Isnin, 7 September 2015

5932. Rasa.

#
Bismillahirrohmanirrohim.
Bukan sekadar Tanya sama RASA, mulut yang jawab.

Kemuskilan tentang Solat Tahajjud. 
assalamualaikum
saya ada beberapa soalan tuk kita kongsi bersama
1. berapa raka’at solat tahajjud ni yg paling afdal???
saya melakukanya 10raka’at karna saya luangkan waktu tuk solat tahajjud dari jam 4 sampai subuh waktu kuala lumpur.
2.jam berapa solat tahajjud ni yg paling afdal?
karna staw saya spertiga malam ataw jam 3 sampai 4pagi, tp saya pulak di mulai pukul 4 mgkn sampai jam 5, apa hukumnya?
tp baru2 ni saya baca dlm internet spertiga malam itu jam 3 sampai subuh, bole tolong jelaskan?
3.doa sujud akhir tahajjut itu di baca di akhir raka’at yg terakhir. ataw di akhir stiap dua raka’at???
4.kalau kita buat 10 rakaat mana satu yg afdal kita baca surah al kaafirun dan al ikhlas dari rakat pertama sampi rakaat terakhir ataw kita baca lain2 surah stiap rakaat??? TQ
  • Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh
    Alhamdulillah A-d Citiboy rajin melakukan solat Tahajjud. Mudah-mudahan ianya berkekalan kerana Solat tahajjud ini sungguh besar ganjaran dan nilainya, sehinggakan disebut dalam al-Quran :
    Firman Allah SWT.:
    وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩﴾
    “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)
    1. Solat Sunat Tahajjud boleh dilakukan selagi termampu dan paling minimanya 2 rakaat sahaja. Tetapi adalah lebih afdal ketika ‘Qiamullail’(beribadah menghidupkan malam) dilakukan juga solat-solat sunat yang lain seperti Taubat, Istikharah, Hajat dan Solat Sunat Witir.
    Solat Witir juga dilakukan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat malam iaitu sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
    2. Solat ini dilakukan setelah terjaga dari tidur malam dan waktu afdalnya pula adalah pada 1/3 akhir malam iaitu bermula 2.30 pagi hingga sebelum masuk waktu Subuh.
    3. Doa sujud Tahajjud boleh dibaca diakhir setiap dua rakaat, iaitu sebelum duduk membaca Tahiyat akhir.
    4. Boleh dibaca surah-surah lain pada setiap rakaat, selain daripada surah al-Kaafirun dan al-Ikhlas. Afdalnya adalah surah yang paling kita kuasai segala hukum tajwidnya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sering membaca surah-surah yang ada kaitan ‘azab’ di dalamnya.
    Pada Solat Sunat Tahajjud ini juga boleh digunakan sebagai latihan dan pemantapan bacaan surah-surah yang hendak dihafaz kerana mudah diingat dan itulah antara fadhilat solat Tahajjud disebabkan suasana sunyi dan turunnya Malaikat Rahmat pada ketika ini.
    والسلام

Urutan Solat Sunat setelah terjaga di sepertiga malam.
Posted by siti hajar slamat on 20/05/2012 at 12:25 pm
assalamualaikum .. sy ingin menanyakan satu soalan ,,jika kita berniat menunaikan solat tahajud,taubat,hajat,iztigharah dan solat2 sunat yg lain dan kita sedar pada wktu tahajud ,,.lebih afdal kite menunaikan solat ape terlebih dahulu setelah terjaga dari tido ?
  • Waalaikumussalam..
    Apabila terjaga dari tidur dan sebelum Siti melakukan Qiamullail adalah sunnah membersihkan diri dengan bersugi dan berwudhuk terlebih dahulu..
    Bagi melakukan solat-solat sunat, disarankan mengikut turutan berikut:-
    • Solat Sunat Wudhuk
    • Solat Sunat Tahajjud
    • Solat Sunat Taubat
    • Solat Sunat Tasbih
    • Solat Sunat Istikharah
    • Solat Sunat Hajat
    • Solat Sunat Witir
    والسلام

Sumber: 
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahajjud/

(G+)

Nana R. Mustikha

Kata-kata mutiara cinta  -  3:57 PTG
 
 
#MUTIARA_CINTA..

Bismillah,..

ليس المحب الذى يرجو من محبوبة عوضا او يطلب منه غرضا فان المحب من يبذل لك ليس المحب من تبذل له

Seorang pencinta bukanlah orang yang mengharapkan imbalan dari orang yang dicintainya, atau menuntut sesuatu dari kekasihnya. Tapi sejatinya, seorang pencinta adalah orang yang bermurah hati memberi pada kekasihnya, bukan malah ingin memperoleh sesuatu darinya.

Seorang hamba yang mencintai ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan menuntut dariNYA, kecuali perasaan cinta yang serupa. Dan akan mempersembahkan yang terbaik dari amalnya untuk Zat yang ia cintai itu.

Kitab al Hikam Ibnu 'Athoillah As Sakandari RahimahuAllahu Ta'ala

Cinta itu adalah harapan yang sangat dalam, sehingga sangat dalam juga luka hati bila terhianati...

maka... Mencintalah krn Allah sang pemilik cinta sejati... Maka akn kau dapati kebahagiaan cinta yg hakiki..

Wallahu a'lam...




#

Tiada ulasan: