Rabu, 27 Julai 2016

6076. Takdir Allah.

SEBELUM ABAH TINGGAL KAMI

Assalamulaikum
*
Orang tua-tua cakap kalau kita mimpi gigi kena cabut, itu petanda orang dekat kita akan meninggal. Itu kebetulan mungkin but then, aku mimpi gigi aku nak kena cabut semua tahu. betapa buruk gigi aku sampai aku gosok gosok sebab takut kena cabut.

Minggu last aku dekat rumah sebelum masuk semester 5, aku mimpi abah datang minta maaf sambil menangis kemudian dia peluk kuat sangat. Macam tak nak lepas and dia menangis.

31 Mei, last aku on the phone dengan abah. Memang kali tu adalah kali terakhir aku on the phone dengan dia. Masa aku dah masuk belajar tu 6hb, aku ada terdetik nak call dia sebab nak beritahulah aku dah mula semester baru apa semua tapi aku terlupa nak call dia. Ralat sangat.

Masa last on the phone, aku dah rasa lain. Tak tahu kenapa rasa macam lain, suara abah lain, aku rasa berdebar sangat time tu. Entahlah, aku rasa abah tak sihat. Abah ada sakit jantung and tahun lepas dia pernah dimasukkan ICU and okay macam biasa.

2 bulan sebelum tu, abah balik rumah nenek kemudian dia call aku. Tapi aku tak jawab sebab tertidur tengah hari tu. Kebetulan, aku tengah sakit perut sangat-sangat. Tapi masa tu memang aku tak perasan langsung nombor abah ada masuk dalam message notification dari celcom and dekat call log pun tak ada. Sampailah abah call keesokkannya, dia cakap dia call aku and dia beritahu dia balik rumah nenek dalam masa yang sama dia nak jumpa aku tapi tak ada rezeki nak jumpa.

Hadiah. Abah belikan laptop baru tahun lepas. kebetulan, netbook aku rosak keyboard and tak dapat repair. So, dia belikan laptop baru warna putih sebab dia cakap warna tu cantik and aku anggap benda tu biasa.

Sampailah satu pagi sahur. Masa tu aku dah sambung tidur lepas bangun sekadar niat puasa je sampailah pukul 5, aku dapat call dari kakak. Aku ingatkan dia salah tekan ke apa rupa-rupa ada berita.

"Abah dah takde.."

Masa tu aku dah rebah. kawan aku dua orang, Anis dan Atin. Masa tu mereka meluru dekat aku sebab dah menangis. Tak dapat fikir apa dah terus mandi dan solat. Dalam kepala ni nak pergi dekat abah, nak jumpa abah, nak peluk dia.

Allah.

Aku tak sempat nak tatap dia buat kali terakhir, tak sempat nak peluk dan cium dia.

Aku sampai je, jenazah dalam van nak bawa ke tanah perkuburan.
Aku iringi abah ke tanah perkuburan. Tanpa tatap muka dia kali terakhir, aku duduk tak jauh dari tempat abah dikebumikan. Aku nampak jenazah dikeluarkan dari keranda, aku pergi sekejap tengok tapi still tak boleh tengok muka sampailah selesai. Aku menangis semasa talkin dibacakan masa tu aku tersedar, aku tak mimpi.

aku tak pernah bayangkan akan kehilangan orang yang aku sayang seawal ini. Hanya Allah mengetahui isi hati aku dan apa yang berlaku dikemudian hari.

aku tak boleh nak teruskan entry ni. 
(http://babab.net/out/sebelum-abah-tinggal-kami.html)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

 • 



Nuffnang Reg: http://www.nuffnang.com.my/blogger/register
...

Tiada ulasan: