Khamis, 29 Jun 2017

6231. Hati bersih hidup bahagia..

Sampai masanya sy ingin tutup blog ini sebab akhir-akhir ini iklan lucah berleluasa di blog ini.
Lain lah saya jumpa jalan utk menyekat iklan sebegitu.

Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..kenapa bayar lebih?? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...Hotel?? Trivago..

Bagaimana pula dengan ini ?

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. 

Firman Allah dalam Surah Al-Tahrim, ayat 8: 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 


Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” 


Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa. Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur?  Taubat nasuha.

 Jom bersihkan hati... hati bersih hidup bahagia..

1. Jgn cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jgn perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata tu lah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung²kanlah & sama² kita Muhasabah diri..

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim. 






Tiada ulasan: