Isnin, 10 Oktober 2016

6121. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya [QS. Al Imran (3) 185]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


“..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA” [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Suhaimi Hamzah
PADA YANG MASUK USIA 50, 50++
Nasihat untuk kita yang dah umur 50 tahun lebih ni ..
PERTAMA :
Masa Mengumpul Harta Sudah Habis.
Fokus Sekarang Untuk Gembirakan Orang.
Fokus pada nak menggembirakan orang lain.
Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.
KEDUA :
Jangan Tinggalkan Apa-Apa Untuk Anak-Anak.
Mereka Perlu Usaha Dan Cari Sendiri.
Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan.
Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini.
Kalau mampu pergilah melancong.
Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh.
Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
KETIGA :
Buat Kerja Jangan Bertangguh.
Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok.
Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal.
Semalam telah pergi dan esok mungkin tak akan berlaku.
KEEMPAT :
Didiklah Anak Cucu Dengan Agama.
Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter".
Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka.
Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.
Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda.
Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat.
Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
KELIMA :
Kalau Sakit Bersabarlah.
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal.
Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur.
Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
KEENAM :
Dunia Ini Bukan Tempat Kamu Dapat Apa Yang Kamu Hendak.
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang.
Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
KETUJUH :
Bersamalah Dengan Mereka Yang Ikhlas Menyangi Anda.
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda.
Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.
KELAPAN :
Berlapang Dadalah ..
Memaafkan dan terima kemaafan.
Maafkan diri sendiri dan orang lain.
Lapangkan minda dan hati.
KESEMBILAN :
Segeralah Membina Akhirat Anda.
Ia Pasti Berlaku ..
Berkawanlah dengan kematian.
Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan.
Jangan takut akan ia.
Kematian adalah permulaan hidup yang lebih baik.
Jadi Bersedialah !!!
Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.
KESEPULUH :
Bayangkanlah Kegembiraan Hidup Di Syurga Yang Kekal.
Ia Sangat Hampir ..
Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa.
Untuk Dialah(Allah) yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Suhaimi Hamzah
KENAPA KAMU DIAM?
KENAPA KAMU DIAM ?
Apabila kamu di dalam kereta atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja.
KENAPA KAMU DIAM ?
Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah.
Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran.
Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudaratkanmu bahkan ia memberi manfaat.
KENAPA KAMU DIAM ?
Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله).
Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau.
KENAPA KAMU DIAM ?
Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah
KENAPA KAMU DIAM ???

Suhaimi Hamzah
🍃🐝MADAH HARI INI🐝🍃
ASSALAMUALAIKUM ..
🐝HARI INI MASIH KUAT DAN GAGAH ..
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah.
🍃HARI INI KALAU TIDAK DIBUAT SURUHAN ALLAH ..
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.
🐝HARI INI RIALITI YANG MESTI DILALUI DENGAN TABAH ..
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah.
🍃HARI INI AHLI MAKSIAT BERASA MEGAH DAN BANGGA ..
Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah.
🐝HARI INI BERPAKAIAN BAJU DAN JUBAH ..
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah.
🍃HARI INI BERPIJAK DI ATAS TANAH ..
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah.
🐝HARI INI BERKENDERAAN SERBA MEWAH ..
Mungkin esok hanya ada kereta jenazah.
🍃HARI INI JANGANLAH BERMEGAH MEGAH ..
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah.
🐝HARI INI BANYAKKAN DOA DAN HARAP PADA ALLAH ..
Semoga esok hidup dalam redha Allah
🍃HARI INI KUATKAN TAAT AMAL IBADAH ..
Moga esok masih istiqamah.
🐝HARI INI ANDA DATANG KETENTUAN ALLAH ..
Esok terimalah ia dengan tabah.
🍃HARI INI ANDA ADA SILAP DAN SALAH ..
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubat.
🐝HARI KITA DALAM TAQDIR ALLAH ..
Besok hari hanya dalam ilmu Allah.
🍃HARI INI KITA BERUKHUWAH DAN BERMADAH ..
Semoga esok dikumpulkan bersama di jannah.
MELANGKAH KE MASJID
ADA ORANG RUMAH DEKAT MASJID/SURAU TETAPI TIDAK MAHU PERGI YANG DEKAT TETAPI LEBIH RELA PERGI YANG MASJID YANGG JAUH ..
BAGAIMANA USTAZ?
Seorang muslim itu sepatutnya menunaikan solat jemaah di masjid.
NABI KATA sesiapa yang solat subuh berjemaah di masjid akan dapat perlindungan Allah.
Kalau ada masalah tidak puas hati dengan AJK masjid dan tidak mahu bersolat di masjid yang dekat, itu tidak berapa selesa/sesuai.
Semua ini boleh merenggangkan perhubungan ..
ADA ORANG PERGI MASJID UNTUK SOLAT SAHAJA TETAPI TIDAK MENGIKUT AKTIVITI² LAIN ..
*BAGAIMANA USTAZ?
Tidak timbul masalah jika ada hal yang hendak diuruskan.
ALHAMDULILLAH bila dia datang bersolat di masjid dan yang lebih baik ikutilah program² yang masjid anjurkan terutamanya majlis² ilmu.
Duduk lama di masjid akan merapatkan hubungan bersama kawan².
Masjid Adalah Sumber Penyatuan.
Masjid Adalah Tempat Untuk Mencari Keberkatan Dan Ketenangan Dari Allah.
ADAKAH PERBEZAAN DARI SEGI SYARIAT ORANG YANG PERGI SEBELUM AZAN DAN SELEPAS AZAN?
NABI KATA orang yang pergi masjid samaada pagi atau petang, Allah siapkan baginya tempat rehat di syurga kerana di dunia dia sentiasa berulang alik ke masjid.
NABI KATA kalaulah seseorang tahu kelebihan berada dimasjid, dia akan berlumba~lumba untuk datang ke masjid.
Seorang ulamak tabii Saat bin Ibnu Musair, dia kata dia tidak pernah terlepas dari tunggu azan selama 30 tahun di masjid kerana dia tahu banyak kelebihan.
BAGAIMANA DENGAN MUSLIMAH YANG HATINYA DI MASJID SEDANGKAN SEBAIK~BAIK SOLAT SEORANG MUSLIMAH ITU DI RUMAH?
Solat wanita itu lebih baik solat di rumah jika dia boleh menimbulkan fitnah.
Jika tidak menimbulkan fitnah.
NABI KATA jika isteri minta izin pergi masjid, maka janganlah kamu cegah/halang.
NABI KATA kelebihan solat berjemaah ialah 27 kali ganda.
JIKA TIDAK TIMBUL FITNAH DAN SUDAH SELESAIKAN TANGGUNGJAWAB DI RUMAH, MAKA SILALAH DIA BERSOLAT DI MASJID.
PAHALA BUKAN HANYA UNTUK ORANG LELAKI TETAPI PAHALA ITU JUGA UNTUK ORANG PEREMPUAN.
Jangan halang wanita ke masjid.
Telekung berbunga~bunga tidak begitu sesuai digunakan TETAPI telekung berwarna masih boleh digunakan.
TIDAK SESUAI MEMAKAI BAJU YANG BERGAMBAR KETIKA SOLAT - HUKUMNYA MAKRUH.
Bila nampak sahabat kita pakai baju ada gambar di belakang (contoh gambar harimau)
Jangan terus marah ..
Dakwah kena ada cara ..
Jangan terus marah ..
Mereka sudah datang bersolat itu pun sudah cukup ALHAMDULILLAH ..
Kita Boleh Beritahu Dengan Cara Yang Elok ..
Beritahu mereka jangan guna baju yang bergambar supaya orang lain boleh dapat khyusuk dalam solat.
BOLEHKAH DIKATAKAN ORANG YANG SENTIASA KE MASJID ADALAH ORANG YANG SEDANG MENARIK PERHATIAN ALLAH KEPADA KITA?
Ya Memang Benar ..
Di antara 7 golongan yang dapat naungan di akhirat adalah seorang lelaki atau wanita yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.
TANDA IMAN ADALAH ORANG YG SENTIASA HENDAK PERGI KE MASJID.
NABI KATA kalau kamu lihat seseorang itu sentiasa pergi ke masjid, saksikanlah bahawa dia seorang yang beriman kepada Allah.
In Shaa Allah ..
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin ..
Biar Tahu Jangan Keliru

3v0

Tiada ulasan: