Rabu, 18 Oktober 2017

6254. Mengerat kukunya.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu:
keluar dari tubuhnya ubat dan masuk
kepadanya penyakit.

Hari Ahad:
Keluar kekayaan masuk kemiskinan

Hari Isnin:
keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari selasa:
keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu:
keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis:
keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya
sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat:
keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk
kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Kesimpulannya :
Hari yang baik untuk memotong kuku ialah Isnin, Khamis dan Jumaat.

Selain daripada hari-hari tersebut banyak
mudaratnya. Sebab itu orang tua-tua selalu
berpesan dan mengingatkan.

 Patutlah generasi sekarang banyak berpenyakit dan banyak masalah, kita sudah tidak mahu ikut panduan dan nasihat yang baik, semuanya dianggap kebetulan, mana ada sesuatu itu Allah jadikan secara kebetulan, kita yang selalu menganggap
sesuatu perkara itu adalah kebetulan.

Hakikatnya tiada sesuatu itu berlaku secara kebetulan. ia berlaku atas sebab musabab yang sudah ditentukan yang juga atas keizinan Allah
SWT sama ada perkara yang baik maupun yang
buruk.

Sekian Moga bermanfaat dan menjadi panduan
bersama.








Tiada ulasan: