Khamis, 19 Oktober 2017

6255. Duit duit

Assalamualaikum...nak share skit info ni

WANG

1. Sembilan dari 10 rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan.

2. Tujuh dari 10 pencarum berusia 54 tahun mempunyai caruman KWSP tidak sampai 50,000.

3. Kadar hutang isi rumah (household debt to GDP) ialah 88.5% (2016).

4. Sebanyak 27.9% kes muflis berpunca dari hutang beli kenderaan, 20.4% disebabkan hutang peribadi.

5. Sebahagian besar kes muflis melibatkan warga bandar besar Selangor dan Wilayah Persekutuan; Melayu kaum terbesar dengan 48.4%.

6. Angka-angka ini menunjukkan kepada satu arah iaitu kita tidak mempunyai pendapatan mencukupi, tidak membuat simpanan dan mudah terperangkap dengan muflis.

7. Saya sarankan kita fokus kepada pengukuhan kewangan peribadi. Selain kerja (jika bekerja), kita harus usahakan pendapatan kedua (buat bisnes sambilan).

8. Kedua, hidup simple dan tanpa ropol. Usah beli barangan berjenama, atau makan di restoran makanan segera yang mahal. Cukup ala kadar. Biarlah orang perlekeh, usah malu bawa bekal di tempat kerja.

9. Ketiga, usah berhutang terutama bagi perkara seperti kenduri kahwin, menukar kenderaan baru, beli handphone, melancong (dan haji / umrah), dan pengubahsuaian rumah / perabot mewah. Ikat perut.

10. Keempat, walau bagaimana perit sekali pun, simpan sekurang-kurangnya 10% gaji bersih setiap bulan.

11. Dan akhir sekali, kelima, usah terpengaruh dengan "kemewahan" hidup sahabat-sahabat Facebook. Orang yang sering memperagakan kemewahan di media sosial ialah mereka yang inginkan pengiktirafan kepada kemewahan yang mereka tidak miliki!


Tiada ulasan: