Isnin, 16 Oktober 2017

6232. .Lima Ubat Penawar Hati.

 ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد

اَستَغفِرُ اللَّهَ العَظِيم، اَلَّذِي لاَ اِلَهَ اِلَّا هُوَ الحَّیُ القَيُّوم وَأُتُوبُ اِلَيه

لاَ اِلَهَ اِلَّا اَنتَ سُبحَانَكَ اِنِّی كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِیْ لَا یَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَیْ ءٌ فِیْ الْاَرْضِ وَلَا فِی السَّمَآءِ وَھُوَ السَّمِیْعُ الْعَلِیْم3x.....

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini & hari² yang mendatang serta diberikan kesihatan yang baik sampai akhir hayat agar dapat beribadah dengan sempurna.

ُآمِيْنُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْن...


Lima Ubat Penawar Hati

Dari Abdullah al-Antaki, semoga Allah merahmatinya, beliau berkata :

"Lima perkara ubat penawar hati, iaitu : Bergaul dan bercampur dengan mereka yang soleh, membaca al-Quran, melaparkan perut (berpuasa), solat di malam hari, dan bersembah sujud di waktu menjelang Subuh."

     Lima perkara termasuk ubat hati ketika hati keras, yang lima diambil dari perktaan Sayyid Jalil Ibrahim al-Khawas, sebagaimana yang telah dikemukakan al-Nawawi dalam kitab al-Tibyan. Sebahagian ulama menambah yang lima ini dengan perkara-perkara tersebut dimasukkan pada yang lainnya. Lima perkara itu adalah :

1. Bergaul dengan orang yang soleh, iaitu dengan cara menghadiri majlis-majlis ilmu dan cerita orang soleh, juga di dalmnya termasuk diam dan menjauhi mereka yang hanyut dalam kesalahan (kebatian).

2. Membaca al-Quran disertai dengan menafsirkan maknanya dalam kehidupan sehari-hari.

3. Mengosongkan perut dengan cara mengambil sedikit sahaja dari yang halal, kerana sesungguhnya makanan yang halal itu merupakan pokok segalanya, sehingga akan menyinari hati, maka cermin mata hati menjadi keras , bersih dari karat yang menyebabkan hati menjadi keras.

     Dalam sebuah hadis marfu' dikatakan :

"Tiga perkara akan menjadikan hati keras, iaitu suka makan, suka tidur dan suka berehat."

4. Solat malam, iaitu solat sunat setelah bangun tidur di malam hari.

5. Bersembah sujud di waktu menjelang Subuh, kerana dalam waktu ini terdapat ketenangan dan di sinilah waktu diturunkan rahmat dari Allah s.W.T.



Rujukan :
Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan

Tiada ulasan: