Isnin, 6 Februari 2017

6203. Firman Allah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.Allahhumma sholli ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.Bismillahhirrohmaanirrohim. 

Firman-firman Allah yang bermaksud: 

........dan banyak diantaranya orang orang yang fasik-derhaka. (Surah Al_Hadid:16) 

....... Sesungguhnya kebanyakan dari mereka selepas itu, sungguh sungguh menjadi orang orang yang melampaui batas (membuat kerosakan) dimuka bumi. (Surah Al_Maiidah:32) 

.........dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al-Maiidah:49)

Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan (Surah Al-Maiidah:62) 

Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. (Surah Al-An'aam:119)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia. (Surah Al-A'raaf:179)

Dan(ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda tanda kekuasaan Kami. (Surah Yunus:92)

Dan sebenarnya banyak diantara manusia, orang orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (Surah Ar-Ruum:8) 

Dan sesungguhnya syaitan telah menyesatkan golongan yang ramai diantara kamu.
(Surah Yaasin:62) 

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada dimuka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. (Surah Al-An'aam:116) 

......... tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya. (Surah Hud:17) 

Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman). 

Dan banyak lagi ayat-ayat lainnya yang menunjukkan ramainya manusia yang sesat.Mengenai perkataan"sedikit orang yang beriman"terdapat pada beberapa ayat, diantaranya, 

Dan tidak ada orang orang yang beriman yang turut bersama samanya, melainkan sedikit sahaja (Surah Hud:40) 

Dan sememangnya sedikit sekali diantara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Surah Saba':13) 

........... kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh;sedang mereka amatlah sedikit! (Surah Saad:24) 

...........oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.
(Surah al-Baqarah:88) 

Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (diantara mereka).
(Surah An-Nisa:46). 

Ketika Nabi saw mendengar sedikitnya orang-orang yang masuk Syurga, Baginda saw merasa sedih, lalu menangis. Para sahabat rhuma khuatir dan takut kalau kalau termasuk golongan yang masuk neraka, sehingga mereka pun turut menangis juga.

Sehelai bulu berwarna putih pada kulit lembu hitam itu memang sedikit. Umat Nabi Muhammad saw memang sedikit jika dibandingkan dengan umat-umat yang sesat dan menyeleweng. Selain jumlahnya yang sedikit, umat Nabi Muhammad saw adalah sebaik-baik umat, menurut Al-Quran.

Sewajibnya kita sebagai umat yang baik, berusaha sekuat tenaga untuk sentiasa dapat mempertahankan kedudukan yang mulia ini.. In Syaa Allah.. Semoga bermanfaat buat saya khususnya serta sahabat sekalian..

.😀😀.

Islam bermula asing dan akan kembali asing, sesungguhnya beruntunglah golongan yang terasing..


















Tiada ulasan: