahaya kepada kegelapan. Niatnya hanya satu; membawamu bersama-sama dengannya terjun ke dalam neraka yang bahan bakarnya hanyalah manusia dan batu-batan.
Engkau disedarkan sebelum nyawamu berada di halkum; itu petanda kasih sayangNYA masih ada untuk mu. Maka mengapa mahu dipersoalkan akan ujian yang menimpamu. Itulah hikmah kejadian, rahsia ketentuan ALLAH.
Namun, ketahuilah dengan sebenar-benarnya, bahawa perasaan kasih dan sayang serta cinta yang kau semai pada kekasihmu itu adalah sangat salah, malah berdosa besar. Apa lagi yang mahu dikata pada seorang isteri yang curang pada suaminya sendiri?
Tidak sekali-kali aku akan memberitahu bahawa apa yang kau lakukan itu dibolehkan, kerana ia nyata tidak boleh. Tidak sekali-kali aku akan membenarkan perbuatanmu itu kerana ia jelas jauh tersasar. Mana mungkin aku mengatakan tidak apa; teruskanlah kerana cintamu pada lelaki itu terlalu dalam dan engkau amat merinduinya setiap saat, sedangkan itulah nerakamu.
Takkan mungkin berlaku aku menggalakan engkau terusan merindu kerana itu jelas kerana nafsu. Engkau pergi dari cahaya kepada kegelapan. Dari yang halal kepada yang haram.
Lalu, engkau mahu dengar aku berkata. tidak apa? Dialah lelaki untukmu, Dialah cinta sejatimu. Mintalah cerai dari suamimu dan biarkanlah kekasihmu itu menceraikan isterinya, agar dengan itu kamu berdua boleh berkahwin, membina cinta dari asas yang haram, dari ranting yang rapuh, dari penderitaan dan airmata insan lain dengan alasan itulah cinta sejati?
Bangunlah dari mimpimu, sedarlah dari tidurmu.
Itu semua hanyalah mainan syaitan. yang menggoda hawa nafsumu hingga kamu patuh pada kebodohan nafsu sarakah itu sendiri.
Kelak, tatkala kamu bangun dari mimpi, kamu nampak kebenaran jalan ALLAH, berdoalah agar jaganya kamu itu bukan setelah nasi bertukar menjadi bubur. sebelum sesal yang tiada gunanya lagi. sebelum bara berubah kepada abu.
Berpautlah kepada tangan-tangan yang ikhlas mahu membantumu, dengan izinNYA.
Bukalah mindamu, lapangkanlah dadamu, ikhlaskanlah hatinuranimu, berpeganglah pada niat bahawa kamu mahu berubah hanya keranaNYA. Bukan atas alasan lain.
In Syaa Allah, jalan kebenaran milikmu, keampunan ALLAH untukmu, rahmat dan keampunanNYA sebesar langit dan bumi, malah andai dosamu merangkumi langit dan bumi sekalipun, keampunan ALLAH itu jauh lebih besar dari itu. Maka, jangan sekali-kali berpatah ke belakang. teruslah berada di atas landasanNYA.
Bersabar dari melakukan dosa itu, adalah satu mujahadah. pahala ALLAH atasnya.
Maka bersabarlah walau hatimu menjerit mahu berjumpa, walau batinmu berteriak mahu menghubunginya baik melalui apa cara sekalipun. Walau akal sempitmu mengatakan dialah cinta sejatimu, walau dirimu amat mencintainya dan tidak dapat melupakannya walau sesaatpun,
BERSABARLAH.
BERSABARLAH.
Mintalah dengan ALLAH, agar dia tidak lagi membolak balikkan hatimu, agar ditunjukkanmu jalan yang benar, landasan yang lurus dan hatimu mampu nampak jalan kebenaran, dirimu dapat membezakan yang baik dari yang buruk, sesungguhnya ALLAH itu amat memudahkan.
Alirkanlah airmata keinsafan, moga dengan melimpahnya airmata itu, turut dikeluarkan kejahatan, mengalir keluarlah penyakit-penyakit hati yang dalam kezulmatan itu.
Moga dengan mengalirnya airmata taubat, airmata keinsafan, maka terbukalah seluas-luasnya pintu taubat ALLAH. apatah lagi, suamimu telah memaafkanmu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Kini, berusahalah untuk terus berada di atas landasan kebenaran, atas jalan yang lurus, dalam cahaya ALLAH,
Berdoalah dengan ALLAH, pintalah dengan sesungguh hatimu agar kamu juga memaafkan kesilapan dirimu, agar kamu menjadi orang yang pemaaf, buanglah dendam dari hati, masukkanlah keinsafan sejati, nescaya cinta sejati yang sebenarnya turut bertakhta di hatimu.
Doaku , kuiring bersamamu, moga kita tergolong dalam golongan orang–orang yang berjaya. Nescaya cinta manusia yang hilang darimu, akan kembali menjadi milikmu dengan kekuatan yang jauh lebih besar.
Rujukan:
1. Hati Wanita - Cinta
2. Hati Wanita - Tersasar
#
Sempadankan diri dengan mentafsir bermuhasabah diri kerana Allah:
#
#
Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas. Meskipun di antaranya terdapat perkara-perkara yang mushyatabihath (samar) yang banyak orang tidak mengetahuinya.
Di antaranya perkara yang halal dan jelas itu ialah seorang suami mencintai isterinya dan isteri mencintai suaminya atau lelaki yang mencintai wanita pinangannya dan wanita yang dipinang mencintai lelaki yang meminangnya.
Di antara perkara haram yang jelas haramnya itu ialah seorang lelaki yang mencintai wanita bersuami, lalu hatinya sibuk memikirkannya yang hal ini dapat merosakkan kehidupan rumah tangganya dan kadang-kadang menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri.
Kalaupun tidak, akan menimbulkan kegoncangan dalam khidupannya, menyibukkan fikirannya, dan mengganggu perasaan dan hatinya, serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga. Perosakan seperti itu termasuk dosa. Pelakunya di ancam Nabi keluar dari kelompoknya.
Misalnya, wanita mencintai lelaki lain yang bukan suaminya, ia selalu memikirkannya, sibuk olehnya, dan berpaling dari suami dan pasangan hidupnya itu.
Hal ini kadang-kadang mendorongnya melakukan hal-hal yang tidak dihalalkan syarak, mendorongnya melakukan hal yang lebih besar dan lebih berbahaya, iaitu berzina atau niat untuk berzina.
Kalau tidakpun, maka ia akan menyebabkan kegoncangan hati dan jiwa, menegangkan urat saraf dan mengeruhkan kehidupan suami isteri.
Kelakuan-kelakuan seperti itu tidak ada kepentingan sama sekali melainkan kerana mengikuti keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu itu adalah sehodoh-hodoh ikutan yang disembah di muka bumi.
Namun demikian zina tetap merupakan dosa yang sangat besar dan amat buruk, lebih-lebih bagi lelaki yang telah beristeri dan wanita yang telah bersuami. Oleh sebab itu, hukumannya menurut syarak lebih berat daripada yang dilakukan oleh orang yang belum berkahwin.
Intro Percintaan.
Sesungguhnya cinta mempunyai permulaan yang dapat dikuasai dan dikendalikan oleh orang mukallaf. Memandang, bercakap-cakap, menyampaikan salam, berkirim-kiriman surat atau menghantar sms dan berjumpa, semuanya merupakan hal-hal yg berada di dalam kemampuan seseorang untuk melakukan atau meninggalkannya. Semua itu merupakan permulaan dan muqaddimah rasa cinta.
Jika hal ini dibiarkan begitu saja dan nafsunya tidak dipisah dari hawa (kemahuan buruknya) dan tidak dikendalikan dengan taqwa, maka ia akan makin berkubang dalam penyimpangannya dan tenggelam dalam urusannya.
Tentang Nafsu.
Al-Bushairi pernah mengatakan dalam salah satu syairnya:
Nafsu itu bagaikan anak kecil
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli
Cinta terlarang.
Ketahuilah sesungguhnya kasih ALLAH itu sangatlah besarnya. DIA mahukan engkau berpatah balik dan kembali kepada jalan yang lurus. Diketuk pintu hatimu, ditunjukkannya jalan kebenaran, maka berpeganglah. Jangan sekali-kali kamu berpatah balik.
Ketahuilah bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata yang membawa dirimu dari cahaya kepada kegelapan. Niatnya hanya satu; membawamu bersama-sama dengannya terjun ke dalam neraka yang bahan bakarnya hanyalah manusia dan batu-batan.
Engkau disedarkan sebelum nyawamu berada di halkum; itu petanda kasih sayangNYA masih ada untuk mu. Maka mengapa mahu dipersoalkan akan ujian yang menimpamu. Itulah hikmah kejadian, rahsia ketentuan ALLAH.
Namun, ketahuilah dengan sebenar-benarnya, bahawa perasaan kasih dan sayang serta cinta yang kau semai pada kekasihmu itu adalah sangat salah, malah berdosa besar. Apa lagi yang mahu dikata pada seorang isteri yang curang pada suaminya sendiri?
Tidak sekali-kali aku akan memberitahu bahawa apa yang kau lakukan itu dibolehkan, kerana ia nyata tidak boleh. Tidak sekali-kali aku akan membenarkan perbuatanmu itu kerana ia jelas jauh tersasar. Mana mungkin aku mengatakan tidak apa; teruskanlah kerana cintamu pada lelaki itu terlalu dalam dan engkau amat merinduinya setiap saat, sedangkan itulah nerakamu.
Takkan mungkin berlaku aku menggalakan engkau terusan merindu kerana itu jelas kerana nafsu. Engkau pergi dari cahaya kepada kegelapan. Dari yang halal kepada yang haram.
Apabila orang yang dilamun cinta itu telah sampai keadaan yang dia sudah tidak mampu mengendalikan nafsunya, maka sebenarnya dia sendirilah yang telah membawa dirinya kepada keadaan yang sulit dan memasukannya dirinya ke dalam lorong yang sempit atas kemahuannya sendiri.
Orang yang mencampakkan dirinya ke dalam api tidak mungkin dapat mencegah api yang akan membakar dirinya dan tidak mungkin dia dapat menyuruh api menjadi dingin dengan mengatakan “Wahai api sejuklah engkau sebagaimana yang terjadi ke atas Nabi Ibrahim”
Maka sebenarnya cinta terlarang terjadi kerana dia sendirilah yang membakar dirinya, dialah yang menyerahkan tubuhnya kepada api atas kehendaknya sendiri.
Ringkasnya, wanita yang telah bersuami wajib merasa cukup dengan suaminya dan redha kepadanya serta penuh cinta kepadanya. Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada laki-laki lain, dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan sampai ada lubang tempat berhembusnya angin fitnah terhadap dirinya.
Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadamkan bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan.
Maksudnya, jika dalam dirinya mulai tumbuh rasa suka atau cinta kepada orang lain, segeralah ia berusaha memeranginya dengan cara jangan berpandangan atau memandangnya, jangan
bercakap-cakap, jauhkan segala sesuatu yang dapat menyalakan api cinta.

Apabila ia tidak mampu memerangi perasaan hatinya, hendaklah ia menyembunyikannya dalam hati saja dan bersabar atas cubaan itu. In Syaa Allah ia tidak terhalang mendapatkan pahala sebagai orang yang sabar dalam menghadapi cubaan.
Begitu pula halnya lelaki yang mencintai seorang wanita tetapi tidak berhasil mengahwininya kerana wanita itu telah bersuami atau sebagai mahramnya disebabkan oleh hubungan nasab (keturunan), persemendaan (hubungan kekeluargaan kerana perkawinan) atau persusuan, maka hendaklah ia berjuang memerangi hawa nafsunya kerana Allah.
Jadikanlah hak yang halal itu halal dan kekalkanlah hak yang haram itu haram. Astaghfirullah.
Lalu, engkau mahu dengar aku berkata. tidak apa? Dialah lelaki untukmu, Dialah cinta sejatimu. Mintalah cerai dari suamimu dan biarkanlah kekasihmu itu menceraikan isterinya, agar dengan itu kamu berdua boleh berkahwin, membina cinta dari asas yang haram, dari ranting yang rapuh, dari penderitaan dan airmata insan lain dengan alasan itulah cinta sejati?
Bangunlah dari mimpimu, sedarlah dari tidurmu.
Itu semua hanyalah mainan syaitan. yang menggoda hawa nafsumu hingga kamu patuh pada kebodohan nafsu sarakah itu sendiri.
Kelak, tatkala kamu bangun dari mimpi, kamu nampak kebenaran jalan ALLAH, berdoalah agar jaganya kamu itu bukan setelah nasi bertukar menjadi bubur. sebelum sesal yang tiada gunanya lagi. sebelum bara berubah kepada abu.
Berpautlah kepada tangan-tangan yang ikhlas mahu membantumu, dengan izinNYA.
Bukalah mindamu, lapangkanlah dadamu, ikhlaskanlah hatinuranimu, berpeganglah pada niat bahawa kamu mahu berubah hanya keranaNYA. Bukan atas alasan lain.
In Syaa Allah, jalan kebenaran milikmu, keampunan ALLAH untukmu, rahmat dan keampunanNYA sebesar langit dan bumi, malah andai dosamu merangkumi langit dan bumi sekalipun, keampunan ALLAH itu jauh lebih besar dari itu. Maka, jangan sekali-kali berpatah ke belakang. teruslah berada di atas landasanNYA.
Bersabar dari melakukan dosa itu, adalah satu mujahadah. pahala ALLAH atasnya.
Maka bersabarlah walau hatimu menjerit mahu berjumpa, walau batinmu berteriak mahu menghubunginya baik melalui apa cara sekalipun. Walau akal sempitmu mengatakan dialah cinta sejatimu, walau dirimu amat mencintainya dan tidak dapat melupakannya walau sesaatpun,
BERSABARLAH.
BERSABARLAH.
Mintalah dengan ALLAH, agar dia tidak lagi membolak balikkan hatimu, agar ditunjukkanmu jalan yang benar, landasan yang lurus dan hatimu mampu nampak jalan kebenaran, dirimu dapat membezakan yang baik dari yang buruk, sesungguhnya ALLAH itu amat memudahkan.
Alirkanlah airmata keinsafan, moga dengan melimpahnya airmata itu, turut dikeluarkan kejahatan, mengalir keluarlah penyakit-penyakit hati yang dalam kezulmatan itu.
Moga dengan mengalirnya airmata taubat, airmata keinsafan, maka terbukalah seluas-luasnya pintu taubat ALLAH. apatah lagi, suamimu telah memaafkanmu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Kini, berusahalah untuk terus berada di atas landasan kebenaran, atas jalan yang lurus, dalam cahaya ALLAH,
Berdoalah dengan ALLAH, pintalah dengan sesungguh hatimu agar kamu juga memaafkan kesilapan dirimu, agar kamu menjadi orang yang pemaaf, buanglah dendam dari hati, masukkanlah keinsafan sejati, nescaya cinta sejati yang sebenarnya turut bertakhta di hatimu.
Doaku , kuiring bersamamu, moga kita tergolong dalam golongan orang–orang yang berjaya. Nescaya cinta manusia yang hilang darimu, akan kembali menjadi milikmu dengan kekuatan yang jauh lebih besar.
Mujahir (orang yg berhijrah)
Mujahid (pejuang)
1. Hati Wanita - Cinta
2. Hati Wanita - Tersasar
- Apabila hati ada rasa marah
- Hati yang redho vs hati yang sabar
- Kenal Allah
- Ingin keluar dari masalah?
- penawar hati dengan halaqah iman
- Bagaimana menjadikan sesuatu itu bermakna di sisi ALLAH swt
- Janji Nabi Yusuf
- Ilmu
- BAGAIMANA DAPATKAN KEKUATAN DOA
- KEKUATAN HATI
- hati nan sekeping (2)
- dari kitab al hikam, kemuliaan wanita
- kisah Umar Al khatab, kekuatan doa
- Dari Fb Ustaz Ebit Lew
- Dunia yang menipu