Isnin, 10 Oktober 2016

6120. Fabi Ayyi Aala Irabbikuma Tukazzhiban. muhasabah buat diri kite ni belake.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

“FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN. 
Nikmat Tuhan manakah yang engkau hendak dustakan? 


“..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA” [QS. AL 'IMRAN (3):185]

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Kisah Suami Rindukan Bebelan Isteri Apabila Isterinya Terlantar Sakit di Hospital

Seorang lelaki isterinya sakit dan terbaring di hospital. Semoga Allah beri kesembuhan kepada isterinya. Dalam keadaan bersedih dia bercerita dengan saya, rindu nak dengar isteri saya membebil ustaz. Betul lah sebenarnya dengar bebilan itu pun nikmat. (pendengar setia)


Betul lah, dalam gembira ada sedih.. dalam sedih ada gembira ..itulah kehidupan. Pernah dengar seorang ustazah cerita sambil mengalir air mata. Katanya dulu selalu stress dan marah sebab anak-anak bising dan tiada waktu rehat. Bermain, menjerit, melompat, menyepah. Hari ini bila anak masuk asrama, tinggal berdua dengan suami. 
Sedih sebab sunyi rumah rasanya. Bila bangun tidur bersyukur melihat isteri yang kuat membebil, kerana jika tidak pasti sunyi rumah. Isteri bangun tidur lihat suami yang suka berdengkur kuat masih ada di sisi syukur kerana masih ada suami ...ia juga satu nikmat Allah.


Tengok anak-anak bermain syukur sebab itu tandanya sihat. Cuba masa anak sakit. Tak bercakap. Baring jer. Kita risau pula. Kasihan anak ku,tak larat nak buat apa-apa. Itulah kehidupan ini. Bila nikmat itu sudah tiada baru kita merasainya. Tidak salah untuk melaluinya dengan sedih atau gembira. Tetapi jadilah hati yang melihat siapa yg beri semua ini.


Hargailah hidup ini. Setiap waktu ini ialah amanah dan nikmat dari Allah. Orang yang mencintai Allah. Hadir dalam solat dan zikir. Mereka lalui hidup ini dengan menyedari dan merasai nikmat udara, matahari, kesihatan, malahan merasai nikmat ketika diuji dengan kesusahan. 
Nikmat supaya tidak lalai, menangis di depan Nya kerana ketidakmampuan dan supaya tidak sombong serta lupa diri. Ramai orang yang bila tiada kesedihan atau kesusahan mudah lupa siapa dan apa tujuan hidup ini.

Oleh Ebit Lew
Editan: 3vO
Assalamualaikum warohmatullahhi wabarakotuh.
Allahhumma sholli ala Muhammad waala ali Muhammad.
Bismillahhirrohmaanirrohim.

Nabi saw bersabda,Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menjadikan bukit bukit di Makkah ini sebagai emas. Aku telah menjawab, 'Ya Allah,aku lebih suka sekiranya aku dapat makan pada suatu hari dan aku berlapar pada keesokannya supaya apabila aku berlapar, aku akan merayu dan 
mengingati-Mu dan apabila kenyang aku dapat bersyukur dan memuji-Mu.

Didalam apa keadaan tawajjuh kepada-Nya.Bersyukurlah dan zahirkan rasa kesyukuran itu dengan menuruti perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya semampu kalian.
Hanya dengan mengingati Allah,jiwa menjadi tenteram.

Semoga bermanafaat buat saya khususnya serta sahabat fb sekalian.Salam menjelang subuh.
Dua rakaat sebelum solat fajar(subuh)adalah lebih berharga dari dunia dan segala isinya. 

 — berasa tenang di Sidratul Muntaha.


Link: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1595760927387185&set=a.1389373328025947.1073741828.100008598795668&type=3&theater
:: AKU DAH LAMA TAK SOLAT 😢 ::

Kita tau kita lama dah tak solat.. Bukan tak tau.. Bukan takde masa.. Tapi entahlah.. Kalau pegi umah orang, kita sanggup atur waktu sampai selepas Maghrib, sebab taknak jumpa azan Maghrib kat umah orang.. Nanti serba salah.. Tak solat, rasa malu.. Nak solat, rasa menipu.. Sebab kat umah sendiri tak solat.. Kita nampak kawan2 kat pejabat pegi surau, tapi kita buat tak hirau.. Bukan tak boleh pegi.. Tapi entahlah.. Tiba-tiba kita tengok sejadah kat umah, terdetik dlm hati.. Lama aku tak guna kau.. Nak solat, rasa malu sgt dgn ALLaH.. Hati nak, tapi entahlah.. Malu ada, serba salah ada.. Semua serba tak kena..
Sebenarnya, kalau kita tetiba ada rasa malu kat Tuhan, ada rasa serba salah kat Tuhan, tu tandanya ALLaH rindu.. ALLaH tengah tunggu.. ALLaH seru kita suruh jumpa DIA.. ALLaH rindu nak tengok muka kita sujud kepadaNya..
Waktu ni iman kita kena jentik.. dan waktu tu jugak Iblis menggelitik.. Dia akan cuba sedaya upaya utk kita hilangkan rasa malu dan serba salah tu.. Tu yg bila kita tak jadi solat, tandanya Iblis menang dah.. Tapi ALLaH tak berubah.. DIA masih rindu.. DIA masih tunggu.. DIA tunggu bila kita nak solat.. Bila kita nak taubat.. Dlm masa yg sama, ALLaH masih bagi rezeki kat kita.. ALLaH masih kesian kat kita walaupun kita tak sudi nak jumpa DIA..
Sayangkan ALLaH kat kita?
JANGAN LUPA MEMBACA TASBIH KAFFARAH SEUSAI MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN.
"Subhanaka Allahumma Wabihamdika Asyhadu Alla Illaha Ila Anta Astaghfiruka Wa Atubu Ilaik." 

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan segala puji bagi-Mu, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu). 

Doa penutup majlis yang disebutkan di dalam kitab-kitab hadis iaitu doa itu seumpama penutup kepada sesuatu amal kebajikan yang merupakan pembantu yang mana ianya akan membantu kita diakhirat kelak untuk menerima ganjaran pahala yang besar kerana kita menutup sesuatu amal ibadah dengan meminta keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى. 

Sebarang amal kebajikan yang kita lakukan kita mahu Allah سبحانه وتعالى terima. Tidak dihapuskan pahalanya tetapi yang kita inginkan Allahسبحانه وتعالى terima dengan kebaikan maka bacalah doa tersebut dalam sebarang kebaikan yang kita lakukan supaya pahala amalan yang dilakukan dipelihara oleh Allah سبحانه وتعالى kerana kamu menutup amalan dengan doa, zikir yang digalakkan oleh Nabi ﷺ. 

Diriwayatkan nanti diakhirat kelak ada di kalangan manusia yang mana melakukan amal kebaikan datang untuk melihat ganjaran pahala amal kebajikannya maka didapati pahala amal kebajikannya itu menjadi seumpama debu yang berterbangan tidak mendapat pahala dengan sebab ketika di dunia dia tidak menutup sesuatu amal kebajikan yang dilakukannya sepertimana yang disarankan oleh Nabi ﷺ. 

Seumpama seseorang yang memperolehi hadiah daripada seorang raja. Apabila seorang raja, sultan, pemerintah yang memberikan hadiah kepada rakyatnya 1 000 jenis permata yang berharga. Kemudian dia tidak memeliharanya, tidak menjaganya dengan baik meletakkan permata tersebut sesuka hatinya sehingga diambil oleh pencuri. 

Maka dikatakan rakyat ini tidak bersyukur, tidak menghargai pemberian yang mahal yang diberikan oleh seorang raja pemerintah kepadanya. 

Begitu juga kita sebagai hamba Allah. Allah سبحانه وتعالى memberikan kepada kita Ummat Nabi Muhammad ﷺ yang mana amal sedikit tetapi memperolehi amal ganjaran pahala yang besar dan banyak berlipat kali ganda dalam segala sesuatu amal kebaikan yang kita lakukan seperti solat berjemaah, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. 

Maka kita jangan sesekali biarkan segala amal pahala kebajikan yang kita lakukan itu "dicuri" oleh pencuri yakni syaitan yang ingin mencuri, merampas segala ganjaran amal pahala kebajikan kita. 

Oleh itu hendaklah kita menyimpan dengan elok pahala tersebut. Dan cara kita menyimpan amalan pahala amal kebajikan yang kita lakukan dengan kita menutup segala sesuatu amal kebaikan yang kita lakukan dengan membaca doa. 

HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULL

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: